Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Wednesday, July 16, 2008

Anwar ditahan sudah.

Terbaru!!

Anwar yang dibebaskan dengan ikat jamin telah keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya kira-kira lewat 9 pagi. Beliau dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan tetapi diminta hadir ke balai polis pada 18 Ogos depan.

Beliau yang bebas bagaimanapun mengadu sakit belakang akibat bermalam diatas simen empuk lokap.

Sidang media dijangkakan akan diadakan jam 2 petang namun lokasinya belum diputuskan.

Posting Asal

Kurang sejam dari tempoh PDRM berikan kepada mantan Timbalan Pedana Menteri kira-kira jam 12.55 tengahari sewaktu beliau pulang dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Anwar sudah ditangkap dan ditahan.

Sperm dimaklumkan bahawa polis memintas kereta Anwar ketika menghampiri rumahnya dan Anwar terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur oleh anggota bertopeng dan berjaket.

Pekara ini disahkan oleh peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa beliau ke dalam kereta polis bercermin gelap dan tiba ke IPK Kuala Lumpur dalam jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Sperm difahamkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan kepada pemberita di Parlimen berkenaan ini berikutan beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Sperm jua turut difahamkan Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur. Turut kelihatan Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh manakala Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari dan Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air.

Anwar harus dibebaskan segera.

Ternyata dengan penahanan ini isu debat beliau malam semalam dilenyapkan secara perlahan-lahan.

No comments: