Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Monday, March 17, 2008

Jemaah Menteri 2008

Jumlah jemaah menteri dikurangkan kali ini daripada 90 kepada 68 orang untuk mengisi 27 kementerian daripada 32 kementerian penggal lepas manakala Setiausaha Parlimen dimansukan. Mungkin ini dapat menyelesaikan masalah menteri tak ke Parlimen.

5 Menteri digugurkan dalam senarai antaranya Rafidah Aziz, Adnan Mansor, Radzi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid, Jamaluddin Jarjis, manakala Khairy Jamalauddin tak tersenarai namun Ketua Puteri Umno Noraini Ahmad tersenarai.

Namun dengan tesenarainya hampir separuh muka baru, Sperm tetap kurang bersetuju dengan sebilangan ahli kali ini. Seakan senarai ahli memujuk rakyat yang sedang merajuk.

Dan ini senarai penuhnya:-

Perdana Menteri
: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak
Penasihat Khas Bertaraf Menteri: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN
MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

p/s= nota hafalan untuk mereka yang perlu dalam temuduga kerajaan kelak.

Melayu @ UMNO

Selepas PRU-12 rumusan yang kononnya melayu berpecah-belah. Persoalannya, golongan mana yang berpuak atau berpecah-belah? MELA-you atau UMNO?

UMNO Penang sokong PakLah.
UMNO Johor sokong Mukhriz.
Raja Perlis tolak pekenan MB PakLah.
Insitusi Kesultanan Terengganu seakan menolak kelompok UMNO.

Jadi sekarang siapa yang berpuak?

Tahniah untuk Golongan diraja kerna baru nak sebok bercampurtangan dalam politik. Berkuasa jua raja yerk..? Ingat ker selamanya menjadi BONEKA UMNO.

Saturday, March 15, 2008

Untuk siapa harus di pertahankan?


Dulu golongan bukan kerajaan buat demo aman dikatakan haram. Sekarang bila pemerintah kecundang rabak dan mengambil alih tempat pembangkang dikatakan pula mempertahankan hak.

Hak siapa yang nak dipertahankan?
HAK MELA-you (bodoo).

Buat apa nak dipertahankan?
Untuk orang MALA-you larr..

Untuk orang melayukah, untuk perjuang melayukah?
opss silap...untuk orang MELA-you UMNO.

Untuk apa?
Jika tiada lagi DEB, tiada lagilah projek kroni.

DEB untuk rakyat atau pembela rakyat?
Tapi jika tidak untuk rakyat MELA-you dan bumiputra, bagaimana dengan ekomoninya.

Bumiputra mana?
Bumiputra MELA-you.

Bagaimana dengan orang asli, pernah UMNO pikirkannya? Kembalikan tulisan jawi jika mahu pertahankan DEB!!!!
Umno untuk orang MELA-you pak..

So..Haw ebaot tulisan jawi?
Bagaimana pula dengan sikap projek buruk siku?
Begitu jua dengan PTPTN?
Mengapa biarkan mata sepat duduki STPM?
Mengapa biarkan golongan yang tidak dikenali gagal dalam urusan pinjaman niaga?
Mengapa FAM biarkan keris silang dalam logonya?
Kenapa setuju dengan perjanjian penjajah demi merdeka?
Kenapa mahu sempitkan lagi minda MELA-you.

MELA-you moden tapi kekal dengan slogan..
Biar Pape Ase Begaye

Mansuhlah DEB segera biar tepat SLOGANnya!!

Friday, March 14, 2008

Siapa Bangang!!!

Sperm tidak berniat memainkan isu kaum antara kaum. Pakatan penbangkang bersatu mencari satu jalan alternatif untuk rakyat menolak parti pemerintah terlaksana sudah. Hampir seluruh rakyat cerdik telah bersepakat untuk menolak parti pemerintah, Masyarakat cina mempunyai parti alternatif yakni DAP untuk menolak MCA begitu jua dengan kaum india yang nekad menolak MIC dan PPP dengan memilih PKR. Dan isu melayu berpecah-belah sepatutnya tidak wujud jika bersepakat memilih PAS ataupun PKR. Kerana sikap RASIS yang tebal dan sayangkan parti yang mendalam maka wujud pelbagai spekulasi bangang sedia maklum.

Jadi golongan mana yang BANGANG sekarang?
  1. Kerajaan--->kerna bersikap sambil lewa terhadap emosi rakyat yang berbilang kaum
  2. Kerajaan--->kerna memandang enteng dengan pegerakan pakatan pembangkang berdasarkan sejarah silam parti perintah.
  3. Kerajaan--->kerna isu harga minyak dan harga barang naik mereka lupa akan sosio-ekonomi dalam idelogi kaum cina.
  4. Kerajaan--->kerna diberikan cuti Thaipusam kaum india terus nekad menolak 2 pemimpin besar dari kaumnya.
  5. Kerajaan--->kerna isu keris dihunus kelangit mengakibat perang emosi dalaman sesama insan yang kononnya cintakan keamanan.
  6. DAP--->kerna menghapuskan kompaun pakir terdahulu serta memansuhkan DEB yang ternyata lebih kearah Kroni dan Kurapsi.
  7. PEMBANGKANG--->kerna bersatu untuk tewaskan PEMERINTAH
  8. PKR--->kerna bijak menyepakatkan parti pembangkang untuk hadapi PRU-12 tetapi gagal bersepakat dalam isu kerajaan SILVER.
  9. PAS--->kerna berkeras untuk mempertahan Kelatan dari tangan KJ akhirnya dapat pula satu negeri lagi.
  10. PAS--->kerna islam hadhari itu bukan islam sejati melayu MALAYsia jadi pening.
  11. PAS--->kerna dah lali dengan cemuhan dan putarbelit media hingga timbul isu tadika.
  12. PAK LAH--->kerna sikap tidur.
  13. NAJIB--->kerna kes MOGOLIA.
  14. MAHATHIR--->kerna dia banyak buat kerja waktu jadi PM.
  15. MAHATHIR--->kerna pecat ANWAR IBRAHIM.
  16. MAHATHIR--->kerna pergi menunaikan fardu haji yang sangat singkat tapi tiada gelaran HAJI.
  17. ANWAR IBRAHIM--->kerna ingin wujudkan akta rasuah kes sodom.
  18. LIM KIT SIANG--->kerna selalu bangkitkan isu kecil PARLIMEN tetapi pemerintah yang melatah.
  19. HADI AWANG--->kerna PAS parti islam bukan parti meLAYU.
  20. NIK AZIZ--->kerna menjadi MB Kelar-tey selama 18 tahun
  21. KHAIRY JAMALUDDIN--->kerna ia menantu Pak Lah.
  22. KHAIRY JAMALUDDIN--->kerna pernah pikat NURUL IZAAH.
  23. Tian Chua--->kerna kerap kena tangkap.
  24. SPR--->kerna isu dakwat kekal.
  25. SPR--->kerna syarat-syarat disaat akhir PRU.
  26. SPR--->kerna sepatutnya berkerja kuat 5 hari seminggu setiap tahun tetapi kekerja keras dihujung hari PRU.
  27. SPR--->kerna ego dengan ketelusannya.
  28. MEDIA--->kerna TV, RADIO, AKHBAR arus pedana senantiasa menjadi alat perang sarat KERAjaan.
  29. MEDIA--->kerna tidak mahu rakyat berfikiran bebas, kreatif dan inovatif.
  30. BLOGGER--->kerna watak utama dalam perang media.
  31. BLOGGER--->kerna menyemarakan EKONOMI, SENARIO, POLITIK, SIOSIAL dan KATA SEPAKAT.
  32. ISA--->kerna ISA rakyat takut bersuara.
  33. AUKU--->kerna AUKU banyak Universiti ternama di Malay-sia jatuh ranking dunia.
  34. NEGARA LUAR--->kerna Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa.
  35. NEGARA LUAR--->kerna terhasilnya PROTON dan PERODUA.
  36. NEGARA LUAR--->kerna harga pasaran minyak.
  37. NEGARA LUAR--->kerna pernah menjajah tanah meLAYU.
  38. AL-JAZEERA--->kerna temuramah dengan mamak maidin.
  39. CNN--->kerna temuramah dengan Paklah disaat akhir PRU-12.
  40. IKLAN ROKOK--->kerna haramnya penajaannya bolasepak Malay-sia jatuh merudum.
  41. PETRONAS--->kerna ingin terkenal diserantau dunia.
  42. LEBUHRAYA--->kerna perjanjian.
  43. KLCC--->kerna adanya ia maka tercatitlah MALAsia dalam peta dunia.
  44. RASUAH--->kerna siapa yang terlibat akan selamat siapa yang mendedahkan akan terjerat.
  45. TENAGA WARGA ASING--->kerna sangup dibayar dengan gaji yang sangat rendah.
  46. ORANG KAYA--->kerna mereka kaya bertambah kaya.
  47. ORANG MISKIN--->kerna setiasa rapat dengan PPRT.
  48. ORANG ASLI--->kerna nama bumiputra tetapi tiada siapa yang ingin membela.
  49. CINA--->kerna ekonomi dan perniagaan.
  50. CINA--->kerna sifat tak tau malu.
  51. INDIA--->kerna nasib pembelaan dan penindasan.
  52. INDIA--->kerna hidupnya berbilang kasta.
  53. MELAYU--->kerna parang kontot yang berbengkang-bengkok(org lain dah beperang canggih).
  54. MELAYU--->kerna sayangkan parti dan bangsa berlebihan dari agama.
  55. MELAYU--->kerna dasar bumiputra tetapi perlekehkan golongan orang asli.

