Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Thursday, January 29, 2009

Jom kesana!!

PELANCARAN GERAKAN MANSUHKAN PPSMI (GMP) - SABTU 31 JAN 09 / 3PM / SOGO

Bersempena dengan program khas Pelancaran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang akan berlangsung pada hari Sabtu 31 Januari 2009, pada jam 3.00 petang bertempat di Dataran Kompleks Membeli-Belah SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semua rakyat digesa hadir menyokong para tokoh bahasa dan pemimpin Pakatan Rakyat agar menyampaikan bantahan kepada kerajaan BN.

Perhimpunan ini bakal menyaksikan penglibatan tokoh-tokoh berwibawa yang mewakili institusi bahasa, akademik, profesional serta parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang dijangka hadir adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Dr. Shahrin Md Zain, Prof. Abdullah Hassan, Ainon Mohd., Hasni Abas, Suhaizan Kayat, parti PAS dengan Dr. Nasharuddin Md. Isa, Mohd. Sabu bersama Pemuda PAS diketuai Salehuddin Ayub, manakala PKR dengan peneraju utama Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Pusat) bersama jentera padu AMK khususnya dari Wilayah Persekutuan dan Selangor dan disokong oleh ahli MPT PKR Tian Chua.

Saturday, January 17, 2009

Gambaran Dekat Dari P036







dan selebeynyer jom kiter share ngn blogger si amoi cantek ee chia

Monday, January 12, 2009

Boikot tapi menyekat kadang-kadang mengalakkan

Sekali lagi kerajaan mengunakan peluang yang terhidang dengan isu Gaza dengan kempen boikot!! Sejauh mana seriusnya malaysia dalam kempen ini? Masih samakah dengan isu boikot Belanda? Atau masih lagi kelihatan sangat berbeza.

Jika benar negara serius dengan isu ini mengapa tidak diharamkan terus Starbuck, Coke dan yang terbaik, hantarkan semula diplomat US dari kandang kedutaan US di depan tabung haji itu ke negara asalnya sebagai bukti Malaysia sangat serius dengan isu keganasan.

Pasti ia tidak menjadi kerana dalam pengamatan Sperm Malaysia dibawah pengaruh US dan British!!

Jadi untuk apa berboikot jika tuan rumah masih memikirkan isu royalti dan untung?

Lebih ketara lagi apabila isu Pihak polis yang menghalang penyokong Palestine berhimpun untuk luahan rasa protes baru-baru ini di dataran merdeka yang sering menjadi venue simbol merdeka untuk rakyatnya.

Apakah bukti seriusnya kerajaan berteriak sakan dan berpromosi galak agenda "boikot"?

Malaysia Memang Negara Hangat Taik-Ayam-Cha!!

Friday, January 9, 2009

isu GAZA ISRAEL = NEGARA ARAB & NEGARA BARAT

lepas abes sperm tgk ke-3 3 vid nih aper yg aku nmpk hishamuddin bukannyer obses dengan demokrasi.. cumer nmkp mcm memasang perangkap utk YB BN atas dasar demokrasi yang dibawa oleh negara2 bekas jajahan british..

mengikut sejarah tamadun dunia (seawal zaman nabi adam) lawan demokrasi barat @ atau demokrasi bukan islam adalah demokrasi didalam islam atau dalam erti kata lain demokrasi islamik atau lebey senang ajaran allah swt, dan ini terbukti dari zaman awal kemunculan fir'au yang mana kaum yahudi ditindas dan diselamatkan oleh nabi musa a.s

dan mengikut sejarah peradaban dunia jua sesiapa sahaja baik bangsa, kuasa, empayer mahupun pengaruh yang berjaya menaluki jurusalam pasti akan menjadi kuasa multak dunia dan ini terbukti dari kesah sejarah dari empayer rome, islam dan yang terakhir sebelum kemasukan ISRAEL iaitu british.

Mengikut kata hishamuddin didalam video nih, tertubuhnya negara ISRAEL nih adalah kerana penempatan askar-askar Amerika disana, dan ia terbukti Amerika menaluki dunia. dan sebagai contoh lain ialah isu pencerobohan tentera keatas VIEATNAM, IRAQ & KUWAIT cuma kali ini bukan dari sudut jajahan namun jika dikaji dengan lebih halus yakni dari sudut jajah pula boleh dikatakan kaum yahudi menjadi mengunakan soft-power seperti yang diutarakan oleh abang pergurusi hensem dari awani dan ternyata mereka lebih maju dalam sektor ini.

Sudut Pandang 1/3


Sudut Pandang 2/3


Sudut Pandang 3/3 (finale)

Wednesday, January 7, 2009

Lagu tema pilihanraya P036

Caj caj caj
Caj caj caj
Suka hati kau tak berbudi kau tak mengerti
Kau tak perduli ku kau anggap kutu kari

Das das das
Das das das
Hentam saja kau tak berjiwa kau tak merasa kau tak periksa
Siapa yang mengalas kerusimu di bawah

Di bantal empuk mu
Kau terlupa janji mu

Dam dam dam
Dam dam dam
Kami jeran kau tak kasihan kau tak sayangkan
Kau tak ringankan kami sekalian yang bergelar sang Marhain

Di rumah tumpangan
kau terlupa diri mu siapa

Kau sedarlah
Kalau bukan kami yang tumpang yang bersusah payah
Berkompang hingga menang
Hingga dijulang...

Caj caj caj
Caj caj caj
Suka hati kau tak berbudi kau tak mengerti
Kau tak perduli ku kau anggap kutu kari

Dam dam dam
Dam dam dam
Kami jeran kau tak kasihan kau tak sayangkan
Kau tak ringankan kami sekalian yang bergelar sang Marhain

Di rumah tumpangan
Kau terlupa diri mu siapa

Kau sedarlah
Kalau bukan kami yang tumpang yang bersusah payah
Berkompang hingga menang hingga...

Kalau bukan kami yang tumpang yang bersusah payah
Berkompang hingga menang hingga dijulang...
Download MP3

Tuesday, January 6, 2009

Tercalon Sudah, Kini masa berkempen.

Sebelum ini ramai yang berteka-teki saper yang nak bertanding kat P036. Ada yang mendakwa seramai 5 orang yang bakal bertanding..

Fuhh!! macam tak masuk dek akal jer, alih-alih 3 jer yang bertanding. Itu pun salah seorang dari calon yang bertanding telah berjaya memeranjatkan media. Saper tuh?

Azharudin Mamat @ Adam bertanding atas logo bebas..

hahaha!!

kahkahkah!!

Dari sumber yang belum sahih dan x boleh dipercayai, hamba allah ni dari keturunan kerabat UMNO. Jadi, apersal dyer bertanding?

Kononnya ada ura-ura yang menyatakan kali ini perhitungan dyer dengan kerabat umno yang bertanding..

betul ker tak hanya orang terengganu jer yang tahu dan selebehnyer..paham-paham jer larr..