Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Tuesday, February 24, 2009

46 Lembu!!

PERHIMPUNAN 'SEMANGAT 46 LEMBU' - (MENYOKONG MB SELANGOR DAN DESAK SPRM SIASAT NAJIB DAN KHIR TOYO)


Perkara di atas adalah dirujuk.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dengan kerjasama AMK Selangor akan melancarkan satu program yang dinamakan "Perhimpunan Semangat 46 Lembu". Perhimpunan ini akan diadakan dengan bertujuan untuk menunjukkan mesej bahawa SPRM telah menjadi 'lembu yang dicucuk hidungnya' kepada UMNO-BN.

Butiran lanjut program tersebut adalah seperti berikut:-

Tarikh : 25 Februari 2009 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat: Pejabat SPRM, Plaza Massalam, Seksyen 9, Shah Alam

Semua penyokong dan wartawan KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput hadir.

Sekian, harap maklum.

Hasmuzair Hassan
Sekretariat
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
014-8422155


cari tangkap dan dakwa aku!!

Sunday, February 22, 2009

Jom!!

FORUM : MANSUHKAN PPSMI

TEMPAT : DEWAN PERHIMPUNAN CINA SELANGOR

WAKTU : JAM 9.00 MALAM

AHLI PANEL :

Saudara Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Saudara Anwar Ibrahim.
Pengerusi GMP Dato' Hassan Ahmad
Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid
Penggiat Teater Dinsman
Pengarang Ahmad Lutfi Othman
dan Wakil-Wakil NGO

Semua di persilakan datang.





PERHIMPUNAN DI HADAPAN ISTANA NEGARA

Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMPPSMI) merancang untuk menghimpunkan 100,000 orang bagi menyertai perhimpunan raksasa membantah PPSMI di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur pada 7 Mac ini.

Naib Pengerusinya, Prof. Abdullah Hassan berkata perhimpunan secara aman itu yang bermula pukul 2 petang.


cari tangkap dan dakwa aku!!

Thursday, February 19, 2009

Aku Durhaka!!

Sperm rela bergelar Jebat Durhaka dari menjadi Bendehara Melaka Yang Durhaka yang memyembunyikan Tuah dari tuanku kerana POLITIK Kroni!!


"Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil!!" - Hang Jebat (filem Hang Tuah 1956)


"Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan, keadilan. Keadilan!" - Hang Jebat (filem Hang Jebat 1961)

cari tangkap dan dakwa aku!!

Bahasa Istana








Kalau rakyat makan, raja santap
Kalau rakyat tidur, raja beradu
Kalau rakyat mandi, raja bersiram
Kalau rakyat sakit, raja gering
Kalau rakyat marah, raja murka
Kalau rakyat berjalan, raja mencemar duli
Kalau rakyat bersuara, raja bertitah
Kalau rakyat tinggal di rumah, raja di istana
Kalau rakyat duduk kerusi, raja duduk singgahsana
Kalau rakyat ada isteri, raja ada permaisuri
Kalau rakyat ada nenek, raja ada nenda
Kalau rakyat mati dikuburkan, raja dimakamkan
Kalau rakyat mati, raja mangkat
Kalau rakyat mati jadi Allahyarham, raja mangkat jadi Almarhum
Kalau rakyat bagi hadiah, raja bagi anugerah
Kalau hujan rakyat pakai payung, raja pakai iram-iram
Kalau rakyat baling kasut, raja baling kaus
Kalau rakyat sambut hari jadi, raja sambut hari keputeraan
Kalau rakyat bertolak, raja berangkat
Kalau rakyat buang air kecil, raja buang air seni
Kalau rakyat suka, raja berkenan
Kalau rakyat sakit kepala, raja gering hulu
Kalau rakyat sembah derhaka.....?




cari tangkap dan dakwa aku!!

Monday, February 16, 2009

Dari Parlimen Kita Ke KLANG!!

PROGRAM PAGI

"HIMPUNAN GABUNGAN PENDIDIK & NGO"

PADA 17 FEBRUARI 2009 - PAGI SELASA

JAM : 9.00 PAGI

BERKUMPUL DI PINTU MASUK KE PARLIMEN

AGENDA ; PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA AHLI PARLIMEN UNTUK MEMBANTAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS & MAMETIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

SEMUA DI JEMPUT HADIR BERAMI-RAMAI

ANJURAN GERAKAN MANSUH PPSMI - GMP.



---------------------------------------------------------------------------------------------


PROGRAM SEBELAH MALAM

FORUM TERBUKA : RAMPASAN KUASA DI PERAK : APA KATA ANDA

PADA: 17HB FEBRURI 2009 – SELASA
JAM : JAM 8.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN HAMZAH, MAJLIS PERBENDAHARAN KLANG

AHLI PANEL :

Ngeh Koo Ham
A. Sivanesan
Lim Kit Siang
Khalid Samad
Dr. Dzulkifli Ahmad
Haris Ibrahim
Charles Santiago

ANJURAN PEJABAT YANG BERHORMAT AHLI PARLIMEN KLNG

KALAU SESAT UNTUK MAKLUMAT LANJUTA SILA HUBUNGI SDR. YAP - 016-20-26- 300 ATAU SDRI SARAH 016-62- 67- 797



cari tangkap dan dakwa aku!!

Friday, February 13, 2009

Raja Jahat!!


cari tangkap dan dakwa aku!!

Sedang sedap sperm menghirup air kegemaran dipagi hari yang rahmat, sperm diajukan satu soalan sinis dari kawan2 sperm..

"ko memang anti raja ekk, nak-nak plak raja melayu ekk, yer ekk?"

Nyaris tak tersembur air teh tarik mapley ikut hidung, kalu tak mau haru-biru sperm pagi tadi.

"yer, napernyer? jeles?" jawab sperm sambil cover air yang nyaris tersebut dari hidung.

"naper ekk ko anti raja?"

---------

Waktu zaman sperm kecil2 dulu sperm sokmo dok dengar cerita-cerita melayu baik citer dongeng mahupun sejarah dan cerita itu senantiasa segar dalam kepala otak sperm ni. Dan antara cerita yang boley larr dikatakan mendapat rating tertinggi adalah cerita raja bersiong yang menceritakan kisah raja yang zalim.

Antara cerita lainnya pula kisah Jebat durhaka pada rajanya yang kadang2 sperm konfius raja ker sultan?

Begitu jua dengan kisah bawang puteh dan bawang merah, walaupun kita dengar sekan rajanya baek tapi kenapa harus menyalah-guna kuasanya sebagai raja. Sperm jua sering menonton wayang Lanchang kuning, Mahsuri dan pelbagai lagi kesah al-riwayat melayu lama dan semuanya berimejkan raja yang jahat!!

Semakin sperm membesar semakin sperm mengkaji asal legenda purba dan ada setengahnya dah diputar-belitkan dan selebeynya hanya simbolik untuk golongan klas bawahan.

Apapun pada sperm majoriti raja ditanah melayu yang bergelar m'sia kini adalah raja yang sangat mudah dipersenda oleh golongan pengampu dan hampir kesemuanya raja itu BODO!!

---------

POLIS RAJA DIMALAYSIA

Wednesday, February 11, 2009

Antara Faktor Perak Dirampas BEE END!! zzzzzz....

Faktor-Fakornya:-
  • Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.
  • YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.
  • Kerajaan negeri (PR) telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.
  • Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.
  • Kerajaan negeri (PR) telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.
  • Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.
  • Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.

Monday, February 9, 2009

Friday, February 6, 2009

Dari Setitik Mani Yang Hina Dina Tuanku!!



Daulat Tuanku.
Ampun Tuanku.
Sembah Patik Harap Diampun Tuanku.
Patik pacar yang hina menyatakan bahawasanya kerajaan baru Negeri Perak Darul Ridzuan bukanlah kerajaan BARISAN NASIONAL tetapi kerajaan UMNO Tuanku.

