Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Monday, April 8, 2019

Dividen, Faedah & Hibah

Antara isu hangat berbangkit adalah perihal jumlah Hibah terrendah dalam sejarah Lembaga Tabung Haji (TH)

Baru sekarang ramai yang pandai mengunakan istilah ini.

Sebelum ni kita guna istilah apa?

TH adalah salah satu insitusi perbankan yang ada di Malaysia, ia lebih kepada urusan berkaitan Haji.

Bila sebut sahaja bank, yang bermain difikiran adalah sistem Dividen atau Faedah.

Ada juga beranggapan, dividen ni macam riba ke?

Percayalah, isu ini sering ustaz dan lebai ditanya dalam maljis kuliyah / ceramah.

Apa beza Takafur Insuran dengan AiA Insuran?

Bukankah yang membezakan antara dua agensi ini adalah term / istilah selain platform yang berbunyi seakan islamik.

Begitulah dengan TH dan ASB, bezanya pada sebutan walhal pengertiannya tetap sama.

Jika TH menyimpan wang dari penyimpan dan penyimpan mendapat pulangan maka apa beza dengan konsep ASB yang juga ada dividen dalam simpanan.

Jadi hari ini ramai pencarum TH marahkan peratus hibah rendah berbanding jumlah dividen ASB atau masalah pengurusan dalam sistem pelaburan dalaman TH?

Sumber Imej : Wordpress Nota Takaful

Sunday, April 7, 2019

Revolusi 30 Tahun Dulu.

Sumber Imej : Rare Historical Photo

Sebulan dua ini masyarakat Malaysia terutamanya dari kalangan islam riuh membicarakan dividen Tabung Haji (TH).

Baharu ini TH mengumumkan dividen terendah dalam sejarahnya sejak 1963 iaitu 1.25 peratus.

Ekoran itu ada dari kalangan pemerhati menyifatkan ia adalah langkah awal menyelamatkan jangka hayat TH yang mana sebelum ini TH sering dilanda pelbagai isu skandal dalaman pengurusan dana pelaburan.

Sedang aku ingin mengupas isu ini, aku sedang asyik melayan lagu rock dari Band lokal Wings - Romania.

Lirik yang diterbitkan dari album Teori Domino pada 1990 ditulis oleh Nasir Jani yang mana pada ketika itu beliau sangat aktif dalam penulisan lirik berunsur politik dan naskah filem/drama kritis kerajaan.

Kebetulan juga, lagu yang dendangan ini dan isu TH dengan masalah dalaman berkaitan pengurusan dana dari kerajaan terdahulu mirip dengan senario Revolusi Romania 89.

Sewaktu aku darjah 5 tajuk album ini sering menimbulkan persoalan di benakku, ini kerana tiada langsung tajuk lagu yang seakan tajuk albumnya.

Yang ada hanya di dalam lirik Romania.

Jujur aku nyatakan album ini antara pemula aku terjebak ke medan politik yang mana album ini terdapat 2 buah lagu berkaitan politik semasa ketika itu.

Seperti tajuk penulisan aku kali ini, aku tidak membahaskan isu TH dan tidak juga mengupas berkaitan lirik lagu tetapi berkaitan Revolusi Romania 89.

Aku mengenali Romania sewaktu usia yang sama di temasya Bolasepak Piala Dunia 90 di Itali (Italia 90).

Romania tewas kalah mati di pusingan ke-2 kepada Ireland menerusi sepakan penalti setelah 90 minit tanpa jaringan.

Aku masih ingat kata abah "Negara yang terlibat dengan penindasan politik mesti spirit diorang lain macam"

Ini kerana mereka layak ke Italia 90 selepas 20 tahun (4 edisi) kemudian, dan dalam masa yang sama memang bait lirik Nasir Jani menceritakan kisah Revolusi Romania 89.

Tiga Puluh (30) tahun dulu berlaku pemberontakan dari kalangan rakyat Romania terhadap pemerintahan diktator komunis yang berkuasa sejak 1967, Nicolae Ceauşescu.

Kurang lebih seminggu kegiatan revolusi berlangsung dengan adanya protes, demonstrasi serta rusuhan.

Di era itu, kehidupan rakyat Romania kian tertekan berikutan ekonomi negara kian memburuk akibat kerajaan lebih menumpukan terhadap pelangsaian hutang berbanding peningkatan pendapatan negara.

Pemulaannya pada sekitar pertengahan 70-an yang mana ekonomi Romania mula menurun akibat tidak keseimbangan kegiatan industri berat Romania ketika itu.

Selain dari lambakan pengeluaran, krisis tenaga kerja juga antara punca ekonomi Romania merosot sehingga terlibat dengan selian sistem kewangan dunia (IMF).

Di situlah punca Revolusi Romania 89 yang mana rakyatnya ditindas dengan program catuan sumber permakanan individu serta KPI lima (5) kelahiran untuk setiap keluarga.

Terdahulu ekonomi Romania membangun dengan kadar yang terpantas dunia di sekitar era 50'an - 60'an dan Nicolae Ceauşescu sendiri pernah diangkat sebagai antara pemimpin yang hebat ketika itu.

Begitulah dengan pergolakan yang berlaku dengan TH.

Sumber Imej : Tabung Haji

Sewaktu dividen tinggi melangit, ramai yang bergembira tanpa hiraukan permasalahan pelaburan dalaman.

Mungkin benar sewaktu dividen di paras 9%-7% sudah ada kerugian, jika tidak mana mungkin PM ke-4 mengambil masa yang lama untuk pengumuman letak jawatan.

Walaupun rugi dan ada hutang tak langsai pun diberi peratus yang tinggi.

Atau mungkin benar juga kadar rendah kini hanya jalan terakhir untuk kembalikan pengukuhan sistem aliran pelaburan.

Walaupun ia bakal menjadi modal PRK - Rantau.

Mereka mainkan caturan demi kelangsungan sedangkan kita hanya tahu merintih tanpa sedar kita sedang dicucuk untuk melatah yang tah apa-apa.

Peduli Apa Aku!!

Friday, January 31, 2014

Anwar Hanya Bekas Banduan Penjara Kajang!!


sedar tak korg...

ramai yg dok tanya gua psl kajang tapi gua senyap xnak ulas tapi still ramai yg desak gua komen pasal anwar di kajang...

back to basic...
jika jawatan menjadi ukuran antara menteri kabinet pusat dan exco ramai pertanggapan menteri kabinetlah yg direbut tapi jika gua diberi pilihan gua akan pilih exco...

mengapa?
kerna inilah lubuk politik, tak kiralah ia lubuk emas utk suku sakat kroni atau mencari pengaruh kepimpinan,

selama ini anwar hanya ketua pembangkang dan selama itu jua dia memengang gelaran ini tidak banyak hasil dapat dikerah selain hanya mengusulkan idea dan bahas di parlimen sedangkan raja-raja melayu hanya mendengar suara pemerintah tak kiralah negeri itu pakatan mahupun barisan maka itulah komen gua mengapa anwar lepak di kajang dan mendapatkan jawatan MB selangor yg kononnya ada perebutan antara khalid dan azmin hanyalah utk mengalih tumpuan media perdana...

PAS menang '15' kerusi dan PKR hanya '14' maka mengapa harus panik?

bak kata ahmad idham "jika tak pernah kuarkan duit sendiri utk buat filem jgn kritik filem org lain" maka samalah konsep politik, jika tak pernah ditikam dalam politik maka usahlah perasan tabah berpolitik seperti kata MALCOM-X "if you're not ready to die for it, put the word 'freedom' out of your vocabulary."

akhirkata... gua hanya mengarut maka sila jangan percaya!!

yey!!

Pedulik Apa Aku!!

Friday, August 10, 2012

kasta bahasa!!

nukilan sperm muncul tanpa salam bicara membayangkan adat serta budaya perwatakan sperm yang kuno maka maaf pembuka kata.


tiada erti jika perjuang bahasa melayu tinggi diangkat kastanya sambil meremehkan tatabahasa tinggi serta sebutan baku yang dipupuskan lebih sedekat yang lalu.


tiada guna jua menghapuskan bahasa melayu sampah ketika kempen kitar semula sampah sarap giat diperluaskan.


tidak pernah dijadikan amalan budaya "mari makan makanan sihat" jika tiada penjaja makanan ringan di kedai runcit Ah Choi.


jangan terus sempitkan bahasa dengan perbedaan kasta tinggi, sederhana, rendah dan sampah kerana ia bakal membuka ruang kepada PARKIR, dll.


mana mahu ramai pembaca jika bahan tatapan yang dilihat itu seakan membongsaikan minda mereka.


