Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Wednesday, February 20, 2008

Oh Khairy Kesayangan Belia Negara


Harapan Dinastiku


Khairy Jamaludin diura-urakan akan bertanding di Parlimen Rembau. Dan penentangnya diramalkan Badrul Hisham Shaharin iaitu Ahli Majlis Tertinggi KeADILan dan pastinya sudah ramai yang membuat jangkaan.

Pertembungan 2 insan ini dilihatkan bagai buku bertemu ruas, Pelbagai canangan perang sarat dilancarkan dari kedua-dua pihak yang hanya sekadar memeriahkan lagi suasana Pilihanraya Umum Ke-12 kelak

Sperm difahamkan bahawasanya chegu Bad telah memohon restu dari orang besar PAS untuk menentang KJ dimana-mana kerusi yang akan dinamakan kelak, namun sperm terenung sedetik profile KJ.

KJ tidak menyandang mana-mana kerusi kabenet selain kabenet diruang dapur rumahnya, tetapi dengan berbekalkan sijil nikah kahwinnya sudah cukup beliau membuktikan bahawa Dinasti Paklah menjadi kenyataan. Tetapi sejauh mana?

Pada amatan sperm KJ tidak sepatutnya bertanding di REMBAU. Banyak kemungkinan akan berlaku. Namun jika KJ tetap bertanding disitu jua ternyatalah bahawa sijil nikah kahwinnya laku. Ini berikutan kira-kira keberanian beliau menentang si-penentang yg mahu menentang.

Tapi dimata sperm bukankah lebih bagus jika KJ memilih atau Paklah sendiri yang menyediakan tempat khas untuk menantunya. Contohnya Putrajaya.

Ya PUTRAJAYA..

Memang benar agak sukar untuk mendapat tempat disana berrikutan KJ ketua pemuda UMNO Rembau. Namun ia tidak sesukar mana jika pandai berpolitik yang penuh dengan misteri berstategi.

Putrajaya adalah satu penempatan yang amat seswai dengan sektor pentabirannya, perumahannya, penghuninya dan pelbagai lagi tersedia disana. Begitu jua dengan penghuni yang akan turun mengundi. Sperm yakin jika KJ bertanding disana peluang untuk membina DINASTI Paklah akan terkota.

Mengikut kira-kira matematik purbawara sperm, jika KJ bertanding di Rembau peluangnya agak tipis namun ia tetap berpeluang. Tapi buat apa membiarkan tempat yang sememangnya berpeluang penuh dibiarkan.

Antara risiko yang dijankakan di Rembau adalah bekas PRO-Maha-htir yang masih belum dapat menerima kelancangan mulut berbau rokok DUNHILL yang pernah menaja program bolasepak negara dizaman kegemilangan MALAYsia...Walaupun KJ telah memiliki salah satu kerusi penting FAM tapi tetap ia tidak sama dengan kerusi mewah PARliMEN yang sering bocor seperti yang didakwa oleh Sammy Vellu.

Bukankah lebih elok jika KJ bertanding di PUTRAJAYA kerana warga-wilayah sana pastinya tidak berpaling tadah dari gegengaman dacing yang tersohor. Dan chegu Bad semestinya gagal membolosi pengaruh dacing bersulam keris berbulan kuning.

Apa-apa pun segalanya akan terbukti kelak dan 24hb Feb. 2008 pasti memberikan jawapan multak dan ini sekadar SPAM


p/s=sperm harapkan KJ vs Nurul Izzah..seingat sperm KJ pernah menaruh hati dengan anak anwar ibrahim hikhikhik

No comments: