Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Tuesday, May 26, 2009

Operasi Bulan Puasa!! (sunat)

Sperm masih ingat lagi antara aktiviti pihak berkuasa pada bulan puasa iaitu, TANGKAP ORANG ISLAM YANG TIDAK BERPUASA!!

Tapi hari ini sperm tengok pihak dari Parti Duit Rakyat Malaysia atau lebih dikenalli dengan nama perang garangnya PDRM berkuasa untuk menangkap golongan mereka yang berpuasa sunat.

Dalam takwim hijrah, dari 1hb hingga 3hb. Jamadil Akhir adalah sunat untuk umat islam berpuasa. Tetapi!! Yang ditangkap hari ini rata-ratanya dari kaum bukan melayu, dan bila sebut bukan melayu rata-rata 1Malaysia faham bahawa itu bukan islam.

Jadi bolehkah puak PDRM tangkap golongan ini kerana bimbang akan isu "bukan islam membaca Al-quran adalah menghina agama" akan berulang dengan nada "bukan islam berpuasa sunat adalah satu penghinaan keatas islam"

Jadi temanya kali ini "TANGKAP ORANG TIDAK ISLAM YANG BERPUASA"

Citt..Podah!!
Polis Jahat!!


cari tangkap dan dakwa aku!!

Saturday, May 23, 2009

N.12 penentu di hadapan




Pilihanraya DUN N.12 bukanlah soal PKR @ PR akan menang selesa atau 3 lagi calon akan hilang wang petaruhan atau 3 calon bebas akan cuba memberi saingan atas kekuatan PR malah ia merupakan titik tolak awal peratus keluar mengundi.

Andai kata peratus keluar mengundi menurun pastilah ia memberikan maksud dan makna atas segala tindakan Barisan Nasional yang memboikot N.12 berhasil berikut tujuan asalnya pilihanraya N.12 adalah membazir. Namum jika sebaliknya ia pasti akan terpecah kepada 2 pendapat atau pandangan berbeda.

Jika peratus keluar mengundi meningkat dan terdorong kepada peratus undi PR pula meningkat dan ia tetap menjadi pokok persoalan. Adakah ia merupakan faktor dari rasa protes dari kalangan Pro BN itu sendiri atau sememangnya PR itu benar kuat. Ini bersandarkan pada faktor sejarah pilihanraya di N.12 itu sendiri.

N.12 adalah salah satu DUN di dalam PARLIMEN Permatang Pauh (P.44) dan pada PRU 2004 saingan hebat dapat dilihat antara Wan Azizah (PKR) dan Pirdaus Ismail (BN) manakala ia memihak kepada PKR dengan majoriti tipis 590 undi. Manakala DUN Pematang Pasir N.11 merupakan antara faktor kuat kemenangan PKR berikutan di DUN berkenan adalah kubu kuat PAS dan Dun Seberang Jaya N.10 dan N.12 dianggap peyumbang undi BN. Namun apabila PRU 2008 atau sinominnya dengan gelaran Tsunami Politik memperlihatkan P.44 akan peningkatan majoriti PKR yang tinggi dari sebelumnya (13,388 undi) dan semakin meningkat setelah tamatnya pilihan raya kecil P.44 (26/8/2008) (15,671 undi)

Namun di N.12 dapat disimpulkan akan pertukar antara dua parti disepanjang 2 PRU, 2004 milik BN dan 2008 milik PKR lalu membuktikan masih adalah para penyokong BN di N.12.

Kini secara kasarnya faktor kemenangan PKR di P.44 sememangnya datang dari calon itu sendiri, berikutan kubu kuat BN hanyalah di N.10 yang mana polar ekonominya sekitar kepada perniagaan dan dan N.11 adalah kuabu kuat PAS dan N.12 kubu atas pagar.

Berbalik kepada isu asal jika peratus keluar mengundi adalah tinggi sudah senario persepsi kepada BN terbahagi dua.

  • Protes dari puak BN.
  • PKR itu memang kuat.

Sememangnya umum tahu akan delima BN di N.12 kali ini. Jika bertanding dan menang tiada memberi sebarang impak kepadanya tetapi sepatutnya BN mengambil peluang di N.12 dengan beragendakan peratus keluar undi yang kononya kata BN "Rakyat telah muak dengan pilihanraya kecil". dan dalam masa yang sama agenda ini jua akan diketengahkan oleh PR sebagai peranan pembubaran DUN sehubung dengan KRISIS PERAK.

Tugas PR dalam pilihanraya N.12 kali ini adalah memastikan relevennya peratus keluar mengundi yang meningkat untuk pembubaran DUN Perak selain PR pasti akan mengunakan ruang yang terhidang untuk memperjelaskan isu atau trend PKR yang sering letak jawatan yang dilihat sebagai sejata untuk 3 calon bebas.

cari tangkap dan dakwa aku!!

Friday, May 22, 2009

Soklan Bodoh Sperm Kali Ini.

Benarkah UMNO itu perjuang hak melayu?
Jika benar, mengapa harus diletakkan tema Survival Melayu?
Dan mengapa tidak terus sahaja nyatakan Kewujudan Melayu supaya lebih terang makna perjuangan melayunya seperti tajuk asal lagu Negaraku?
Atau makna sebenar "Survival Melayu" itu bererti "Survival UMNO" pada kalangan pemimpin dalamannya?

Sunday, May 10, 2009

Jom kita tunggu, esok siapa dia?

Esok kita pasti tahu keputusan pertarungan gusti lengan antara Haji vs Dr. dan umum pasti sedia maklum dengan keputusan diatas kertas bakal terlaksana dan bakal menjadi kenyataan.

Andai Dr. yang menang pastinya tidak hairan lagi kerna pengadilnya esok hari adalah dari golongan sarkis yang mana golongan ini pasti memberi kesinambungan dari pertarungan hampir 6 jam peringkat saringan pada hari Khamis lalu.

Namun andai kata Haji pula maka proses untuk dikatakan menang secara total pasti tipis berikutan keputusan Khamis lalu yang memihak kepada Dr. dan pasti ia berlarutan ke perlawanan ketiga berikutan servis bertukar tangan pada hari tersebut. Manakala hak berkuasa sebagai juara pasti akan dilaungkan oleh DR. dengan ego dan sombong sebelum keperlawanan ketiga kelak seperti waktu sidang media selepas berjaya mengheret pengadil perlawanan keluar gelangang.



cari tangkap dan dakwa aku!!

Friday, May 8, 2009

Dengan Ini!!

Dengan ini, sperm ingin menyatakan bahawasanya sperm tetap akan menentang secara serius segala XTVT rimba BN (buat naya)
Ada sultan tapi ego macam watak Sultan dalam cerita Siti Mulihat (1962). Ada Kuasa Mutlak tapi tamak mengunakannya
Kritik demi kebaikan dianggap menghina
nasihat demi kebaikan dianggap durhaka
Inikah namanya 1 Malaysia
arghh..tuiy!!
Polis Jahat!!
Tangkap 1 Malaysia




cari tangkap dan dakwa aku!!