Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Tuesday, April 22, 2008

Boikot Sangat

Hina Fahaman Islam.. Boikot!!
Hina Ajaran Islam.. Boikot!!
Hina Kepercayaan Islam.. Boikot!!
Tersentuh sensitif islam sikit.. Boikot!!

Sikit-sikit, boikot!!
Sikit-sikit, boikot!!

Boikot, boikot, boikot.

Sedar tak yang Kera-jaan Malay-siaL berkempen dan mengajar rakyatnya memboikot. Boikot itu, boikot ini, sana boikot, sini boikot. Kesudahannya..., Harghammm.. Hangat-hangat taik ayam, kalu tak boikot taik kucing namanya.

FITNA punya pasal sebok nak boikot, kononya islam dihina. Serius ke Kera-jaan ni? Atau nak amek hati rakyat yang hilang yakin dengannya sebelum PAS mainkan isu yang sama.

Jika benar ke-serius-an nya mengapa beriya sangat nak jemput Chelsea lawan kat bola dengan malaysia pilihan. Macam tu ke seriusnya Kera-jaan kita. 2 orang yahudi dalam Chelsea F.C aper citer?

"Alah sperm 2 orang jer, datang pun kerana sukan, bukannya bawak senjata, tak tepesungnya akidah."

ooo macam tu ke..Abis..Buat apa boikot barang Belanda? Tak yah kita sebok boikot semer barang tuh yang melambak dari Perlis sampai larr ke Sabah. Setakat produk dyorang bukannya boleh hitam lidah, gelap mata dan minyak yang kita guna pun pasti tak mengheret kita dari masjid ker gereja.

"Itu lain sperm..kes fitna ni dah membabitkan hal dunia."

Pulak dah? Abis macamana pula dengan kesengsaraan rakyat Palestine? Bukankah mereka dibuli oleh rakyat Israel dan 2 org Chelsea datang dari sana jugak? Atau disebabkan Malaysia tiada kaitan dengan negara Israel dan Palestine kita harus terlepas pandang?

Inikah bukti Malaysia ini negara Islam?

Mengapa Malaysia tidak mengharamkan terus produk dari Belanda dan pulangkan semula? Bukankah itu langkah yang bijak. Barulah nampak tegas tindakannya. Kalau kena bayar denda pun apasalahnya jika satu pengorbanan. Berkorban untuk rakyat sedangkan rakyat sering berkorban untuk negaranya.

1 comment: