Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Thursday, August 30, 2007

Juara Pestabola Merdeka Edisi-39

Tahniah!!
Tahniah!!
Tahniah!!

Itu semalam, malam nanti..

Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!

Apa-apa pun tahniah sperm ucapkan kepada skuad Malaysia bwh-23 tahun atas kejayaannya tapi tidak untuk FAM. Jika FAM inginkan ucapan tahniah dari sperm FAM perlu mengadakan PESTABOLA MERDEKA setiap tahun bukannya selang beberapa tahun takut nanti basi pulak fakta sejarah ini.

Tuesday, August 28, 2007

Umno Dan Me-layu



Khir Toyo berkata:-(26082007 utusan malaysia)
-Umno sebenarnya tidak ditubuhkan di Johor
-Tetapi di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu Selangor.(1 hingga 4 Mac 1946)
-DYMM Sultan Selangor ketika itu Sultan Hishamuddin Alam Shah* telah menyumbang RM15,000 untuk menjayakan kongres penubuhan Umno di Kg Baru itu.
-Baginda pernah bertitah persatuan itu akan kekal lama jika dua perkara sebagai asas penyatuan bangsa Melayu
1.Perjuangan agama "Islam" yang akan mengikat hati nurani bangsa
2.Berani dan terus membela dan memperjuangkan hak orang Melayu

Tulisan Ahmad Boestamam:-
-Bendera Umno, yang berasal dari bendera atau sang saka merah putih asalnya dari PKMM dalam sidang pertama Umno (ditubuhkan pada Jun 1946 di Dewan Bandaran Ipoh)**
-Sang Saka Merah Putih adalah benedera PKMM(parti Melayu yang Inggeris cop sebagai kiri!)

Hakikatnya:-
-Benar Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin Yunus Hamidi (bekas pengarang akhbar) turut serta dalam kongres yang melahirkan Umno.
-Tetapi 41 buah pertubuhan Melayu yang hadir.
-yang paling besar perwakilan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
-ketika itu Yang Dipertuanya adalah Dr Burhanuddin al Helmy (kemudiannya menyertai PAS dan menjadi Yang Dipertua Agungnya).
-Bermakna Umno adalah sebuah komponan parti dan ditubuhkan oleh orang-orang Melayu dari segenap fahaman dan aliran termasuklah yang kemudiannya menyokong dan menyertai Parti Kominis Malaya.***
-Umno menidakkan sumbangan yang pernah menyertai komponan Umno 1946
-Yang tinggal hanyalah nama Dato Onn (kebetulan Presiden yang pertama tidak memegang jawatan itu barangkali nama beliau pun dihapuskan kerana beliau kemudiannya menentang Umno melalui IMP dan Parti Negara).
Rupanya Umno 1946 (berkaitan dengan Semangat46) tidak kekal lama beberpa tokoh berpengaruh termasuklah PKMM kemudiannya bertindak meninggalkan Umno.
-PKMM parti Melayu pertama yang membawa slogan Merdeka (diharamkan British pada tahun 1948 dan kebanyakkan pimpinannya ditangkap dan merengkok dalam penjara).
-Manakala Umno di bawah Dato Onn kekal dan bebas bergerak.****
-Kemudiannya golongan agama ketika itu bertindak keluar dan lahirnya PAS pada tahun 1951.
-Dan Ahlinya:-

  1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
  2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
  3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota (ayahanda PM Dollah Badawi)
  4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
  5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
  6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
  7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.


Info:-
*Sultan Hishamuddin antara Sultan Selangor yang warak dan sering membaca khutbah solat Jumaat
**Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka Dengan Darah dalam API
***Shamsiah Fakeh (pengakuan dalam Memoir Shamsiah Fakeh – Dari Awas ke Rejimen ke 10) bergerak dan mengikuti Umno sebelum menyertai PKMM dan kemudiannya PKM.
****Shamsiah Fakeh menulis perjuangan menuntut kemerdekaan tiada seorang pun ahli Umno ditangkap, dipenjara dan mati ditali gantung oleh kerajaan British.

Iklan Di Kala Cuti Di Bulan 50 Tahun Kemerdekaan



Friday, August 24, 2007

Sperm Tidak Aktif

Sperm akan bercuti selama 2 minggu dan akan kembali mengacau mungkin selepas raya MERDEKA kelak, memandangkan banyak isu yang kelakar seperti "Hilangnya tumpuan kes bunuh warga MONGOLIA berprofil tinggi" "LPKP dan BAS TERBALIKNYA" "MAT REMPIT MENGAMUK" dan pelbagai lagi itu semua PROPAGANDA dan pecah pekung bertembelang.

Ahkir kata selamat merdeka

Saturday, August 11, 2007

10 Soalan Untuk Bloggers Umno

Sperm semakin binggung. Pelbagai persoalan yang timbul sehingga terasa bagai malaysia ini tidak selamat.

Soalan saya yang pertama mengapa pemimpin tertinggi bercuti ke australia sewaktu mesyuarat raja-raja baru ni?

kedua mengapa beliau bercuti keluar negara sedangkan kempen cuti-cuti malaysia dan TMM belum pun lagi selesai?

ketiga akta keselamatan dalam negeri (isa) diwujudkan untuk tidak mencetus pekara yang mampu mengugat perpaduan negara atau mengoyangkan perpaduan pemerintah?

keempat mengapa diteruskan jua projek WPI yang jelas bahawa ia terdedah kepada acaman luar terancang?

kelima mengapa harus rmk-9 diteruskan dalam sektor pertanian sedangkan ramai yang menganggur adakah untuk mengalakkan mereka ini untuk menceburinya dan dalam masa yang sama rakyat hilang perkerjaan kerna diisi dengan buruh asing yang sanggup dibayar murah? adakah ia sebenarnya berkaitan?

keenam graduan lepasan universiti ramai yang menganggur dan dibebani dengan "hutang PTPTN" dan dalam masa yang sama golongan ini dikempen untuk menceburi dalam bidang perniagaan dengan pelbagai skim "pinjaman" khas untuk golongan ini jua mampukah mereka mengharungi dengan tanpa sebarang pengalaman?

ketujuh apakah puncanya sehingga bekas pedana menteri iaitu tun Tun Ghaffar Baba menyatakan "boleh mengkritik raja" dan dalam waktu yang sama mike tyson umno A.K.A muhd mohd taib mengerah pemuda umno turun kejalanraya melakukan demo membantah raja dan mendesak raja hidup seperti rakyat biasa?

kelapan jika benar umno bela nasib org melayu mengapa ramai orang muda melayu gagal dalam penulisan jawi dan tiada penekanan dalam penulisannya jua seperti zaman gegemilang melayu menentang penjajah.

kelapan minta dengan jujur tetangkan mengapa proposal mantan pedana menteri ditolak oleh ratu elizabeth didalam salah satu projek rmk nya yang didalamnya tersenarai projek membangunkan orang melayu dan diminta diperjelaskan jika benar malaysiaku merdeka.

kesembilan kami sebagai rakyat buta tertanda-tanya kerna kami pernah hidup dalam keadaan saingan ekonomi yang cantik, nilai mata wang singapura dan malaysia tidak jauh besanya begitu jua dengan myanmar, vietnam dan thailand kita jauh di hadapan, kita jua dapat bersaing hebat dengan ekonomi jepun dan beberapa negara maju tetapi mengapa sekarang ekonomi kita hanya lebih elok dari somalia, jamaica, afrika dan mengapa negara yang serata ekonominya dengan kita jauh meninggalkan kita.

kesepuluh perjelaskan mengapa BPR tidak menjadi satu badan bebas tidak tertakluk dalam dalam badan kerajaan dan sejujur manakah pedana menteri kelima ku membenteras rasuah dan menjayakan islam hadhari dan mengapa isterinya tak bertudung?


sekian

Thursday, August 9, 2007

Perang Bermula Sudah

"Perang Monyet Di Alam Siber Bermula" Tajuk yang di ketengahkan oleh Rustam Sani di dalam blognya. Sejak perang siber dilancarkan oleh Menteri Belia & Sukan bulan lepas nampaknya pelbagai deretan stratigi tercetus. Bloggers is Monyet, Bloggers is Goblok dan pelbagai lagi slogan dikeluarkan khas untuk bloggers di alam siber.

Pro KERAjaan (terutamanya UMNO) sebok mencari fakta auta untuk menegakkan objektif perjuangan KERAbat tertingginya. Manakala golongan NGI A.K.A BLOGGER terus tak putus-putus membongkar memunggah segala hal yang tak diketahui umum. Dari hari kehari pelbagai isu timbul dan tercetus sehingga kita hilang selera makan, jijik untuk dibaca, pedih didengar dan loya untuk diperkatakan.

Timbul persoalan di benak sperm. Bukankah KERAjaan sudah miliki pelbagai pasarana media, hebahan isu dari media cetak hinggalah ke media elektronik? Tak cukup dengan itu mereka jua mempunyai PDRM (polis raja di malaysia) yang angkuh dengan slogan galaknya "SAYA ANTI RASUAH". Tak cukup dengan itu mereka jua mempunyai barisan perundangan yang mampu menghukum sesiapa saja yang patut dihukum? Mereka jua telah mencipta I.S.A satu akta yang sangat berkesan untuk membrain-washkan mereka yang menolak fahaman mereka. Tak cukupkah lagi. Meraka jua menguasai SPR untuk memastikan bahawa mereka senantiasa menerajui MALAYSIAKU GEMILANG. BPR yang mempu membuktikan bahawa mereka pasti tak terbabit dengan rasuah (rasuah dan komisyen adalah berbeda) telah meraka awasi. Mereka sudah miliki segalanya di negara berdemokrasi tinggi alaf ini. Tak cukupkah?

Atau mereka gentar dengan rakyat yang hidup dengan aman damai lagi permai hasil idealogi mereka berpaling tadah dan dianggap pembelot negara? Atau mereka bimbang dengan cerita-cerita hantu yang dicipta oleh BLOGGERS GOBLOK mampu menghantui tidur nyenyak memanda UMNO. Atau nama Malaysia hilang dimata dunia masyarakat orang asli Australia sewaktu Sidang Raja-Raja Melayu. Atau bimbang projek WPI di Johor terbengkalai seperti projek perumahan terbengkalai di serata Selangor semata-mata membasmi golongan miskin tegar. Atau gusar dengan wacana RMK-9 menjadi sejarah hitam dalam sejarah MALAYSIA'S TODAY. Atau pelbagai lagi spekulasi sehingga sperm sendiri menabur fitnah yang fit?

Apakah yang harus mereka gusarkan lagi? Apakah yang mereka ragukan pada rakyat yang senantiasa mengikuti segala wacana mereka? Apakah yang mereka gentar pada BLOGGERS GOBLOK?

Mereka tak ubah seperti gajah takutkan tikus. Tak cukupkah mereka menyempitkan fikiran masyarakat kono sekarang sehingga ada yang sangup menghina Agama, Raja, Bangsa dan Negara?

Wednesday, August 8, 2007

Apa Itu Bahasa Dan Budaya

Bloggers itu "GOBLOK" kata si Zainuddin Maidin,
Bloggers itu "MONYET" kata si
Khairy Jamaluddin,
Sama hitam sama padan. Belum lagi sperm nyatakan yang lain-lain seperti "tiap-tiap bulan bocor" dan "wanita tidak berkerja" dan banyak lagi.

Nampaknya sekali lagi meraka cetuskan isu. Teringat sperm pada satu ketika sewaktu zaman indah dan bebas dari fikiran politikshit bahawa "BAHASA JIWA BANGSA", "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN", "HENTIKAN PROVOKASI",

Jadi tak salahlah jika video clip "NERAGAKUKU" muncul tika ini. Begitu jua dengan isu selebriti muda yang terasa bodoh untuk bermain kata dalam bahasa melayu di hadapan VVIP. Dan begitu jua dengan komen sensitif hingga menggugat keegoan sistem diraja. Dan mengapa pekara ini terus berlaku? Adakah kerna golongan ini tak bersekolah atau terasa megah dengan kedudukan? Atau ada maksud yang tersendiri?

Rata-rata menyalahkan golongan ini. Namun di mata sperm mereka berani. Berani luahkan isi terpendam. Tertanda-tanya sperm, mengapa setiap kali pekara sensitif demikian berlaku dan makin keraplah golongan ini disalahkan? Mengapa?

Terkenang sperm pada Ustazahku yang jelita dulu (sekarang maybe makin jelita kot) kerna beliau pernah menyatakan sesuatu pada ku iaitu "Jika kita berakhlak rendah orangtualah yang dipersoalkan".

Tapi bukankah mereka itu keturunan yang datang dari orang-orang yang baik-baik dan mereka itu berpelajar jauh dan tinggi. Sudah pasti mereka tau mana salah mana buruk dan baik. Dimanakah silapnya? Oh mungkin salah guru di sekolah, ARGHH!!! Tak mungkin!!! Pasti salah mereka sendiri. Tapi apakah puncanya? Mengapa tidak satu pihak pun yang mahu membongkar puncanya? Adakah isu ini remeh. Tak berbaloi untuk berdebat? Atau tiada wang komisyen diketengahkan. Atau "buang masa larr nak pikir..jap lagi aku nak g meeting.." Atau pelbagai lagi alasan dan dalih serta helah yang muncul?

Monday, August 6, 2007

Anwar Ibrahim diserang atau Parti Keadilan Rakyat diserang? Part 2





Apa yang berani aku kata adalah rakyat malaysia hilang kedaulatannya atas disebabkan kurang pendedahan baik dari arus pedana mahupun arus alternatif. Rakyat mudah terpengaruh dengan isu bin agenda alias propaganda kerajaan manakala sekatan demi sekatan berterusan keatas arus alternatif. tahap kesedaran rakyat dalam berpolitik masih rendah atau ayat yang paling sesuai "TIDAK MATANG"

Video pertama mungkin benar Anwar menipu kita tapi pada mata sperm lakonan itu adalah simbolik rakyat.
Video kedua dimata sperm itulah simbolik perjuang umno tegar.

Saturday, August 4, 2007

Anwar Ibrahim diserang atau Parti Keadilan Rakyat diserang?

Jika sekilas pandang kita dapat lihat Anwar diserang. Serangan peribadi keatas beliau yang bertali arus datang dari segala penjuru. Tak cukup dengan media cetak dan elektronik dihentam pula dengan serangan perseorangan. Mujurlah Anwar dilahirkan berserta pakej kharismanya. Jika tidak mungkin susah untuk beliau menangkis segala serangan.

Bermula dengan serang awal dari mantan perdana menteri satu ketika dahulu terus disusuli dan diikuti dengan bermacam-bagai serangan termasuk yang terbaru kenyataan Ezam keluar dari partinya sendiri. Namun jika dikaji secara terpeinci, serangan itu datang untuk menjatuhkan Parti Keadilan Rakyat yang dikatakan mampu membocorkan bahtera gagah lagi canggih dirantau asia.

Sepertimana gugurnya skuad Semangat 46 taktik serangan perlbagai pihak seakan serupa. Rakyat hampir hilang keyakinan terhadap Anwar berikutan Ezam keluar dari parti dan memulakan langkah sendiri. Pelbagai teori bercampur rencah spekulasi keluar dari bibir pemerhati politik kedai kopi.

Mujur Anwar sempat bangun dari kerusi kapal terbang sewaktu lawatan kesana-sini di luar negara. Rakyat mula yakin. Tapi itu semua tidak mematahkan semangat komponen KERAjaan. KERAjaan mula sedar bahawa mereka belum cukup menguasai alat sebaran. Akhbar sudah dikawal tv pun dah dipantau iklan pun dah dipropaganda begitu jua dengan alat komunikasi atau talipon bimbit telah didaftar. Semua rakyat Malaysia dalam dacing timbangnya. "Mereka tak dapat lari kemana kecuali jika mereka yang belum lagi membuat Mykad" tak mengapa mereka yang tak buat mykad lagi boleh didenda.

Bagaimana pula dengan dunia IT? Sudahkah mereka kuasai sedangkan mereka mempunyai kawasan IT yang canggih tapi bagaikan padang jarak padang terkukur? Arghh!! KERAjaankan Hebat sudah pasti KERAjaan tidak kekeringan taktik. Lalu mereka perangi melalui jentera "joan of arc" tak cukup dengan tu KJ mengelarkan kami semua adalah monyet.

Fair larr tuh.. Mereka KERAjaan dan kami MONYET DI RIMBA.







Namun dimata SPERM Kj umpama gabungan 2 insan berpengaruh besar dalam industri politikshit Malaysia. Anwar + Mahathir.


More Info:-
Jeff ooi
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat
Sesumpah
TV Pas
MSO
Sang Kelembai

Friday, August 3, 2007

Pentembungan Melalui Percaturan

"Wilayah Ekonomi Koridor Utara" terlancar sudah dengan rasminya disusuli pula dengan Pelan Koridor Pantai Timur. Teringat sejenak pada pembangunan "Bandar MEC" di Pahang.

Arghh !! Barang yang lama usah dikenang. Okay kita buka cerita baru dari penglipur merapu. Berjayakah 2 projek ini kelak? Emm mungkin.., Tapi sejauh mana? Pasti Jauh!! Bagaimana pula dengan masyarakat melayu kelak? Mungkin terlepas banyak lagi bidang baru. Lihat saja di pulau mutiara. Ku tatap ku renung sememangnya ku bangga. Kita ada lebuhraya, jambatan mewah, pembangunan pesat, percambahan ekonomi yang galak, peluang pelaburan yang makin meluas, tapi ku kesiankan adik-adikku yang menanggung beban PTPTN. Tiada peluang kerja. Menganggur sana-sini. Takper, usah bimbang, jangan khuatir, rmk-9kan ada. Ceburilah bidang pertanian, graduan lepas universiti boleh pohon skim pinjaman di sana-sini (hutang lagi). Inilah dilema generasi graduan.

Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dalam perbentangan Saudara Abdullah Ahmad Badawi ada menyentuh berkenaan pertanian. Walaupun senantiasa sebuk menepis serangan mantan perdana menteri elit Saudara Mahathir Mohamad.