Ampun Tuanku.
Sembah Patik Harap Diampun Tuanku.
Politik negeri di Perak Darul Ridzuan adalah politik terkotor masakini.

Demi Rakyat yang sering mendaulatkan Sultan dan Rajanya setiap ketika dan berdoa setiap solat Jumaat.
Ampun Tuanku.
Sembah Patik Harap Diampun Tuanku.

Allahuakbar!!






Salinan Surat MB Perak kepada Sultan Azlan Shah

5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council” (JIKA MENTERI BESAR TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI DARI AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDANGAN, KEMUDIAN, MELAINKAN ATAS PERMINTAAN BELIAU KEPADA YAM SULTAN UNTUK MEMANSUHKAN DEWAN PERUNDANGAN, BELIAU AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ESKO MAJLIS). Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.

Ampun Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampun Tuanku,

Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampun Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya;
Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Thursday, February 5, 2009

Sistem Tidak Pernah Atasi Tamadun!!

Kita sudah kembali ke arah tamadun primitif dan membiarkan sistem menguasai tamadun yang berjaya.

Kita bakal melihat 1 serangan yang pernah dilontarkan kepada puak pemerintah berpatah balik kearah lawannya kelak.

Mandat telah dicabul secara terangan dan puak tertinggi mulia sepatutnya memikirkan mandat baru dan bukan sekadar mendengar nasihat yang seakan berbunyi sebelah telinga.

Permainan catur seakan check tapi semakin begerak untuk mencari check-mate nato-kuno!!

Jika Perak diganti-tukar dengan nilai harga atau emas bagaimana pula dengan nasib kambing korban berwarna hitam, mampukah ia mengubah nasibnya?

Mengikut peraturan mainan catur biduk harus dikorbankan demi menyelamatkan ratu dan raja dan menteri-menteri yang lainnya dan biduklah yang harus memulakan gerak tari awal tetapi bagaimana pula nasib rakyat yang cacar-marba bin kuchalana.

Demokrasi yang dikatakan subur tampak semakin lecur. Mengapa tidak mahu diberikan peluang mandat sekali lagi? Adakah kerana cuak lagi bimbang taburan emas tidak berpulangan atau bimbang dari mampu mencabar majoriti bertukar menjadi makin lemah?

Kerja yang tertinggi adalah menjaga bawahan dan bukan sekadar mendengar lantas berkenan.

Wednesday, February 4, 2009

"Saya Kambing Hitam!!" - Kata dia..

"Saya Kambing Hitam!!"
Yar itu katanya dan dalam masa yang sama jua kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dilanda gelombang C4 yang meletup dari pusat kawalan shah alam ataupun didasar tasik putrajaya..

hahahahha...bukan hohoho

Abg Najib kita berkerja keras dengan penuh keyakinan bahawa Perak miliknya dengan berpindahnya servis 3 DUN dari PR ke BEBAS.

Dan dalam masa yang sama jua Injinier Perak pula memohon kepada sultannya agar diadakan pilihanraya kelak untuk bermain catur dengan najib dan berselang-seli dengan iklan kes wanita Mongolia.

Jika Perak milik PR resahlah jiwa Raja Muda Perak dan jika Perak dimiliki BN maka gelisah jua rakyat Perak.

Manakala yang terkini dikatakan pelbagai rakyat berhimpun dirumah Injinier Perak untuk mendapatkan gambaran lebey dekat dan khabaran lebey jelas dari berita agen pemusnah kerajaan dan manakala tindakan yang kononnya bijak dari SPR yang bekeras tidak mahu diadakan pilihanraya adakah campur-tangan orang-orang yang mahukan kuasa dengan segara.

Dimana BPR dan SuruhanJaya yang sebok duk tangkap orang dengan kes rasuah RM200 dan mana dia geng yang belasah tahanan kes politik wang!! Nah ini lah kes pure pasal rasuah yang boley diklasifikasikan dengan kes rasuah kuasa atau salah guna kuasa.

p/s=Sperm percaya ini semua plan peralihan tumpuan dan bonusnya plan peralihan kuasa.