Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Monday, October 29, 2007

Pak Lah Dengan Islam Hadharinya


Tidor itu sunnah.

Sebut Islam Hadhari pastinya wajah Pak Lah terbayang di fikiran. Sebut nama Pak Lah pula sudah semestinya agenda Islam Hadhari terpapang jua di benak fikiran Rakyat jelata MalaySia....L.

Sejauh manakah agenda yang dibawanya? Jauh juga agendanya dibawa, promosi agendanya dibawa, diusung dan ditandu keserata pelusuk wilayah jajahan "Party Perikatan" a.k.a "Bee Ant" termasuk dalam wilayah seterunya sendiri "Kelar Tei" yang diambil dari cerita dongeng rakyat Stoner a.k.a Wenger.

Terbaru di Terengganu umpamanya Majlis Khatam Al-Quran, KERA-jaan bakal generasi Ulul Albab mencanangkan yang KERA-jaanya melahirkan hampir +/- 1000 insan khatam Al-Quran.

Bila ditanya "apa dia khatam al-quran?"
Dan jawapannya, "kenal huruf dan baris"
Hebat betul idealogi KERA-jaan Ulul Albab yang bakal menjadi generasi yang terhebat kelak "insya-allah" dan akhirnya mendapat pengiktirafan "MALAYsia...L Book Of Record" Takkah hebat tuh.

Dalam agendanya jua terusul nilai-nalai kesederhanaan dan ini bersesweianlah dengan tema Islam Hadharinya. Manataknya, kelembaban ekonomi semakin meruncing sepanjang talukannya. Tetapi program terbaru beliau, melaksanakan ECER menimbulkan konterversi KUnoo dikalangan pemerhati POLITIKshit termasuk agenda sebelumnya WPI di Johor dan banyak lagi.

Hebat.. Projek Mega-Mendung dengan peruntunkan berbillon-billon dalam beberapa projek di dalam beberapa tahun pemerintahannya dan termasuk kenduri kahwinnya sendiri.

ECER yang baru terlancar di Kelantan baru-baru ni dicanangkan bukanlah isu Politik dan diharap tidak dijadikan agenda politik tapi tidak dihighlitekan sebagai agenda utk 'pengkritik'. Namun rata-rata pemerhati melihat ia sebagai senjata meraih undi PILIHANRAYA UMUM yang bakal muncul. Seluruh rakyat dapat melihat bagaimana eratnya gaya salaman 2 pimimpin yang berlainan fahaman politik dalam pelancaran tersebut. Tetapi jika dihalusi, ucapan siapa yang dapat kita dengar secara telus, terbuka dan adil.

Segmen Selamat Pagi MALAYsia....L edisi 30hb Okt. 2007 sebagai contoh telalu kerap menekan penemuan 2 tokoh ini tidak dipropapolitikkan tapi ia tetap dipropapolitikkan oleh RTM. Begitu jua segmen sebelum SPM iaitu Warta 7 di mana penghujungnya adalah ulasan akhbar hari ini jua mempropapolitikkan isu ini. Inikah Islam Hadhari sebenar?

Dalam ruangan tersebut dinyatakan kononnya KERAjaan tidak memilih fahaman untuk membangunkan rakyat walaupun di Kelantan. Tetapi pengantaranya sering mengingatkan penonton yang Kerajaan Kelantan (PAS) sering mengutuk dan mencerca KERAjaan Pusat.

Tak ubah seperti ayat "saya ikhlas cakap saya ni ikhlas"

Dalam Skop Islam hadhari jua menyatakan keharmonian dan kemakmuran, termenung sejenak sperm......

Harmonikah MALAYsia...L ini?
Makmurkah MALAYsia...L ini?
Aman damaikah MALAYsia...L ini?

Terbaru misalan, Pak Lah emo dengan kes kematian pegawai polis dalam kejadian tembak-menembak di Sg. Buluh.

Mengapa ia terjadi?

Sebelum tu kecoh satu Tanah Melayu yang dibrandingkan sehingga kenama MALAYSIA dengan kes NURIN JASLIN. Sehingga sekarang ia tak ubah seperti tajuk cerita "Never Ending Story" FBI telah dipanggil untuk jalinkan usaha KERjaSAMA namun tiada sudahnya. Macamnam nak berkesudahan kes Cilok Micro-cip kat gudang Penang pun tak tau ceritanya inikan pula kes tebaru apatah lagi kes bunuh berprofile tinggi.

Tak tau lar pulu kalu dalam Kontesk Islam Hadhari tidak menyetuh isu rasuah. Tapi seluruh pengundi termasuk pengundi hantu tahu yang Pak Lah pernah mencanangkan untuk membantu beliau dalam masalah rasuah. Tapi dari kanta mata sperm Pak Lah tak bersungguh menbenterasnya, apatah lagik membendungnya. Nak menghalang, hahaha lagi lah payah.

Pada awal pentadbirannya memang nampak kesungguhannya memerangi gejala ini sehingga teseretnya Ahli Maljils Tertingginya yang beri/ckan org Melaka dan ketelusan lembaga mahkamah menjalani keadilan sebenar. Namun dipenghujung penggal lain plak ceritanya. Pelbagai pendedahan rasuah timbul tapi tak didakwa. Nak kata tak cukup bukti, ada pula pihak menghulur bukti, tak dilayannya plak..da tuh camner...?

Tak cukup dengan tu dirojakkan pula dengan isu Video V K LINGAM. Jika benar Pak Lah menetang Gejala rasuah habis-habisan mengapa tidak disokong dengan tuntutan para peguam untuk mewujudkan SURUHANJAYA BEBAS. Adakah Pak Lah takut kerana ia tidak bebas disuruh atau suruhanjaya ni BEBAS DENGAN JAYANYA mendakwa orang SURUHANnya. Balik-balik penal bebas jua yang dibangga-bangga oleh orang keduanya 'Najib Razak' yang terang terang mengaku mereka tak cukup kuat untuk mendakwa dan mengheret saksi dan tertuduh di dalam sidang medianya.

Kegagalan Pak Lah makin terserlah. Dengan bidasan Dr. M dan tak cukup dengan itu ditambah pula ajinomoto dari golongan UMNO dari Johor. Belum lagi diambil kira dengan cakap belakang kakitangannya awamnya sendiri.

Dari hal harga minyak yang senantiasa naik tak henti-henti sehingga jaminan orang keduanya barulah statik harga minyaknya. Tetapi ia tidak berhenti disitu ajer... Hal kadar tol pula membelenggu pembayar cukai jalan menjadi isu yang tak sudah. Tak cukup dengan itu huru-hara dibuatnya dengan kenaikan harga rokok yang kononnya mampu mengurangkan kadar perokok. Semakin tinggi harga rokok naik semakin menjunam reputasi bolasepak negara dan status rankingnya selari menjunam dengan status ranking kadar rasuah.

Terbahru Persatuan Peniaga Pulau Pinang berhasrat menaikkan harga Roti Canai 10 sen sekeping ekoran kenaikan harga tepung yang kononnya jua dah lama tidak mendaki lonjakkan harga. Sejauh manakah Boikot Harga Barangan untuk mendapatkan kuasa membeli yang cuba dikempen oleh MTUC yang disokong penuh oleh KERAjaan berjaya sedangkan sebelum ini MTUC pernah berpiket untuk kenaikan gaji minimum elaun cola kepada kakitangan swasta ditolak sekerasnya oleh mulut Pak Lah sendiri.

Sejauh manakah Islam hadharinya hendak dibawa dikala Pak Lah sendiri tak pernah cukup tidor di malam hari dan asyik tersenguk-senguk di siang hari? (Jane..apa kau da buat ngan pak lah mlm2 arr?)

Sejauhmanakah Islam Hadharinya bersama isteri tersayang yang dilihat sangat cantik potongan rambutnya. Kalau anak perempuannya jangan cakap larr sebab dia sudah berkahwin dan sudah pastinya itu adalah tanggungjawab seorang suami yang sudah bergelar bapa baru-baru ini.

Wednesday, October 24, 2007

PKK

Ramai dari kalangan teman sperm bertanyakan konsep, fahaman dan haluan blog sperm ni. Ramai jua yang tertanda-tanya dan keliru. Tak kurang jua ada yang menganggap yang sperm nih tak ubah seperti golongan "Berhaluan Kidal", dan ada jua mengelarkan sperm dengan gelaran "Anti-KERAjaan", dan ada jua berpendapat yang sperm nih berfahaman "Komunist".

"Hargh Hargh Hargh" Gelak sinis sperm mendengar segala gelaran yang dianugerahkan dan kalangan rakan teman dan sahabat kawan.

"Apa-apa ajer lah" semua sperm tercengang mendengar jawapan yang menghampakan tapi mereka pasti sperm akan meberi jawapan yang pasti.

"PKK.. Politik Kedai Kopi, atau lebey tepat lagi Sembang Kedai Kopi, kalu nak kauw lagi Warga Kedai Kopi."

Itulah konsep yang pasti dan suasana yang jelas. Dan sperm umpama berjuta pahlawan yang harus berjuang untuk mendapatkan Ovum untuk hasil yang berkuaili demi meneruskan generasi dan generasi seterusnya.

"Kerajaan Setitik Mani"

Whateverr kata awex stailoz Kay-Hell zaman Astro-not-There masa kini.

Sebentar tadi sperm bersama rakan sperm keluar minum malam bersama rakan-rakan GURLznya (nice looking larr). Tapi sebelum tu ada isu menarik di bilik sperm sebelum sperm kuar minum. Sembang politik kalangan rakyat tak seswey dibawa ke kedai minum. Tersenyum aku dengan kata-kata itu. Tapi sebaliknya yang berlaku. Pada mulanya agak kekok untuk sperm menyesuaikan diri dikalangan Gurlz yakni rakan pada rakan sperm. Tapi di akhir perbualan barulah sperm dapat menyesuaikan diri yang sebenar.

Setentunya isu PolitikShitIt. Tapi asasnya adalah sejarah. Tanpa sejarah maka tak wujudnya PolitikShitIt. Walau apa jua pandangannya kami tetap berbingcangkan berkenaan sejarah. Bermula dari sejarah Hitler membawa ke sejarah North Of Korean dan terus lancar menuju kearah asal-usul melayu dan melencong ke arah sejarah tanah semenanjung yang kini diberi nama MALAY-sia....L.(L--->Luck)

Banyak pekara yang disentuh dan tak perlu diutarakan ke tanah utara kerana ia sembang kedai kopi. PKK, POLITIK KEDAI KOPI.

p/s=PKK Pengkritik Ketelanjuran Kerajaan

Tuesday, October 23, 2007

Tahniah Untuk Astro-Not



Dr Sheikh Muszaphar Shukor..
tahniah untuk anda setelah berjaya menjejakkan kaki semula ke bumi yang nyata. macammana dengan misi anda kesana. berhasil? berjaya? sempat ker? yerlar tempoh anda kesana pun agak sekejap. dapatkah apa yang anda cari disana? atau anda ketemui sesuatu disana? jangan bawak balik virus dah larr..(sebab baru lepas tgk citer Species jadik pengaruh barat masih meletak kat otak nih)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad..
tahniah untuk anda jua kerna sudah berjaya keluar dari IJN dan tahniah jua untuk projek astro-not pertama warga "MALAY-SIA....L" dengan kos pembelanjaan beberapa ketul jet dari RUSSIA...L projek ini berjaya terlaksana di peringkat awal.

Malaysia..
tahniah jua diucapkan kerna berjaya menghantar wakil islam kesana dan menjadi kebanggaan hampir seluruh negara islam yang lain..

Moga dengan misi ini tidaklah Dr Sheikh Muszaphar Shukor digelar pelancong angkasawan dan dengan misi ini jua tidaklah kian sepi dengan pelbagai isu lain seperti "Siapa yang bakar bendera di Batu Buruk?" "Siapa yang menjadi dalang pembunuhan warga Mongolia?" "Siapa yang mendedahkan video LINGAM?" "Siapa yang menjadi punca penyalahgunaan dana kerajaan dalam kementerian?" "Siapa yang sebenarnya mempunyai kabel kuat dalam LPKP sampai matinya 20 org dalam kemalangan bas?" dan banyak lagik...

Tuesday, October 2, 2007

Samy Vellu Idola Ku


tol..
isu tol memang isu lapuk..protes lar macam manapun..boikot larr macam manapun..kalu si OTAI JKR berkata, maka ia lah ia terjadi..begini ker caranya membina MALAYSIAku GEMILANG?

OTAI JKR bagitau apasal tol kena naek
"berdasarkan perjanjian, pemilik konsesi berhak menaikkan harga tol" atas alasan "sekiranya pemilik konsesi tidak dibenarkan menaikan harga tol maka kerajaan terpaksa menggunakan wang negara"

SOKLAN:-
"siapa yang membuat perjanjian bodoh yang jelas berat sebelah ini? Maknanya syarikat kapitalis ini lebih berkuasa dari MALAYSIA yang lemah ini"

"atau ini adalah satu usaha terancang untuk menutup kelemahan dan amalan korupsi rompakan wang negara?"

taun ini pemegang kosesi terbesar lebuh raya di Malaysia, telah 'mengalami' keuntungan sebanyak RM583 juta untuk separuh tahun 2007 (Januari-Jun 2007) berdasarkan rekod keuntungan ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun berdasarkan pertambahan jumlah kenderaan.

aku tak pikir MALAYSIA boleh rugi sebab saban hari ader jer keter baru kuar dari kedai PRO2 mahupun PROton tapi kononnya MALAYSIA tak mampu sebab dah termaktub dalam perjanjian..weih saper larr yang buat perjanjian bodoh nih..

jom kita flashback sekitar hujung taun 90-an sebab waktu tuh malaysia dilanda krisis ekonomi..

waktu tu MALAYSIA kena membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk menyelamatkan Kumpulan Syarikat UEM-Renong terutamanya Projek Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) melalui Khazanah Nasional yang kini secara efektif memegang ekuiti PLUS sebanyak 69 peratus dan disebabkan 'bail out' nilah rakyat MALAYSIA menderita sehingga kini dan selamanya mungkin.

maknanya setiap kali membayar tol kita bukan sahaja membayar harga menggunakan lebuh raya tetapi kita turut tolong membayar hutang 'bail out'.
pemurahnya BANGSA MALAYSIA ini ya. bangga plak aku jadik BANGSA MALAYSIA.

MALAYSIA akan pukul canang kadar kenaikan dan kemudian akan pukul canang lagi 'dengan penuh rasa keprihatinan' bahawa MALAYSIA sanggup berkorban untuk tidak menaikkan (atau menaikkan separuh) kadar tol tetapi MALAYSIA berkorban dengan membayar sejumlah bilion Ringgit Malaysia kepada pemegang konsesi sebagai pampasan

Ringgit Malaysia yang dibayar ialah datangnya dari belanjawan negara dan yang lebih rugi ialah rakyat MALAYSIA TIMUR yang terpaksa melalui jalan yang teruk setiap hari tapi wang diorang secara tidak langsung turut dirompak melalui belanjawan negara.