Thursday, March 13, 2008

Isu Kerajaan Rojak

Berbincanglah elok-elok. Sebelum PRU-12 pakatan untuk meminta rakyat bersatu untuk menolak parti pemerintah, sekarang mesejnya telah sampai jangan menjadi agenda utama puak kuraption mengambil kesempatan. Jika ramai rakyat mampu bersatu mengapa tidak golongan yang sering memohon untuk bersatu. Rakyat hanya dari setitik mani yang hina, begitu jua dengan pemimpin dan pengera.

Wednesday, March 12, 2008

Propaganda belum berhenti

Selepas 50 tahun merdeka,
Barisan nasional hilang 5 negeri,
Selepas 100 tahun merdeka,
Barisan Nasional hilang 10 negeri.
yang tinggal hanya negeri pro-BN
Johor, Perlis, Sabah, Sarawak,

PRU-10 Reformasi, undur mahahtir,
PRU-11 BN kenduri, Paklah hadir,
PRU-12 Tsunami Rakyat, BN getir.

5 negeri hilang,
Kelatan tak dapat,
Penang melayang,
Kedah pas ke-2,
Perak dan Selangor kerajaan campuran,
mujur KL tak kira,
Kalau tidak dah jadi 6.

PRU-10,
gegaran politik akibat dari anwar dipecat,
nak dapatkan kelantan terengganu yang hilang,
mujur kedah tak terlepas,
di Pahang pun dapat gegaran.

PRU-11,
gegaran politik hampir meletus,
nasib baik sempat MAHATHIR turun,
semua orang suka Pak Lah senyum,
bukan saja 2/3 malah lebih BN tawan
termasuk Terengganu milik kerajaan.
mujur tak dapat balik kelantan.

PRU-12,
gegaran politik meledak pula,
kali ini tsunami digelarkan ia,
mula dari BERSIH hingga HINDRAF tiba,
Kj pun sama mengada,
sebok dengan Kelantan propaganda,
Pak lah kalut tak buley lena,
hilang satu persatu tanah Malaya,
kini mula duduk ternga-nga,
mencari punca apakah formula,
Pertonas akan jadi penaja,
untuk jambatan Penang yang kedua.

BN sebok cakap sebelum PILIHANRAYA,
depa nak menang 2/3,
tapi sekarang dah hilang 5,
sekarang gunakan pula media,
depa dok main laga-laga,
lagakan melayu dengan cina,
kadang-kadang dengan india,
macam BN dah hilang idea,
jangan berani jangan cuba,
jika silap kerajaan merana.

p/s=jangan cuba bermain dengan api perkauman akibat terlepas Penang dari BN ke DAP

Gurindam Dam Dam Pak Lah Melaram

Panas ku sangka hingga ke petang,
Rupanya hujan ditengah hari,
Kelantan ku sangka mudah ditawan,
Rupanya ku hilang 5 Negeri.

Sungguh malang nasibku ini,
Tiada kampung dan tiada negeri,
Penang negeriku ditawan DAP,
Tak tau kemana nak bawak diri.

Ada baiknya ku undur diri,
Bagi peluang kepada Khairy,
Sambil ku tidur bersama isteri,
Manalah tau kot-kot dapat BABY...

Thursday, March 6, 2008

Kuiz Teka-Teki

sesuaikan padan ayat di bawah..
soklan pertama

Sahaja aku keluar untuk naik pergi ke kerana nak terangkan rakyat.

kedua

Sahaja aku ikut nak pangkah ikut kerana rakyat.

Tunaikan Tanggungjawab Kita

Niat sebelum mengundi:-
Sahaja aku keluar BARISAN untuk naik ROKET pergi ke BULAN kerana nak terangkan MATA rakyat

Niat semasa mengundi :-
Sahaja aku ikut BARISAN NASIONAL nak pangkah PAS ikut DAP kerana KEADILAN rakyat

Wednesday, March 5, 2008

BBK

Belia Benci Khairy
Tapi sperm belia purba..
BPBK
Belia Purba Benci Khairy