-karya bersambung-

*akibat pertelagahan perjuang kasta bahasa*


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 22, 2012

PENDIDIKAN PERCUMA!!

jika di dataran merdeka sebuk dengan "free education" & "mansuh PTPTN", di teluk chempedak bz dgn bengkel didge bercorak pembelajaran percuma hasil dari buah fikiran sebuah band busking JEJABUS KANGEN


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 7, 2012

Suara Rakyat dan Dadah Negara

Satu ketika dahulu rata-rata penghuni kota mahupun desa kenal dengan sinis Suara Kedai Kopi dan selalunya kedai kopi sering didirikan ditepi jalanraya yang bertujuan tidak menghalang lalu lintas. Seringkali juga kita melihat bahawa kedai kopi Kg. Seberang atau mana-mana kampung di Malaysia ini yang didirikan di kepala simpang jalan melainkan kedai kopi dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sahaja kedai kopinya terpelesuk jauh dari jalan tetapi hampir dengan sungai walaubagaimana pun rakyat duhulukala menggunakan sungai sebagai laluan utama sebelum digantikan dengan jalan mahupun denai aptah lagi dengan jambatan.

Begitulah suara rakyat, hanya berkumandang di kedai kopi Pak Halim, Pak Agus, Mak Limah dan pelbagai lagi Mak Pak di serata pelusuk Malaysia. Sambil di atas meja berbekalkan kuih baulu melalui perniagaan orang tempatan terdekat atau beraneka pilihan kuih hasil anak dara kampung terserta jua sepapan DAM AJI dan suratkhabar berbilang jenama dari arus perdana. Sambil tengok keputusan terkini sukan ramalan sambil susun stratigi untuk naik haji.

Sperm pernah ditegur sewaktu zaman rancak borak kedai kopi yang mana kononnya suara rakyat yang dianggap kritis pada satu ketika telah dikaunter attack dengan slogan "Apakah sumbangan anda pada negara?" namun pengeluar kaunter attack kini tengah bertungkus lumus merebut tempat dalam rangcangan ON AIR di astro.

Bukan isu sumbangan kita pada negara atau sumbangan negara kepada kita yang hendak sperm ketengahkan tetapi sperm ingin melayan renung warna seni suara politik kedai kopi yang kini telah beralih dengan teknik suara jalanraya sebelum pilihanraya.

Sperm melihat suara rakyat kini telah mula membuka matanya sendiri walaupun dengan kadar perlahan-lahan seperti babak Kasim Selamat membuka mata selepas pembedahan mata oleh Doktor Ismadi namun itu jua boleh dianggap sebagai satu permulaan sihat untuk suara rakyat.

Suatu ketika suara rakyat turun ke jalanraya dianggap aksi porno bagi sesetengah kaum dengan slogan "itu bukan budaya kita" namun kini pekara yang haram kelihatan seakan halal bilamana kuasa yang dimiliki kian terhakis dan tergugat dan sambil sperm beredar dengan topik yang tergantung sperm ingin bentangkan apa yang bermain dibenak sperm kini.

Rakyat perlu sedar dari ketagihan dadah yang sering disuntik dan terus disuntik dengan dadah-dadah kerajaan. Rakyat tidak perlu lagi bimbang jika suatu hari nanti dadah yang di suntik itu adalah dadah yang terhebat dari negara jiran kerana kerajaan jua mengajar rakyat supaya jangan bersikap pentingkan diri sendiri.

Pedulik Apa Aku!!

Tuesday, March 6, 2012

Dipolitikkan atau Diputar-belitkan?


Agenda yang di KIV sehingga kini, suara rakyat terus diperkecilkan menjadi sekecil kertas undi, golongan siswa disekat suara lantangnya seperti karya kanak-kanak tadika belajar mewarna.

Pedulik Apa Aku!!

Thursday, December 22, 2011

MARI BELAJAR ASAL-USUL!!

Sempena result PMR 2011 keluar dengan antara yang membanggakan sejak 4 tahun lalu dan peratus untuk subjek BM dan SEJARAH pula merosot, apa kata kita berlajar 1 perkatan yang telah dimelayukan dan sambil itu kita dapat belajar sejarah secara tidak langsung.


rakyat = melayu

demos = yunani

pemerintahan = melayu

kratos = yunani

demos + kratos = demokrasi +/- pemerintahan rakyat


p/s= berhenti menjadi pecacai kuda tunggangan parti baik pemerintah mahupun pembangkang kerana merekalah kuda tunggangan kita


Pedulik Apa Aku!!

Friday, November 11, 2011

Hentikan Dendangan Lagu Lama!!

MELAYU BERPECAH!!?
karut...itu semer karut..
bullshit bullshit BULLSHIT!!
ISLAM kian parah, ada saper kesah?

Jika Korang Marah...

Pedulik Apa Aku!!

Friday, July 8, 2011

roadblock si blogger goblok!!

wahai si goblok..adakan roadblock sesegera munkin untuk daku berlalu bersama golongan daif lagi naif dalam bidang arifmu!!

Pedulik Apa Aku!!

Wednesday, June 15, 2011

Keliru tanpa sadar KERANA terlalu Cerdik

beberapa tahun lalu SPERM dikhabarkan agama islam dihina dengan kartun atau lukisan yang mengambarkan nabi agung agama islam dan tak berapa lama kemudian perang media sana-sini tercetus, boikot situ-sana bagaikan trend pengedaran zaman. namun itu semuanya bersifat sementara. terkini.
jika musuh islam berperang dengan cara menghina agama islam, kini pengikut agama islam pula didakwa menghina ilmuan islam dengan menggunakan aliran agama islam sendiri. hebatkan ciptaan maha-agung. kerana diberikan akal maka berfikir tanpa batasan simpadan atau mungkin kalangan mereka ini berasakan sudah banyak ilmu yang didapatinya.

Scene pertama (sebelah kanan) menggambarkan seorang wanita yang didakwanya mangsa rogol yang mengadu pada ilmuan agama manakala scene seterusnya mangsa rogol mengadu pada pihak berkuasa.

Sperm pada mulanya enggan mengulas lanjut akan isu ini tetapi terpanggil kerana ingin berkongsi pendapat dan jika sperm tersalah tafsir TOLONGlah betulkan walaupun sepatah ayat.

pada kaca-mata Sperm inilah masalah global yang dialami dan kini baru segelintir yang tersadar akan isu ini. ramai yang memerhatikan bahawa DEMOKRASI lawannya KOMUNIS tetapi sedarkah kedua-dua fahaman inilah lawan kepada sistem KHALIFAH. dan disebabkan propaganda inilah puncanya pepecahan orang islam sendiri yang terlalu memewahkan DEMOKRASI. untuk apa sperm berkata demikian, kerana percanggahan rang undang-undanglah yang membuktikan betapa jahilnya kita akan undang-undang itu sendiri.

mengambil dari DIALOG FILEM PAPADOM "keliru itu bagus, kerana ia seperti bawang dan kita perlu buang kulit yang buruk dan hasilnya amat cantik."

maknanya disini ramai diantara kita gagal membezakan malah mengangap ia seakan sama antara isu ZINA dan ROGOL. Para sastera pula menyatakan bahawa rogol dan zina hanyalah pembezaan niat perlaku sebagai contoh:

  • persetubuhan diluar nikah - zina
  • Persetubuhan suami isteri - (rahsia bilik tak boley cerita kat orang lain)
  • persetubuhan tanpa rela salah satu dari dua pihak - rogol

Sperm juga berpendapat zina atau rogol adalah kata yang sangat ringkas dan jua padat lagi mudah difahami. jadi tak sepatutnya berlaku kekeliruan berkenaan hukum hakam bagi kesalahan penzina dan perogol.

HUKUM

terdapat 2 hukum dalam isu ini. hukum hudud dan ta'zir. Sperm jua akui bahawa Sperm tidaklah mahir dalam bab ini namun setahu Sperm antara proses atau kaedah sebelum penzina dikenakan hukum hudud atau ta'zir yang mana ikrar si perlaku serta 4 saksi yang ADIL, TIDAK FASIQ dan yang nampak senampaknya (kalu kaki skodeng tuh SPerm tak pasti tapi setau sperm tuh dah kira golongan fasiq). jika perlaku zina adalah dari kalangan yang berkahwin hukumnya rejam sampai mati manakala jika bujang sebat 100 kali. jika tiada 4 saksi maka ia dilihat dari sudut QARINAH tetapi tidak dijatuhkan bawah hukum hudud tetapi hukum ta'zir.

jika tak silap Sperm terdapat 10 jenis hukuman bagi kesalah ta'zir yang bergantung kepada jenis kesalahan tetapi yang sperm ingat hanya seberapa sahaja dan antaranya:

  • Pertama ; Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.
  • Kedua ; Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.
  • Ketiga ; Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman
  • Keempat ; Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.
  • Kelima ; Membuat pengisytiharan kepada umum terhadap kesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang
  • amat sangat.
selebihnya sperm kurang pasti dan tak perlu ulasan lebih kerna bimbang si qorin berbisik untuk bersekutu dengan sang dajjal jadi apa yang ingin ditekan disini adakah sistem itu lemah atau kita hamba biasa yang lemah.

