Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Wednesday, July 23, 2008

Lompat Melompat Ke Putrajaya

Perang saraf, perang politik semakin hari semakin rancak. Pelbagai agenda tersusun mengikut strategi semasa. Acara lompat parti pun sudah sampai keperingkat penghujungnya berikutan temasya sukan Olimpik 2008 bakal menjelma.

Tuesday, July 22, 2008

Muzakarah

Umno dan Pas tak perlu bermuzakarah demi perpaduan melayu,
tetapi demi perpaduan MALAYSIA!!
Demi perpaduan kaum di MALAYSIA yang kian parah.

Friday, July 18, 2008

Fintah Tangkap Dan Dakwa!!



Anwar dituduh meliwat,
Anwar ditahan,
Anwar didakwa.


RPK cakap ada orang bunuh,
RPK ditahan,
RPK didakwa.

Wednesday, July 16, 2008

Anwar ditahan sudah.

Terbaru!!

Anwar yang dibebaskan dengan ikat jamin telah keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya kira-kira lewat 9 pagi. Beliau dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan tetapi diminta hadir ke balai polis pada 18 Ogos depan.

Beliau yang bebas bagaimanapun mengadu sakit belakang akibat bermalam diatas simen empuk lokap.

Sidang media dijangkakan akan diadakan jam 2 petang namun lokasinya belum diputuskan.

Posting Asal

Kurang sejam dari tempoh PDRM berikan kepada mantan Timbalan Pedana Menteri kira-kira jam 12.55 tengahari sewaktu beliau pulang dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Anwar sudah ditangkap dan ditahan.

Sperm dimaklumkan bahawa polis memintas kereta Anwar ketika menghampiri rumahnya dan Anwar terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur oleh anggota bertopeng dan berjaket.

Pekara ini disahkan oleh peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa beliau ke dalam kereta polis bercermin gelap dan tiba ke IPK Kuala Lumpur dalam jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Sperm difahamkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan kepada pemberita di Parlimen berkenaan ini berikutan beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Sperm jua turut difahamkan Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur. Turut kelihatan Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh manakala Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari dan Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air.

Anwar harus dibebaskan segera.

Ternyata dengan penahanan ini isu debat beliau malam semalam dilenyapkan secara perlahan-lahan.

Tuesday, July 15, 2008

Debat Dan Analisa

Program ilmiah bersulami perbaziran waktu Sperm terlepas siri drama Sin, dar & ela nyata mengecewakan dan Sperm rasa berat untuk mengulas namun perlu jua kerana tiada tempat untuk mengadu.


Debat Anwar Ibrahim dan Ahmad Shaberry berakhir sudah. Seperti yang diduga dari awal beberapa minggu terdahulu iaitu tiada jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini ternyata menjadi kenyataan.

Siaran selama -/+ 53 minit setelah ditolak iklan aka rehat perdebatan tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi cetusan minda untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu tak ubah debat ilmiah tetapi hiburan komedi atau lebih tepat lagi dengan gelaran debat yang membazir.

Sperm mengharapkan fomula yang dikatakan mampu menurunkan harga minyak diperdebatkan, Tetapi sedikit demi sedikit ia lebih berkisar kepada isu peribadi silam.

Sperm meletak harapan yang tinggi dan lebih bersemangat profesional kepada Menteri yang datangnya dari Parlimen Kemaman ini kerana kesudiannya untuk berdebat dengan bekas debat terbaik UM.

Ahli Parlimen Kemaman ini yang pernah memukau Perhimpunan Agong UMNO dengan perbahasannya yang menarik ternyata hanya berani tetapi tidak berisi.

Mungkin Anwar bukan lawan Ahmad Shaberry didalam debat kali ini yang bertajuk "Hari Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga", berikutan Ahmad Shaberry kelihata gagal dalam seluruh pusingan. Ia berikutan dari cara Ahmad Shaberry mengheret Anwar keluar dari topik asal dengan serangan peribadi sebagai perisai untuk mempertahankan diri dan parti.

