Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Friday, November 28, 2008

Al-Fatihah

Razali Ismail pulang bertemu tuhannya dengan mengejut dan semoga beliau ditempatkan dikalangan yang diredhai dan dicucuri rahmat

-amin-

Monday, November 17, 2008

Pertahankan Hak Melayu Itu Bukan Islam!!

Yarr..!!
Memang betul..!!
Buat apa kita dok sebok pertahankan hak jika kita sama-sama mengabaikan islam..!!
Adakah sebenarnya kita semua takut dengan bayangan sendiri dari bangsa asing atau kita hanya dengki dengan kelebihan dari segala aspek yang ada pada bangsa lain..!!

Sedarlah..!!
Melayu itu malas..!!
Malas untuk bersolat tetapi rajin untuk berdengki sesama manusia..!!

p/s=itu belum lagi sesama melayu dan sesama islam..

Kerajaan Pahang Kerajaan Pak Sanggup

Hari ini YB Palimen Kuantan mendedahkan isu Radio-Aktif yang bakal dijana di sekitar kawasan perindustrian Gebeng Kuantan

Persoalannyer..

Mengapa pihak Kerajaan bersetuju dengan dengan projek yang bakal dilaksanakan kelak dan mengapa kerajaan Pahang sanggup untuk menjadi Pak Sanggup sedangkan terdahulu kerajaan Terengganu pernah menolak agenda ini?

Dewan jua ditengahkan dengan isu tahap penguatkuasaan yang dikatakan lemah?

Persoalannyer..

Malaysia mempunyai tahap perundangan yang ketat dan diakui tetapi mengapa timbul isu penguatkuasaan yang lemah?

Adakah kerana berpunca pada masalah pentadbiran atau gejala rasuah yang tak terbendung atau kerana faktor ekonomi atau kerana faktor kerakusan pihak koprat yang hanya mengejar kemajuan dan pembangunan semata dengan meminggirkan soal masyarakat Malaysia.

Tuesday, November 11, 2008

Bersyukur Dalam Bersubahat!!


Harga minyak turun lagik!!
syukur alhamdulillah..

Tapi kalu kita tak memberontak,
tidak meminta untuk diturunkan,
bukankah ia bermakna sebahagian daripada bersubahat?

Kita tau diorang nih kaya dan hebat dari keuntungan yang berganda-ganda,
dan kita pula menderita dengan nada
"biarlah kerna mereka berkuasa"

Bukankah itu subahat dalam diam?

Tapi bila harga turun,
sipendiam mengucap syukur..

Syukur untuk apa?

Syukur kerana berdiam?
Sedangkan sikaya untung berbillion-billion
dan kita senang hanya dengan turun beberapa sen?

Syukur Sambil Subahat!!

Minyak turun spair-part tak turun!!
Minyak turun roti tak turun!!
Minyak turun beras tak turun!!
Minyak turun bahan mentah tak turun!!
Minyak turun nasik goreng tak turun!!

Boikot peniaga Pemborong tersenyum!!
Pengguna ternganga Pemimpin garu kepala!!

Masalah ekonomi global mintak dikongsi bersama!!
Kami derita Depa kaya jugak!!
Untung depa kaut merana kami jugak!!

Buat apa memimpin jika tidak cerdik ekonomi?
Atau sebab Matematik dahulu tidak diajar dalam Bahasa Inggeris?
Sehingga sekarang hendak ditukarkan bahasanya.

Bodoh kayu!!

Jangan bersyukur jika hanya diam membisu.

Ingat!! Itu subahat!!

Salina Wahab
0412

12112008

Monday, November 10, 2008

Media Telus Atau Media Bolos?

Semalam Sperm sempat mengamati warta berita Bernama dengan santainya dirumah. Dan berita pembukaan beritanya bertajuk "Perwakilan UMNO Seremban bergaduh".

Sperm hanya mampu tersenyum sinis akan kejadian yang kononnya dakwa Paklah ia satu yang memalukan.

Apa yang ditayangkan di kaca tv tersebut adalah suasana tempat kejadian yang didakwa Bernama berlanjutan selama hampir setengah jam dengan reaksi perang mulut bersenjatakan kerusi.

Kebetulan di dapur emak sperm yang sedang giat memasak untuk hidangan sekeluarga yang turut ditemani oleh sebuah tv usang dan secara kebetulan tersiar Bulletin Utama. Akan tetapi berita utamanya berkisarkan isu hukum bunuh 3 orang J.I di Indonesia.

Namun setelah hampir setengah jam berita tv3 bersiaran barulah tersiar isu perwakilan bergaduh. Namun yang tersiar hanya gambar kaku dan ulasan ringkas sahaja.

Hairan..

Isu kurap dicelah kangkang tidak diutarakan tapi tepi kain orang juga sebuk dicanangkan.

Tuesday, November 4, 2008

Dia sememangnyer tidak berkaliber!!



Pandikar Amin bin Haji Mulia!!

Gagal bertindak dengan sebaik mungkin untuk mengawal suasana keadaan dan pelbagai situasi dewan!!

Dia memang tak layak!!

Sunday, November 2, 2008

Sejarah Nafas Politik Malaysia.

Sebelum perang Jepun:-
  • Rakyat terhimpit,
  • Jepun datang dengan ASIA UNTUK ASIA
  • Semua lega!!

Perang Jepun:-
  • Rakyat mengamuk
  • Persatuan, Parti bersatu untuk lawan jepun.

Jepun Kalah:-
  • Rakyat seronok
  • Komunis enjoy
  • Semua lega!!

British perintah:-
  • British tikam belakang
  • Komunis mintak merdeka

Malaysia Merdeka:-
  • Rakyat seronok
  • Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj jadi PM
  • Semua lega!!

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dah season:-
  • Rusuhan kaum tercetus
  • Tun Dr. Mahathir bin Mohamad desak letak jawatan
  • Tun Abdul Razak ganti
  • Pembangunan luar bandar jadi tumpuan
  • Kaum disusun
  • semua lega!!

Tun Abdul Razak meninggal:-
  • Tun Hussein Onn mengambil alih
  • Semua rakyat terasa!!

Tun Hussein Onn:-
  • Ekonomi lemah
  • Pelajar tunjuk perasaan
  • Akta Universiti diperkenal
  • Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengantikan tempatnya
  • Mahathir dianggap cerdik dan bijak
  • Semua Tari nafas lega!!

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad:-
  • Timbul krisis perlembagaan
  • Masam muka dengan PM1st & 2nd
  • Bergaduh dengan Kuli
  • Jadi makin berkuku besi
  • Dikatakan pengamal kronisme
  • Cakap isu agama ikut sedap tekak
  • Menjana pembangunan Tong kosong
  • Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pula jadi penyandang
  • Cucu tok alim jadi PM
  • Semua rakyat lega!!

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi:-
  • Ekonomi merudum
  • Perkauman tegang
  • Harga minyak tak menentu
  • Jenayah makin ketara
  • Rasuah tak terbendung
  • Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi kuat tidor
  • Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak diumum jadi penganti
  • Rakyat terkejut!!

Lega, lega, lega, lega,
TEKEJUT!!

Tekejut sebab skandal Mongolia tengah panas walaupun suam-suam kuku kambing tersengih.