Siapa ya Menteri Pertanian & Asas Tani? Oh ya terlupa saya. Saudara Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin seorang insan yang bakal menggugat prentasi saudara Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak satu-satunya waris bekas pedana menteri yang sebok menangis pelbagai fitnah berkenaan kes bunuh skandal warga Mongolia. Kesian

Eh!! Macam tertinggal sesuatu. Oh ya ada lagi waris bekas pedana menteri iaitu saudara Hisahammudin Bin Tun Hussein. Maklumlah namanya agak tergelam sejak kebelankangan ni. Sejak pilihanraya kecil di Ijok yang sudah namanya makin terpinggir, tapi kalau diikutkan track lepas namanya mula terpinggir sewaktu gerakan penyerahan memo "Aman Malaysia" gaya darah anak mudanya menyampaikan mesej menarik perhatian umum. Semua mata tertumpu padanya sehingga ada yang buat cerita kononnya anak mantan perdana menteri malaysia juga akan bertanding dalam ketegori pemuda umno.

Hebat juga anak menantu perdana menteri malaysia ini. Berbekalkan ilmu yang dituntutnya di luar negara dalam bidang yang diceburinya sekarang, telah terpratik. Ternyata berkesan. Dan mungkin dari pembangunan galak anak muda inilah timbul satu tindakan drastik dari saudara Rais Yatim menarik diri dari percalonan Setiausaha Agung Komanwel.

Mungkin beliau terhidu sesuatu berkenaan masa depan politiknya ketika ura-ura beliaulah yang mampu mengugat kepimpinan bapa mertua Khairy Jamaluddin. Jika benar pekara ini benar pasti orang yang pertama yang akan berbangga adalah saudara Tengku Razaleigh Hamzah.

Thursday, August 2, 2007

Kisah Encik Rais Yatim

Kisah penarikan diri Rais Yatim sebagai Setiausaha Agung Komanwel masih panas bersembang pada sesetengah golongan. Ada yang bersetuju dan tak kurang jua ragu dengan tindakan drastiknya. Terpanggil aku untuk mengetengah 2 posting dari berbeza fahaman politik. Ayuh kita baca dalam buat pendapat sendiri berdasarkan pendapat masing-masing.


Tolak jadi calon Setiausaha Agung Komanwel - Rais Yatim malukan kerajaan?

Daud Haji Ibrahim

Thu | Aug 02, 07 | 10:54:58 AM

Dalam Umno, individu bernama Dato' Seri Dr. Rais Yatim cukup berwarna warni politiknya. Dia pernah dilihat seperti ‘merajuk’ apabila Perdana Menteri (PM) memindahkannya dari Jabatan Perdana Menteri (yang bertanggungjawab terhadap undang-undang) ke Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (Kekkwa).

Tidak dapat dinafikan, dia berjaya menaikkan nama Kekkwa dengan kempen Budi Bahasa Amalan Kita dan macam-macam lagi.

Sebelumnya, dia pernah menjadi pembangkang apabila beberapa tahun menjawat jawatan Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 (S 46) walaupun tidak pernah menang pilihan raya atas tiket S 46.

Dalam Umno, dia beberapa kali tewas dalam usahanya merebut salah satu kerusi Naib Presiden (NP) hinggalah dalam pemilihan terakhir, tahun 2004, dia tidak langsung mahu bertanding dengan alasan tidak mahu terlibat dengan kempen-kempen keterlaluan dan politik wang.

Namun, Presiden Umno yang juga PM melantiknya menduduki salah satu kerusi MT dan kini, cerita terbaru Kerajaan Malaysia mencalonkan namanya sebagai Setiausaha Agung Komanwel.

Malangnya (baca mengejutkan), Rais menolak (baca menarik diri) tetapi cara penarikan dirinya dibuatnya sendiri, bukan diumumkan kerajaan seperti pengumuman ketika mencalonkannya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hasan turut melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Rais.

Disebabkan negara ini sedang dilanda dengan cerita ‘bebas’ (bukan merdeka) iaitu semua orang bebas dari tuduhan di mahkamah dan siasatan BPR termasuk pembebasan Tan Sri Eric Chia, ‘bebas’nya dari siasatan Dato' Seri Zulkifli Mat Noor bekas Ketua Pengarah BPR dan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara (IGP), maka berita penolakan percalonan oleh Rais berlalu begitu sahaja.

Tetapi, di beberapa tempat, ia menjadi lelucon. Kata seorang bekas Ketua Bahagian, “siapa sebenarnya penasihat (secara bergurau dia menyebut ‘punah sihat’) Rais hingga Rais sanggup ‘membelakangkan’ kerajaan dan pucuk pimpinan ketika mengumumkan penolakan tersebut.

Sambil bercerita bagaimana isteri Rais merupakan ‘mentor’ hingga menjadikan Persidangan Umno Bahagian Jelebu yang diketuai Rais menjadi ‘pelik’ dengan meletakkan hanya Rais, isterinya, dua orang pilihan Rais dan tetamu kehormat, Dato' Seri Mohd Ali Rustam di atas pentas perasmian.

Yang lain-lain, termasuk Timbalan, Naib, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri di bawah – satu susunan yang tidak berlaku di bahagian-bahagian lain di bawah, bersama-sama perwakilan dan pemerhati.

Jika susunan tempat duduk yang didakwa diaturkan oleh ‘mentor’ Rais ini diterjemahkan di Perhimpunan Agung Umno – Hanya PM, isterinya dan dua atau tiga orang pilihan di pentas utama, manakala yang lain-lain termasuk Timbalan dan Naib-Naib Presiden di bawah, bersama-sama perwakilan dan tetamu!

Cerita penyusunan tempat duduk oleh ‘mentor’ Rais ini turut dikaitkan oleh beberapa kenalan Rais sendiri sebagai ‘punca Rais membuat penolakan’ terhadap pencalonannya sebagai Setiausaha Agung Komanwel.

“Penarikan diri saya daripada pencalonan sebagai Setiausaha Agung Komanwel bukanlah tindakan yang mengejutkan,” Rais dipetik sebagai berkata.

Perkara itu telah dimaklumkan kepada pemimpin tertinggi negara termasuk Menteri Luar, Dato' Seri Syed Hamid Albar dengan menghubunginya terus menerusi telefon dan juga surat, kata Rais.

Sambil menyindir, seorang bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian dari Wilayah Persekutuan berkata; “nasi lemak cili padi di sini lebih sedap,”.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Ketua Bahagian ini berpendapat, sepatutnya tawaran untuk mencalonkan dibuat kepada ‘mentor’ bukan kepada Rais kerana Rais dilihat membuat keputusan berdasarkan kehendak ‘mentor’nya.

Jika peristiwa menyusun tempat duduk dalam persidangan Umno bahagian Jelebu diambil kira, jelaslah Rais memang tidak akan mengikut kehendak parti, seperti apa yang menjadi amalan di peringkat nasional, negeri dan bahagian-bahagian lain dari seluruh negara – sebaliknya membuat susunan mengikut kehendak ‘mentor’ tanpa mengira ‘penghormatan’ yang sepatutnya diberikan kepada kepimpinan di peringkat bahagian.

Syed Hamid pula dipetik sebagai berkata; “terkejut dengan pengumuman Rais itu kerana sebelum mesyuarat Kabinet 25 Julai lalu, Rais menunjukkan sifat senang dengan program yang dirangka oleh Kementerian Luar untuk melobi jawatan berprestij itu.”

Syed Hamid yang jelas kesal dengan keputuan Rais itu turut menyebut, Malaysia tidak akan mencalonkan nama baru untuk melobi jawatan Setiausaha Agung Komanwel bagi mengantikan Rais.

Katanya, buat masa ini, nama lain tidak boleh dikemukakan kerana sebarang penggantian dikhuatiri tidak akan dipercayai oleh negara-negara anggota itu.

“Kalau kita belum umumkan calon lagi tidak apa, tetapi nama sudah diumum dan belum bermula pertandingan , kita sudah menarik diri.

“Lepas ini, jika kita hendak calonkan sesiapa, orang tidak akan percaya. Adalah mustahil untuk berbuat demikian (mencalonkan nama baru),” tegas Syed Hamid.

Ditanya sama ada Rais akan dipujuk supaya mempertimbangkan semula keputusannya itu, Syed Hamid berkata: “Macam mana, kita malulah. Pasal Perdana Menteri sudah tulis surat, saya sudah tulis surat (kepada Setiausaha Agung Komanwel).

“Baru-baru ini saya adakan majlis makan tengah hari dan menjemput semua duta. Saya memberitahunya (Rais), mana saya hendak letak muka.”

Khabarnya, Rais juga sudah membayangkan hasratnya untuk melepaskan semua jawatan yang disandangnya kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jelebu apabila berjaya memenangi jawatan tersebut, di mana setakat ini empat negara sudah menyatakan sokongan termasuk Australia dan New Zealand.

Saingan Malaysia ialah Menteri Luar Malta, Micheal Frendo kerana calon dari India, Kamalesh Sharma didakwa menarik diri.

Setakat ini, tidak pula ada pihak dari kalangan AJK Umno Bahagian Jelebu yang mahu mengesahkan bahawa Rais sudah menarik balik kata-katanya yang terdahulu, mahu melepaskan semua jawatan yang disandangnya. Mungkin Rais belum menerima ‘arahan mulut’ dari mentornya yang menyebabkan dia tidak berbuat demikian.

Amatlah malang, jika seorang yang berjawatan ‘menteri’ terpaksa bergantung kepada mentor apabila mahu membuat keputusan.

Inilah Umno sebenarnya, mempunyai pelbagai kisah dalaman yang cukup memalukan apabila ‘ada tangan-tangan ghaib’ mempengaruhi seseorang yang dilihat sebagai cukup hebat dalam membuat keputusan-keputusan penting.

Entah-entah, ketika mahu membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak dalam parti sendiri pun, bersandarkan keputusan mentor. Kalau mentor kata tidak, mana mungkin calon-calon ini boleh membuat pendirian sebaliknya.

Ketika Rais mengarahkan sambutan kemerdekaan tahun ini tidak boleh dibuat di tempat-tempat lain kecuali Dataran Merdeka dan mana-mana bangunan yang tidak mengibar bendera akan disiarkan dalam akhbar, rupa-rupanya Rais sendiri tidak mampu ‘mengarahkan dirinya sendiri’ untuk patuh arahan kerajaan kerana ada mentor (yang selalu berpakaian sedondon dengan Rais) yang mengarahkannya!



Tahniah! Rais buat keputusan bijak

Umnoreform

Sebagai bekas penyokong dan pendokong Parti Semangat 46 yang telah terkubur, tetapi masih menyanjung kepimpinan Tan Sri Tengku Razaleigh (Ku Li) dan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, saya amat berbangga dengan keputusan drastik Dr Rais menarik diri dari pencalonan Malaysia untuk bertanding sebagai Setiausaha Agung Komanwel.

Strategi busuk dari Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri yang segera dihidu oleh Dr Rais amat bertepatan sekali kerana budak-budak hingusan itu ingin menamatkan riwayat politik Dr Rais dalam Malaysia yang dilihat amat berpotensi untuk mencabar kepimpinan Bapa Mertua Khairy Jamaluddin yang sering tidur ketika bermesyuarat itu. Dengan menerima jawatan tersebut dan seterusnya menang (dijangka Dr Rais mudah menang) akan menamatkan karier politik Dr Rais dalam negara.

Saya sangat menyokong sebarang rancangan untuk menyatukan semula dua regu utama (Ku Li dan Dr Rais) untuk memimpin Umno dan seterusnya memimpin Malaysia. Kembalinya mereka berdua ke kancah utama politik negara dilihat mampu memulihkan semula kedudukan ekonomi negara dan kemajuan ekonomi Melayu.

Saya amat yakin kepimpinan Ku Li sebagai Perdana Menteri dan Dr Rais sebagai timbalannya akan membawa Melayu mencapai bukan sekadar 30% pegangan ekuiti dalam negara, bahkan sehingga ke tahap yang lebih daripada itu.

Saya juga turut yakin bahawa usaha Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk menobatkan Ku Li sebagai Perdana Menteri akan kunjung tiba kerana barang diingat Dr Mahathir amat pintar mengatur strategi politik.

Tahniah Dr Rais di atas keputusan bijak saudara menarik diri dari pencalonan ke jawatan bodoh itu!


RAHMAN @ RAHMAT

Setitik Mani

Pasti ramai yang mengetahui secara umumnya teori "RAHMAN". Adakah ia benar dan sejauh manakah kebenarannya. Jika benar Najib yang akan menjadi pedana menteri selepas Paklah adakah teori "NAJIB" pula yang muncul? Atau teori "RAHMAN" akan bertukar kepada "RAHMAT"? Jika ia benar satu yang mengejutkan. Siapakah pemegang abjad "T" tersebut? Adakah ia "T"an Sri Muhyiddin Menteri Asas Tani antara orang kuat Paklah? Atau Kuli A.K.A "T"engku Razaleigh bekas seteru Umno? Atau Mahathir sendiri selepas bergelar "T"un? Sama-sama kita lihat politikshit Malaysia gemilang selepas merdeka 50 tahun dan bola sepak Malaysia dibelasah dengan 5-0.

Wednesday, August 1, 2007

Luahan

Aku Kau Dia

mengapa harus berjawatan tinggi atau setaraf untuk membandingkan antara satu sama lain?
dimanakah nilai suara sebagai rakyat yang berdaulat?

makian datang dari cetusan bosan angkara perbuatan durjana.
ampuan timbul sekadar mempertahankan hak sendiri.

allah swt jadikan manusia untuk wujudkan jaringan dengan menggunakan akal sebaiknya dengan bersempadankan menghambakan diri kepadanya.
atas dasar ayat manusia tiada sempurna lantas kita sesama kalifah allah diberi tanggungjawab kecil untuk memperbetulkan sesama kita.

kau aku dia semuanya sama dan jangan bezakan.

perlukah wujudnya pemberontak setelah segala gaya dan cara telah diturut mengikut lunas perundangan namun ditolak?
perlukah diplomatik lagi jika ia penuh dan masih disaluti lumpur yang kabur?

masih egokah rakyat malaysia yang dikatakan berdaulat selama ini?
atau masih lagi berselindung dan digelar pengecut disebalik icon yang berkarisma untuk berkata “tidak puas hati”?

mungkin kita derita sekarang.
mungkin kita mampu menangung segala derita itu.
tapi bagaimana pula nasib genarasi kita?
dan seterusnya?
mampukah mereka?

(*aku taip ketika mengulas coretan didalam blog anwar ibrahim bertajuk "Kredibiliti Peguam Negara Persis Mee Segera!" tapi telah di banned)


Gugat perpaduan atau Gugat kedudukan

Gelanggang Keris Silau

Mana pergi kita punya kawan
Kebetulan pula musim hujan
Orang kata musim mengawan
Cuti kahwin dan ambik kesempatan
Sebab lepas ni sibuk tak ketahuan
Maklumlah nak bentang belanjawan
Nak teliti senarai calun-calun Barisan
Nak bersiap untuk mesyuarat Asean
Lagipun dua Musa menambah kebuntuan
Sorang kat Seri Aman dan sorang Bukit Aman
Kes rasuah dan banyak penyelewengan
Sementara tu Mat Tyson pun cuba jadi jagoan
Buat report polis terhadap Petra sepupu Sultan
Hina Agung dan Islam dalam Petra punya tulisan
Mungkin dapat feedback dari Azalina Osman
Sebelum Petra diaorang tangkap Nathaniel Tan
Dan bersemburan pemimpin mereka bagi amaran
Dosa besar kalau timbulkan isu agama dan perkauman
Yang boleh menggugat negara dan perpaduan
Wahai bloggers yang tumbuh macam cendawan
Ada yang guna nama betul ada juga nama samaran
Dari pelosok dunia tanpa sempadan
Ada yang tinggal dibandar dan ada dihutan
Macam mana nak sekat bloggers punya kebebasan
Web host dan server yang terletak luar kawasan

Mungkin dia orang risau tentang pendedahan
Tentang rasuah dan juga penyelewengan
Mungkin mereka risau rakyat tau jenis hubungan
Yang terjalin antara mereka dengan BK Tan
Mungkin mereka risau kegiatan pembalakan
Yang melibatkan nama-nama orang kenamaan
Mungkin mereka risau gambar yang mencurigakan
Terlepas kepada blogger yang berkenaan
Mereka resah dan sentiasa kerisauan
Maklumlah pilihanraya dijangka bulan sembilan
Walaupun gaji baru naik untuk kakitangan kerajaan
Peniaga barang-barang pun tak bagi chan
Habis barang naik sepeti susu, biskut dan belacan
Sapie apdal tak larat nak buat pengawasan
Risau sebab tak boleh tawan negeri Kelantan
Dan takut Kedah dan Tganu jatuh kat parti bulan
Penang jatuh kat parti roket dan parti kak Wan

Macam mana nak bendung suara kebangkitan
Tangkap dua tiga orang untuk timbul ketakutan
Macam mana era Reformasi sekitar tahun 98
MCA pun risau dan begitu juga Gerakan
Nak guna cap jari pun kena minta kebenaran
Dari mufti dan majlis fatwa kebangsaan
Tak ke katun wahai tuan-tuan
Pejabat EPF guna cap jari dah berzaman
Itu yang aku kata semua ni alasan



Aku Sokong Pedana Menteriku

The Antics of Husin Lempoyang

Al kisah di suatu negera yang kaya raya dan subur, ada seorang mamak bendahara yang "cemerlang, gemilang dan terbilang". Kehebatan mamak bendahara ini amat mengkagumkan kerana dalam masa 2 dan 3 tahun, ramai cerdik pandai sudah mengkaji kehebatan kepimpinannya. Bendahara sebelum itu dah 20 tahun baru orang sedar dan kaji kehebatannya.

Dikatakan orang bahawa, mamak bendahara tersebut melakukan perbuatan yang ganjil dan anih adalah kerana pemikiran luar biasa dan pemikiran luar kotak.

Semasa orang bermajlis dan bermesyuarat, dia tidor. Sebenarnya dia berfikir.

Semasa orang tak habis ke majlis-majlis, dia memancing. Sebenarnya, dia sedang memikir untuk menjadikan musim tengkujuh tarikan pelancong. Penting dan berbaloi keluar beratus ratus juta untuk menarik pelancong makan makanan dari Chinois KLCC di Terengganu.

Semasa orang bercakap mengenai IT, dia bercakap mengenai kelapa sawit. Sebenarnya dia sedang memberi penerangan kepada pakar IT dunia untuk suruh mereka memikirkan untuk meng IT kan pokok-pokok kelapa sawit.

Rakyat sentiasa memerhati mamak bendahara yang bijak ini. Orang ingat dia bodoh dan takut kerana membatalkan jambatan Johor tetapi sebenarnya dia memikirkan "idea saya" untuk mencantumkan rancangan yang ada kepada idea yang amat besar.

Tidak payah cuba membina berdikit-dikit pembangunan berdasarkan kegiatan ekonomi yang berakhir dengan kawasan penempatan membesar menjadi pekan, kemudian bandar, dan lambat laun akhirnya bandaraya. Mamak bendahara mahu melangkah terus menjadi Metropolis IDR.

Maka pemikir-pemikir sekarang sedang mengamati di sebalik kata-kata "bekerja bersama saya", "kita bukan hendak membina bangunan indah sahaja", "agenda melayu", "towering malay", "islam hadhari" dan lain-lain slogan hebatnya.

Ada yang berasakan dia melakukan disebalik yang dikata dan lebih hebat. Asasnya sepanjang dia mahu melakukan "pembangunan modal insan", dia telah melakukan sesuatu yang lebih hebat ia-itu tak payah pakai pekerja dan memberhentikan pekerja-pekerja GLC berpuloh ribu.

Maka, al kisah suatu masa adalah hasrat hati anakanda menantu untuk memiliki bank pelaburan. Dia membeli sedikti saham dan adalah perancangannya. Apabila di tanya oleh suratkhabar sibuk menyebuk, mamak bendahara mengatakan "I don't know I am not involve."

Apabila melihat perancangan bank itu, rupanya benda hebat yang mahu dibuat anakanda menantu dan sebagai juga penjaga khazanah negara, dia mengatahui. Dengan demikian, tidak habis-habis rakyat mengharapkan yang sebalik dan lebih hebat apabila dia berkata "I don't know" atau apa sekali di katakan pun.

Kini rakyat sedang bertanya-tanya apa sebaliknya di sebalik kata-kata "I don't know" kepada tuduhan Temenggong mengambil rasuah dari anak raja separuh Selangor dan separuh darah Wales tetapi dia mahu Temenggong berhenti dengan sikap "I don't know". Menunggu-nunggu dan mengharaplah rakyat jelata sekali lagi kehebatan mamak bendahara. Rakyat menghayati "damai abadi" yang mencari tak jumpa-jumpa ghazali dan shafie tapi terjumpa kali dan khairy.




Al-Kisah Monyet Di Rimba

KAMAL AMIR MENULIS

MAKA berkatalah Perwira Mat Lela Gila dari pentas Perdanasari kononnya kalangan penulis di halaman maya internet yang juga dikenali sebagai “bloggers” merupakan monyet-monyet di hutan rimba... Sedap mulut dia sahaja mahu menyumbat “bloggers” ke dalam penjara..... alahai anak omak, tidak dapat tanduk, telinga mahu dipulaskan.

Belumpun habis tempoh satu penggal menjawat jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umnosudah ternampak watak dan belang anak yang tidak sedar diuntung ini memperagakan cara kepimpinannya. Selagi ada kuasa dipergunakan sehabis mungkin. Masyallah!

Masa dia suruh Dr. Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri dulu boleh, masa dia “lanyak” kerajaan Dr. Mahathir dalam tulisannya di akhbar dan majalah luar negeri boleh, tapi bila kalangan penulis mempertikaikan bapa mertuanya yang serba lembik dan cacamarba menerajui kepimpinan negara dia naik minyak, hairan lagi menghairankan.

Tergamak sungguh menantu Perdana Menteri “membinatangkan” sesama manusia. Bagaimana agaknya kalau dia marah kepada isterinya yang merupakan anak Perdana Menteri, mungkin berbakul sumpah seranah agaknya jika bapa mertuanya tidak mahu mengikut kehendak hatinya.. mungkin.

Ekoran dari kenyataan tersebut maka berkokoklah para sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi mahu memperlihatkan “kejantanan” mereka menentang suara-suara yang dicetuskan oleh kalangan bloggers yang telah dibinatangkan oleh Perwira Mat Lela Gila. Memang dasar pengampu dan penjilat yang tidak bermaruah!

Kelmarin Peguam Negara Ghani Patail mengumumkan penutupan kes siasatan terhadap Ketua Polis Negara dan bekas Ketua Badan Pencegah Rasuah sebagai kata alu-aluan menyambut kepulangan Perdana Menteri dari musim bulan madunya di luar negeri. Dalam erti kata lain kedua-dua personaliti tersebut bersih sebersih-bersihnya.

Saudara Abdul Rahman Othman bekas naib Presiden Keadilan mengirimkan pesanan sms berbunyi :

Pak Lah tak hadir mesyuarat Majlis Raja-Raja. Sangat tidak patut. Dia bukan menjalankan tugas yang lebih penting seperti hadir di sidang UN. Dia juga tidak sakit. Dia bercuti di Melbourne. Adakah cuti peribadi/berbulan madu lebih penting dari tugas mengiringi YDP Agong? Dia pulang sehari selepas berakhirnya sidang Raja-raja. Sangat angkuh! Siapa hina Raja Melayu? RO

Apakah tulisan sebegini merupakan karya “monyet-monyet” seperti yang didakwa oleh Perwira Mat Lela Gila?

Sejujurnya rakyat harus sedar, era pimpinan Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara merupakan musim paling gerhana untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Inilah Perdana Menteri paling memalukan pernah dihasilkan oleh sebuah negara bernama Malaysia. Dan inilah pemimpin yang cukup mengaibkan nama gemilang negara yang telah dirintis serta dicanai oleh empat pemimpin terdahulu.

Era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri mencetuskan persoalan paling aib kerana terpaksa meminta maaf kepada kerajaan negara China dalam peristiwa ketuk ketampi! Sudah lupakah kita semua.

Era pimpinan Abdullah Ahmad Badawi harga minyak dinaikkan sebanyak dua kali setahun berterusan dengan kanaikan harga barang yang terakhir haga beras dan menteri-menterinya boleh membuat kenyataan “SAYA TIDAK TAHU” ...... Hampeh!

Era Abdullah Ahmad Badawi, perlembagaan negara dipercacai dan diperkosa semahu mungkin apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia tanpa meminda terlebih dahulu perlembagaan negara kerana Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi mengikut perlembagaan sila rujuk perkara 152..... Baghal!

Era Abdullah Ahmad Badawi melihatkan budaya “salin tikar” yang pernah berlaku dalam masyarakat Melayu bertukar dengan budaya “cuci mangkuk” isteri adik ipar boleh dinikah oleh pemimpin......jijik! Macam tiada perempuan lain!

Era Abdullah Ahmad Badawi melihatkan individu-individu korup boleh terus diangkat sebagai pemimpin.... kalau tidak korup masakan Muhamad Hj. Muhamad Taib bekas menteri besar Selangor boleh membayar sejumlah RM12 juta sebagai dana perceraiannya dengan Ku Yah Puteri Sultan Selangor. (Hari ini mahu tunjuk belang buat laporan kepada pihak polis atas salahlaku bloggers yang dikatakan menghina Raja-Raja Melayu)

Era Abdullah Ahmad Badawi melihatkan kepada seluruh dunia sadisnya pembunuhan ke atas warga asing dengan menggunakan bom C4 dan kini sedang dibicarakan di mahkamah Shah Alam dengan penukaran tarikh, hakim, pendakwaraya dan juga peguambela....bolehkah diyakini sistem kehakiman negara era pimpinannya?..... Membosankan.

Era Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan seorang Perdana Menteri boleh tidur berdengkur sewaktu majlis tilawah Al Quraan diadakan.....hoi bangunlah.

Era Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan berlakunya politik wang di kalangan pemimpin... (sila rujuk kes Tan Sri Isa Samad) tanpa adanya penguatkuasaan badan pencegah rasuah. Bukankah akta rasuah merangkumi seluruh kehidupan rakyat di negara ini...... Jerung bebas tapi bilis dicekup.

Era Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan seorang Perdana Menteri melakukan rasuah politik apabila mengumumkan peruntukan sejumlah 600 juta untuk diagihkan kepada Ketua-Ketua Umno bahagian yang akhirnya menjadi kelam kabut........ cakap tak serupa bikin.

Era Abdullah Ahmad Badawi cukup menggemparkan dengan berita bocor sana-sini sehinggakan bangunan Parlimen boleh bocor..... cukup membangsatkan!

Era Abdullah Ahmad Badawi negeri Johor boleh berlaku banjir berpanjangan selama dua bulan tanpa surut.. (dan Perdana Menteri boleh yam seng menyambut sambutan hari natal di Australia) dan akhirnya bumi Johor dikangkangkan kepada Singapura....... bukan rakyat tidak tahu.

Era Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan menteri dari luar negeri boleh campur tangan dalam urusan pembangunan dalam negara...... di mana kedaulatan kita?!!!

Era Abdullah Ahmad Badawi menjadikan era terjebak dalam percintaan tiga segi....... opssssss terlajak dan terlabun.

Begitulah hakikatnya apabila Perdana Menteri yang dilabelkan sebagai “Mahafiraun” digantikan dengan “Mr.Clean”.... cukup bersih.

Apakah dengan pendedahan sebegini maka penulis “blogger” boleh dibinatangkan oleh Perwira Mat Lela Gila bernama Khairy Jamaluddin menantu kesayangan Abdullah Ahmad Badawi? Sungguh kurang sopan dan biadap perilaku seorang anak muda “julung berkeris” yang mahu menjadikan dirinya sebagai pemimpin...

Setulus hati ingin saya menyatakan bahawa selagi nyawa di kandung badan, selagi boleh bernafas, selagi masih punya daya dan usaha, selagi ada upaya saya tidak akan mengizinkan manusia laknat bernama Khairy Jamaluddin menerajui kepimpinan negara tercinta ini. Selagi Khairy tidak menarik balik kenyataannya membinatangkan penulis sebagai “monyet” selagi itulah saya merasakan dia berhutang dengan kalangan penulis.

Para penulis pengampu Khairy.... sedarlah diri kamu yang telah dibinatangkan oleh anak haram menjadah bernama Khairy Jamaluddin @ Perwira Mat Lela Gila. Alahai anak omak.


Hanya pakar, bukannya golongan politik yang terajui FAM

Harakah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) – Pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden I dan II FAM perlu difokus di atas kesungguhan dan ketelusan untuk memajukan industri sukan bola sepak negara bukannya berdasar ‘figure’nya kata, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Dalam kata lain tegasnya, pemilihan tersebut bukan di kalangan orang yang gemar mempolitikkan badan tersebut atau untuk mengambil kesempatan di atas kepentingan politik.

“Pemilihan jawatan dalam FAM perlu dirujuk kepada kepakaran dan sekiranya FAM melihat kedua-dua tokoh itu orang yang berkepakaran dalam bidang itu kita tidak ada halangan.

“Tetapi sekiranya pemilihan itu berasaskan 'figure' politik kami tidak setuju,” ujarnya semasa ditemui di Pajabat Agung PAS semalam.

Semalam Bernama dipetik bahawa Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim menawarkan kerusi panas tersebut diberi saja kepadanya dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tanpa bertanding.

Shahidan berkata demikian selepas pelancaran Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) peringkat Perlis oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini yang berkata bahawa beliau dan Khairy mempunyai keserasian dan tidak ada masalah untuk bekerjasama demi bola sepak negara.

Mengulas tawaran Shahidan itu, Nasrudin berkata, kepakaran dalam sukan tersebut sangat penting malah katanya FAM sendiri pastinya lebih bijaksana untuk menentukan calon yang benar-benar layak yakni tanpa berkepentingan politik.

Tambahan katanya, dalam negara ini ramai tokoh sukan negara yang sekian lama berbakti membangun sukan negara serta mahir dalam bidang tersebut.

Jadi katanya, mengapa tidak diberi peluang kepada mereka itu.

Sehubungan itu tegasnya, Pemuda PAS tidak setuju jika jawatan itu diberikan kepada Khairy dan Shahidan.

Ini katanya, kedua mereka adalah orang politik bahkan katanya Khairy yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif MyTeam bukannya boleh dijadikan satu modal untuk membawa beliau ke kerusi tersebut.

“Lagi pun kita kena lihat jangka masa panjang kejayaan beliau menghasilkan MyTeam belum benar-benar terbukti dan di sana masih ramai lagi tokoh-tokoh yang berkelayakan ataupun tokoh lain yang perlu dinilai,” katanya.

Katanya sudah sampai masanya bola sepak negara ini melakukan satu revolusi terutamanya dalam pentadbiran dan pengurusan FAM.