Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Tuesday, July 15, 2008

Debat Dan Analisa

Program ilmiah bersulami perbaziran waktu Sperm terlepas siri drama Sin, dar & ela nyata mengecewakan dan Sperm rasa berat untuk mengulas namun perlu jua kerana tiada tempat untuk mengadu.


Debat Anwar Ibrahim dan Ahmad Shaberry berakhir sudah. Seperti yang diduga dari awal beberapa minggu terdahulu iaitu tiada jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini ternyata menjadi kenyataan.

Siaran selama -/+ 53 minit setelah ditolak iklan aka rehat perdebatan tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi cetusan minda untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu tak ubah debat ilmiah tetapi hiburan komedi atau lebih tepat lagi dengan gelaran debat yang membazir.

Sperm mengharapkan fomula yang dikatakan mampu menurunkan harga minyak diperdebatkan, Tetapi sedikit demi sedikit ia lebih berkisar kepada isu peribadi silam.

Sperm meletak harapan yang tinggi dan lebih bersemangat profesional kepada Menteri yang datangnya dari Parlimen Kemaman ini kerana kesudiannya untuk berdebat dengan bekas debat terbaik UM.

Ahli Parlimen Kemaman ini yang pernah memukau Perhimpunan Agong UMNO dengan perbahasannya yang menarik ternyata hanya berani tetapi tidak berisi.

Mungkin Anwar bukan lawan Ahmad Shaberry didalam debat kali ini yang bertajuk "Hari Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga", berikutan Ahmad Shaberry kelihata gagal dalam seluruh pusingan. Ia berikutan dari cara Ahmad Shaberry mengheret Anwar keluar dari topik asal dengan serangan peribadi sebagai perisai untuk mempertahankan diri dan parti.

Berikutan dengan itu hujah yang diberikan beliau terhadap Anwar ia disambut dengan tepukan yang dianggap setanding dengan tepukan penyokong lawannya.

Namum program yang dianjurkan oleh AgendaDaily dengan kerjasama Media Prima dan Dewan Bahasa semalam ternyata melonjakkan saham kedua-dua tokoh ini dikala saham dunia dan serantau dalam tak keruan. Seluruh warga kemaman pasti dapat melihat keberanian calon yang dipilih sewaktu tsunami pilihanraya 8 mac sebagai satu pilihan yang tepat dan terjajalah kehebatannya manakala kerindu wajah yang hilang dari kaca tv selama sedekat terubat dikala perbagai isu menimpa dirinya sejak kebelakangan ini.

Seawal pendebatan seakan Ahmad Shaberry gah dihadapan berbanding lawannya berikutan Anwar yang Sperm sifatkan selaku Pencadang agak mengawal pertuturannya.

Namun selepas isu peribadi diketengahkan pencadang nampak sudah mampu menyesuaikan diri dan tercermin warna asli Anwar berikut dengan terpaculnya kata-kata yang sinomim dengannya seperti kroni, rasuah dan gaya sindiran sinis.

Ternyata program siaran ini seakan propaganda baru untuk pihak pemerintah dan satu taktik baru untuk menyerang lawanya namun jika diceruk rantau mungkin termakan umpannya.


Keseluruhan progam debat ini melihatkan orang lama lebih nilai rendah dirinya susulan Anwar sering membahasakan diri Ahmad Shaberry dengan gelaran Datuk sedangkan Ahmad Shaberry yang hanya menggunakan panggilan mesra orang kebanyakan iaitu Saudara. Ditambah pula dengan langkah bergaya Anwar yang bersahaja berjabat salam dengan Shaberry yang terpana di kubu debatnya.


Namun setelah selesai program penting malam tadi berlaku jua insiden yang tak diingini yang mana berlaku sedikit kekecohan antara sekumpulan jurugambar dan pemberita dengan pengawal keselamatan dan terpaksa dicampurtangan oleh pihak Polis Raja DiMalaysia.


Dan kesimpulan dari debat ini jua mendedahkan faktor kepincangan dan masalah pengurusan dari segi dana, prasana, halatuju ekonomi berikutan dari campurtangan dari kebilauan politik.

Begitu jua dengan program yang disiarkan di Astro Awani sejurus debat selesai agendanya. Rata-rata membincangkan cara urus-tadbir politik kerajaan terhadap sosio-ekonomi dan Sperm lebih tertarik menyaksikannya dari progam siaran sebelumnya.

No comments: