Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Wednesday, September 17, 2008

IKUT SUKA AKU Ancam Umno & Malaysia?

Anwar menang P44, bermakna Anwar kembali ke kerjayanya.

Mahathir pula mungkir janji yang kononnya takkan sertai UMNO selagi Paklah tak berundur. Ezam ok sikit dari Mahathir, sebab Ezam masuk selepas dibuang Mahathir dan join bila Mahathir keluar.

Muhyiddin Yassin pula mengasak Paklah dengan pelan peralihan kuasa dipercepatkan. Nada itu kedengaran sejurus selesai kes di Pulau Pinang.

Ditambah lagi dengan Isu 16 September yang kononnya dianggap 'Angan Mat Jenin' bagi sesetengah pihak.

Terdahulu Ahmad Ismail mengalih tumpuan dengan permainan api, lalu ia dilucutkan haknya dikalangan UMNO. Atas sikap beliau, Tan Hoon Cheng ditahan berikutan menyiarkan apa yang dikatakan oleh Ahmad Ismail.

Begitu jua dengan Teresa Kok dan Raja Petra Kamaruddin. Teresa ditahan atas isu azan dan beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat termasuk parti PAS turut berhimpun memberi sokongan supaya Teresa kok dibebaskan.

Raja Petra Kamaruddin ditahan berikutan penulisannya yang kononnya menhina Islam walaupun tidak pernah didedahkan apa yang dihinanya. Yang didedahkan hanya tajuk seperti "Not all Arabs are descendants of the Prophets" dan "I promise to be a good, non-hypocritical Muslim" padahal banyak isinya berkisar dengan cerita dalaman UMNO.

Beberapa Ahli Palimen sambung belajar keluar negara dalam Industri Pertanian dan secara tidak langsung mampu berkait dengan pelan agenda Anwar atau Pakatan Rakyat.

Beberapa jua kerabat BN mengecam Anwar sebagai PEMBOHONG, PEMBELIT berikutan omong si Anwar. Ia seolah-olah sama dengan isu 31 ogos yang mana kononya Kerajaan akan kembali ke milik BN.

Anehnya jika benar Anwar pembohong mengapa harus Paklah melayan cakap Muhyiddin Yassin?

Buktinya dengan pertukaran jawatan. Terbaru bakal berlangsung perbincangan pelan peralihan kuasa akan diawalkan dan kemungkinan Paklah ingin bersara.

Apakah kerana kemasukan Anwar kekancah politik yang disusuli oleh Mahathir?

Atau enggan memberi Tengku Razaleigh Hamzah tahta PM?

Atau tidak mahu mengelabah seperti Mohd Khir Toyo sewaktu beliau dapat tahu yang Selangor bukan miliknya lagi?

Begitu jua dengan suara mahkamah pada 24 September nanti.

UMNO terancam, MALAYSIA terancam,
MELAYU terancam atau BN yang terancam?

Atau Mahathir yang terancam dengan kisah silamnya hanya kerana seseorang yang kononya digelar pengkianat Melayu dan Malaysia

No comments: