Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Friday, August 10, 2012

kasta bahasa!!

nukilan sperm muncul tanpa salam bicara membayangkan adat serta budaya perwatakan sperm yang kuno maka maaf pembuka kata.


tiada erti jika perjuang bahasa melayu tinggi diangkat kastanya sambil meremehkan tatabahasa tinggi serta sebutan baku yang dipupuskan lebih sedekat yang lalu.


tiada guna jua menghapuskan bahasa melayu sampah ketika kempen kitar semula sampah sarap giat diperluaskan.


tidak pernah dijadikan amalan budaya "mari makan makanan sihat" jika tiada penjaja makanan ringan di kedai runcit Ah Choi.


jangan terus sempitkan bahasa dengan perbedaan kasta tinggi, sederhana, rendah dan sampah kerana ia bakal membuka ruang kepada PARKIR, dll.


mana mahu ramai pembaca jika bahan tatapan yang dilihat itu seakan membongsaikan minda mereka.


-karya bersambung-

*akibat pertelagahan perjuang kasta bahasa*


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 22, 2012

PENDIDIKAN PERCUMA!!

jika di dataran merdeka sebuk dengan "free education" & "mansuh PTPTN", di teluk chempedak bz dgn bengkel didge bercorak pembelajaran percuma hasil dari buah fikiran sebuah band busking JEJABUS KANGEN


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 7, 2012

Suara Rakyat dan Dadah Negara

Satu ketika dahulu rata-rata penghuni kota mahupun desa kenal dengan sinis Suara Kedai Kopi dan selalunya kedai kopi sering didirikan ditepi jalanraya yang bertujuan tidak menghalang lalu lintas. Seringkali juga kita melihat bahawa kedai kopi Kg. Seberang atau mana-mana kampung di Malaysia ini yang didirikan di kepala simpang jalan melainkan kedai kopi dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sahaja kedai kopinya terpelesuk jauh dari jalan tetapi hampir dengan sungai walaubagaimana pun rakyat duhulukala menggunakan sungai sebagai laluan utama sebelum digantikan dengan jalan mahupun denai aptah lagi dengan jambatan.

Begitulah suara rakyat, hanya berkumandang di kedai kopi Pak Halim, Pak Agus, Mak Limah dan pelbagai lagi Mak Pak di serata pelusuk Malaysia. Sambil di atas meja berbekalkan kuih baulu melalui perniagaan orang tempatan terdekat atau beraneka pilihan kuih hasil anak dara kampung terserta jua sepapan DAM AJI dan suratkhabar berbilang jenama dari arus perdana. Sambil tengok keputusan terkini sukan ramalan sambil susun stratigi untuk naik haji.

Sperm pernah ditegur sewaktu zaman rancak borak kedai kopi yang mana kononnya suara rakyat yang dianggap kritis pada satu ketika telah dikaunter attack dengan slogan "Apakah sumbangan anda pada negara?" namun pengeluar kaunter attack kini tengah bertungkus lumus merebut tempat dalam rangcangan ON AIR di astro.

Bukan isu sumbangan kita pada negara atau sumbangan negara kepada kita yang hendak sperm ketengahkan tetapi sperm ingin melayan renung warna seni suara politik kedai kopi yang kini telah beralih dengan teknik suara jalanraya sebelum pilihanraya.

Sperm melihat suara rakyat kini telah mula membuka matanya sendiri walaupun dengan kadar perlahan-lahan seperti babak Kasim Selamat membuka mata selepas pembedahan mata oleh Doktor Ismadi namun itu jua boleh dianggap sebagai satu permulaan sihat untuk suara rakyat.

Suatu ketika suara rakyat turun ke jalanraya dianggap aksi porno bagi sesetengah kaum dengan slogan "itu bukan budaya kita" namun kini pekara yang haram kelihatan seakan halal bilamana kuasa yang dimiliki kian terhakis dan tergugat dan sambil sperm beredar dengan topik yang tergantung sperm ingin bentangkan apa yang bermain dibenak sperm kini.

Rakyat perlu sedar dari ketagihan dadah yang sering disuntik dan terus disuntik dengan dadah-dadah kerajaan. Rakyat tidak perlu lagi bimbang jika suatu hari nanti dadah yang di suntik itu adalah dadah yang terhebat dari negara jiran kerana kerajaan jua mengajar rakyat supaya jangan bersikap pentingkan diri sendiri.

Pedulik Apa Aku!!

Tuesday, March 6, 2012

Dipolitikkan atau Diputar-belitkan?


Agenda yang di KIV sehingga kini, suara rakyat terus diperkecilkan menjadi sekecil kertas undi, golongan siswa disekat suara lantangnya seperti karya kanak-kanak tadika belajar mewarna.

Pedulik Apa Aku!!