Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Sunday, April 7, 2019

Revolusi 30 Tahun Dulu.

Sumber Imej : Rare Historical Photo

Sebulan dua ini masyarakat Malaysia terutamanya dari kalangan islam riuh membicarakan dividen Tabung Haji (TH).

Baharu ini TH mengumumkan dividen terendah dalam sejarahnya sejak 1963 iaitu 1.25 peratus.

Ekoran itu ada dari kalangan pemerhati menyifatkan ia adalah langkah awal menyelamatkan jangka hayat TH yang mana sebelum ini TH sering dilanda pelbagai isu skandal dalaman pengurusan dana pelaburan.

Sedang aku ingin mengupas isu ini, aku sedang asyik melayan lagu rock dari Band lokal Wings - Romania.

Lirik yang diterbitkan dari album Teori Domino pada 1990 ditulis oleh Nasir Jani yang mana pada ketika itu beliau sangat aktif dalam penulisan lirik berunsur politik dan naskah filem/drama kritis kerajaan.

Kebetulan juga, lagu yang dendangan ini dan isu TH dengan masalah dalaman berkaitan pengurusan dana dari kerajaan terdahulu mirip dengan senario Revolusi Romania 89.

Sewaktu aku darjah 5 tajuk album ini sering menimbulkan persoalan di benakku, ini kerana tiada langsung tajuk lagu yang seakan tajuk albumnya.

Yang ada hanya di dalam lirik Romania.

Jujur aku nyatakan album ini antara pemula aku terjebak ke medan politik yang mana album ini terdapat 2 buah lagu berkaitan politik semasa ketika itu.

Seperti tajuk penulisan aku kali ini, aku tidak membahaskan isu TH dan tidak juga mengupas berkaitan lirik lagu tetapi berkaitan Revolusi Romania 89.

Aku mengenali Romania sewaktu usia yang sama di temasya Bolasepak Piala Dunia 90 di Itali (Italia 90).

Romania tewas kalah mati di pusingan ke-2 kepada Ireland menerusi sepakan penalti setelah 90 minit tanpa jaringan.

Aku masih ingat kata abah "Negara yang terlibat dengan penindasan politik mesti spirit diorang lain macam"

Ini kerana mereka layak ke Italia 90 selepas 20 tahun (4 edisi) kemudian, dan dalam masa yang sama memang bait lirik Nasir Jani menceritakan kisah Revolusi Romania 89.

Tiga Puluh (30) tahun dulu berlaku pemberontakan dari kalangan rakyat Romania terhadap pemerintahan diktator komunis yang berkuasa sejak 1967, Nicolae Ceauşescu.

Kurang lebih seminggu kegiatan revolusi berlangsung dengan adanya protes, demonstrasi serta rusuhan.

Di era itu, kehidupan rakyat Romania kian tertekan berikutan ekonomi negara kian memburuk akibat kerajaan lebih menumpukan terhadap pelangsaian hutang berbanding peningkatan pendapatan negara.

Pemulaannya pada sekitar pertengahan 70-an yang mana ekonomi Romania mula menurun akibat tidak keseimbangan kegiatan industri berat Romania ketika itu.

Selain dari lambakan pengeluaran, krisis tenaga kerja juga antara punca ekonomi Romania merosot sehingga terlibat dengan selian sistem kewangan dunia (IMF).

Di situlah punca Revolusi Romania 89 yang mana rakyatnya ditindas dengan program catuan sumber permakanan individu serta KPI lima (5) kelahiran untuk setiap keluarga.

Terdahulu ekonomi Romania membangun dengan kadar yang terpantas dunia di sekitar era 50'an - 60'an dan Nicolae Ceauşescu sendiri pernah diangkat sebagai antara pemimpin yang hebat ketika itu.

Begitulah dengan pergolakan yang berlaku dengan TH.

Sumber Imej : Tabung Haji

Sewaktu dividen tinggi melangit, ramai yang bergembira tanpa hiraukan permasalahan pelaburan dalaman.

Mungkin benar sewaktu dividen di paras 9%-7% sudah ada kerugian, jika tidak mana mungkin PM ke-4 mengambil masa yang lama untuk pengumuman letak jawatan.

Walaupun rugi dan ada hutang tak langsai pun diberi peratus yang tinggi.

Atau mungkin benar juga kadar rendah kini hanya jalan terakhir untuk kembalikan pengukuhan sistem aliran pelaburan.

Walaupun ia bakal menjadi modal PRK - Rantau.

Mereka mainkan caturan demi kelangsungan sedangkan kita hanya tahu merintih tanpa sedar kita sedang dicucuk untuk melatah yang tah apa-apa.

Peduli Apa Aku!!

No comments: