Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Monday, November 10, 2008

Media Telus Atau Media Bolos?

Semalam Sperm sempat mengamati warta berita Bernama dengan santainya dirumah. Dan berita pembukaan beritanya bertajuk "Perwakilan UMNO Seremban bergaduh".

Sperm hanya mampu tersenyum sinis akan kejadian yang kononnya dakwa Paklah ia satu yang memalukan.

Apa yang ditayangkan di kaca tv tersebut adalah suasana tempat kejadian yang didakwa Bernama berlanjutan selama hampir setengah jam dengan reaksi perang mulut bersenjatakan kerusi.

Kebetulan di dapur emak sperm yang sedang giat memasak untuk hidangan sekeluarga yang turut ditemani oleh sebuah tv usang dan secara kebetulan tersiar Bulletin Utama. Akan tetapi berita utamanya berkisarkan isu hukum bunuh 3 orang J.I di Indonesia.

Namun setelah hampir setengah jam berita tv3 bersiaran barulah tersiar isu perwakilan bergaduh. Namun yang tersiar hanya gambar kaku dan ulasan ringkas sahaja.

Hairan..

Isu kurap dicelah kangkang tidak diutarakan tapi tepi kain orang juga sebuk dicanangkan.

No comments: