Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Thursday, February 21, 2008

Mengapa Pula...

Jangan kritik Kami lagi..!!



Begitulah lebih kurang maksud dan nada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Rais Yatim baru-baru ini dan disasarkan kepada blogger-blogger seperti kami.

Mengikut ulasan dan kupasan putri sulung Mantan Pedana Menteri kita didalam blognya mengapa blogger tidak harus mengkritik kerajaan sedangkan ramai antara blogger di Malaysia...! dikalangan pengkritik. Dan mereka ini pula terdiri dari latar belakang yang menawan.

Jika Rais Yatim berhasrat untuk menuju tetap kearah blogger yang kurang cerdik dalam arena politik-Shit Malaysia...! seharus beliau mengabaikan atau menghiraukan. Kononnya dakwaan beliau ia tidak mencerminkan budaya Malaysia.

Jadi budaya manakah yang boleh mengkritik, menegur salah-laku yang ketara, mengkondem, menunjuk itu salah-ini betul dan pelbagai lagi?

Atau beliau gusar jika budaya Malaysia diselimuti dengan budaya islam yang membolehkan sesiapa sahaja menegur jika timbul kepincangannya?

Jika itu tidak boleh, ini tak boleh, dimanakah bukti pengudi berdaulat? Ataupun mungkin kerajaan parti pemerintah mengamalkan sistem pengundi terikat yang kononnya DEMOkrasi?

Bukan tujuan sperm untuk mengungkit kisal silam yang hampir lapuk dek sejarah tetapi sekadar imbasan dan pastinya semua pernah mendengar Parti pemisah UMNO atau lebih dikenali dengan "Semangat 46" (s-46) satu ketika dahulu.

Bukankah asal kejadian parti ini yang kononnya ingin membuktikan perjuangan asal tertubuhnya UMNO dan berpunca dari ketidak-puasan pentadbiran MAHA-thir serta s-46 dilihat sekutu rapat PAS untuk menjatuhkan EMpaYER MAHA-thir dan perang strategi tertumpu pada 2 parti s-46 dan UMNO.

Banyak kritikan yang terdedah dengan bahaya radio-aktif-fast ditujukan tepat kearah UMNO, dan salah seorang ahlinya terdiri dari Rais yatim sendiri.

Kita jua didedahkan oleh pengasas S-46 iaitu KULI yang menyatakan UMNO parti politik haram kerna tak berdaftar. Dan dengan kritikan tersebut maka berdaftarlah parti haram.

Jadi, mengapa tidak boleh kritik?

p/s=sperm selalu dikritik secara tegar dan mengkritik secara tegar.

Khabar Angin

Orang cakap jangan percaya dengan khabar angin..jadi ini khabar angin..
Beberapa menteri akan berdepan dengan protes pengundi pada hari penamaan calon nanti jika nama mereka dicalonkan jua..beringat sikit menteri..protes undi kena jaga jika tidak mahu kalah tanpa bertanding..orang lain nak menang tanpa bertanding tapi awak kalah tanpa bertanding..

ingat ini khabar angin


p/s=makan angin lebey enak dari mendegar khabar angin

Wednesday, February 20, 2008

Oh Khairy Kesayangan Belia Negara


Harapan Dinastiku


Khairy Jamaludin diura-urakan akan bertanding di Parlimen Rembau. Dan penentangnya diramalkan Badrul Hisham Shaharin iaitu Ahli Majlis Tertinggi KeADILan dan pastinya sudah ramai yang membuat jangkaan.

Pertembungan 2 insan ini dilihatkan bagai buku bertemu ruas, Pelbagai canangan perang sarat dilancarkan dari kedua-dua pihak yang hanya sekadar memeriahkan lagi suasana Pilihanraya Umum Ke-12 kelak

Sperm difahamkan bahawasanya chegu Bad telah memohon restu dari orang besar PAS untuk menentang KJ dimana-mana kerusi yang akan dinamakan kelak, namun sperm terenung sedetik profile KJ.

KJ tidak menyandang mana-mana kerusi kabenet selain kabenet diruang dapur rumahnya, tetapi dengan berbekalkan sijil nikah kahwinnya sudah cukup beliau membuktikan bahawa Dinasti Paklah menjadi kenyataan. Tetapi sejauh mana?

Pada amatan sperm KJ tidak sepatutnya bertanding di REMBAU. Banyak kemungkinan akan berlaku. Namun jika KJ tetap bertanding disitu jua ternyatalah bahawa sijil nikah kahwinnya laku. Ini berikutan kira-kira keberanian beliau menentang si-penentang yg mahu menentang.

Tapi dimata sperm bukankah lebih bagus jika KJ memilih atau Paklah sendiri yang menyediakan tempat khas untuk menantunya. Contohnya Putrajaya.

Ya PUTRAJAYA..

Memang benar agak sukar untuk mendapat tempat disana berrikutan KJ ketua pemuda UMNO Rembau. Namun ia tidak sesukar mana jika pandai berpolitik yang penuh dengan misteri berstategi.

Putrajaya adalah satu penempatan yang amat seswai dengan sektor pentabirannya, perumahannya, penghuninya dan pelbagai lagi tersedia disana. Begitu jua dengan penghuni yang akan turun mengundi. Sperm yakin jika KJ bertanding disana peluang untuk membina DINASTI Paklah akan terkota.

Mengikut kira-kira matematik purbawara sperm, jika KJ bertanding di Rembau peluangnya agak tipis namun ia tetap berpeluang. Tapi buat apa membiarkan tempat yang sememangnya berpeluang penuh dibiarkan.

Antara risiko yang dijankakan di Rembau adalah bekas PRO-Maha-htir yang masih belum dapat menerima kelancangan mulut berbau rokok DUNHILL yang pernah menaja program bolasepak negara dizaman kegemilangan MALAYsia...Walaupun KJ telah memiliki salah satu kerusi penting FAM tapi tetap ia tidak sama dengan kerusi mewah PARliMEN yang sering bocor seperti yang didakwa oleh Sammy Vellu.

Bukankah lebih elok jika KJ bertanding di PUTRAJAYA kerana warga-wilayah sana pastinya tidak berpaling tadah dari gegengaman dacing yang tersohor. Dan chegu Bad semestinya gagal membolosi pengaruh dacing bersulam keris berbulan kuning.

Apa-apa pun segalanya akan terbukti kelak dan 24hb Feb. 2008 pasti memberikan jawapan multak dan ini sekadar SPAM


p/s=sperm harapkan KJ vs Nurul Izzah..seingat sperm KJ pernah menaruh hati dengan anak anwar ibrahim hikhikhik

Friday, February 15, 2008

Polis Raja Di Malaysia!!

Polis Diraja Malaysia Memang Cekap



Ternyata pihak polis masih mampu beroperasi dengan jitu. Penjenayah politik yang tampil untuk membela, mencelik dan membuka minda rakyat berjaya dibendung. Malah mampu diberkas dan dicekup.

p/s=sperm selalu berharap kena tangkap ngn pak polisi

Thursday, February 14, 2008

Parlimen bubar sudah!!

Nukilan awal dari sperm.

Pembangkang, jika mereka gagal memperbaiki prestasi mereka dalam PRU-12, puncanya bukan lagi kekuatan BN atau tipu helah BN seperti yang mereka sering dakwa, tetapi puncanya adalah kelemahan mereka sendiri.

BN pula, jika ia hilang sokongan, kehilangan itu bukan berpunca daripada kekuatan pembangkang tetapi akibat kelemahannya sendiri kelemahan mentadbir negara, kelemahan jentera parti dan kelemahan akhlak para pembesarnya.