Berikutan dengan itu hujah yang diberikan beliau terhadap Anwar ia disambut dengan tepukan yang dianggap setanding dengan tepukan penyokong lawannya.

Namum program yang dianjurkan oleh AgendaDaily dengan kerjasama Media Prima dan Dewan Bahasa semalam ternyata melonjakkan saham kedua-dua tokoh ini dikala saham dunia dan serantau dalam tak keruan. Seluruh warga kemaman pasti dapat melihat keberanian calon yang dipilih sewaktu tsunami pilihanraya 8 mac sebagai satu pilihan yang tepat dan terjajalah kehebatannya manakala kerindu wajah yang hilang dari kaca tv selama sedekat terubat dikala perbagai isu menimpa dirinya sejak kebelakangan ini.

Seawal pendebatan seakan Ahmad Shaberry gah dihadapan berbanding lawannya berikutan Anwar yang Sperm sifatkan selaku Pencadang agak mengawal pertuturannya.

Namun selepas isu peribadi diketengahkan pencadang nampak sudah mampu menyesuaikan diri dan tercermin warna asli Anwar berikut dengan terpaculnya kata-kata yang sinomim dengannya seperti kroni, rasuah dan gaya sindiran sinis.

Ternyata program siaran ini seakan propaganda baru untuk pihak pemerintah dan satu taktik baru untuk menyerang lawanya namun jika diceruk rantau mungkin termakan umpannya.


Keseluruhan progam debat ini melihatkan orang lama lebih nilai rendah dirinya susulan Anwar sering membahasakan diri Ahmad Shaberry dengan gelaran Datuk sedangkan Ahmad Shaberry yang hanya menggunakan panggilan mesra orang kebanyakan iaitu Saudara. Ditambah pula dengan langkah bergaya Anwar yang bersahaja berjabat salam dengan Shaberry yang terpana di kubu debatnya.


Namun setelah selesai program penting malam tadi berlaku jua insiden yang tak diingini yang mana berlaku sedikit kekecohan antara sekumpulan jurugambar dan pemberita dengan pengawal keselamatan dan terpaksa dicampurtangan oleh pihak Polis Raja DiMalaysia.


Dan kesimpulan dari debat ini jua mendedahkan faktor kepincangan dan masalah pengurusan dari segi dana, prasana, halatuju ekonomi berikutan dari campurtangan dari kebilauan politik.

Begitu jua dengan program yang disiarkan di Astro Awani sejurus debat selesai agendanya. Rata-rata membincangkan cara urus-tadbir politik kerajaan terhadap sosio-ekonomi dan Sperm lebih tertarik menyaksikannya dari progam siaran sebelumnya.

Monday, July 14, 2008

KBM

Kerajaan Boikot Malaysia
Mereka Memboikot Atau Dihalau?


Tahniah utk kerajaan Malaysia pada hari ini. Tujuan sperm mengucapkannya berikut saranan pihak kerajaan melancarkan gejala boikot terhadap Belanda akhirnya terpalit ke dewan parlimen.

Tidakan pihak pembangkang yang mewakili suara yang sudah muak dengan karenah pembesar Malaysia keluar dewan sebagai simbol protes atau boikot adalah satu tindakan wajar.

Bermula dengan isu Road-Block diserata jalan ke ibu kota ditolak yang di-pertua dewan berlanjutan pula ke usul tidak percaya terhadap PM.

Untuk apa berada didalam dewan jika suara ini tidak diketengahkan. Atau mungkin meraka (pihak kerajaan) ini masih mahu orang lama bertahan dari dirampas oleh Najib.

Alasan yang diberikan oleh Speaker "bodoh jika diberi dan dilihat oleh dunia luar"

Mengapa bodoh?

Malu yang kononnya PM malaysia sudah tidak boleh dipercayai.

Atau bodoh kerana suara ketua pembangkang itu adalah seorang wanita yang baru mendapat gelaran Dato' seri selepas bekali-kali menolak gelaran tersebut yang menolak kepercayaan seorang lelaki yang bergelar PEDANA MENTERI?