Pedulik Apa Aku!!

katak dalam Balang Di Bawah Tempurung!!

Sperm agak sedey dengan isu berita perdana tadi..bukan sedey disebabkan isi isunya tapi sebab isu berita tuh sendiri.. Sperm rasa makin tak selesa keadaan sebergini berterusan..

Yer.. memang Sperm akui yang m'sia ni negara aman.. aman tapi terancam... sebaiknya ada jua rasa ingin menjadik katak dibawah tempurung dari berada dibawah balang. bertuah katak dibawah tempurung itu tak perlu ambil pedulik politik kotor buatan manusia dari menjadi sang malang di bawah balang yang hanya tahu dan mampu melihat tetapi tak termampu melalukan sesuatu.

Pedulik Apa Aku!!

Monday, June 13, 2011

KERETA BARU, DRIVER LAMA

Kebinat baru BULAN PENUH dah SPERM dimaklumkan, maka teranganlah bahawa congakkan SPERM selama nih bahawa BULAN PENUH memang terbelah dua.

Ini semua gara-gara geng janggut pendek vs geng janggut panjang. Pada SPERM geng janggut pendeklah yang bakal menyebabkan BULAN PENUH bakal diserang hebat kelak sebaik sahaja ANWAR hilang kuasa dan pakatan hilang upaya menentang.

SPERM jua mengcongak era tiga parti bakal menyusul dan dengan OTOMATIK-nya gejala bagama bebas secara sunyi akan menular.

Pedulik Apa Aku!!

Aku Rakyat Penagih

SPERM tak marahkan KERAjaan.
SPERM Marahkan Pemerintah.
Pemerintah yang mentadbir KERAjaan.
Pemerintah manjadikan SPERM sebagai kutu lorongan.

BARISAN NASIONAL umpama Pengedar Dadah.
RAKYAT MALAYSIA umpama Penagih Dadah.

Pedulik Apa Aku!!

Monday, May 24, 2010

menjelang awal june 2010


Apakah agenda sebenar KERA-jaan dengan isu pejualan rokok 20 batang keatas?

A.benti merokok sebab bahayakan kesihatan.
B.banyakkan merokok untuk bahayakan lagik kesihatan
C.bawahan 18 akan kurang merokok
D.kes juvana naik mendadak akibat curik duit kocek mak-bapak
E.persaingan ekonomi untuk pengeluar rokok
F.klinik gigi tumbuh bagai cendewan lepas hujan.
G.atau sebarang yang anda pikirkan releven heheheh

Anda jua bley mencari alternatif kalu xnak beli rokok 20 batang dengan beli secara sebatang iaitu belilah curut, walapun mahal tapi harganya xnaik mendadak dan kuang sangat merbahaya dari rokok. namun ajal tetap datang bila sampai ketikanya.


Pedulik Apa Aku!!

Wednesday, March 31, 2010

Mampukah Bini Najib!!

Parlimen Hulu Selangor mampu dimiliki oleh Bini Najib (BN) dengan cara meletakan calon MIC dan andaikata calon UMNO yang dipetaruhkan maka tumbanglah BN.

Walaupun majoriti pengundinya adalah orang melayu tapi harus diingat ia hanya 53% sahaja dan itu tidak memadai menjadi alasan BN mampu memiliki kerusi tersebut.

Sebab tu result PRU baru ni majoritinya kecik..keh keh keh =)

Jom kita main-main jadi pengkaji...

Sebelum PRU yang lepas kerusi tuh adalah milik milik MIC berkurun lamanya (keh keh keh) tapi akibat tampok jajahan paklah yang tidak meyakinkan maka rata-rata pengudi bukan melayu (Cina 26.7 % & India 19%) tidak berpuas hati dan ini diikuti dengan majoriti melayu yang terbahagi 2 jadi (26.7 + 19 + 26.95=72.65) kerusi tersebut bertukar servis.

Maka timbullah propaganda yang kononnya UMNO mahukan port tuh sedangkan diorg pun tahu kalu diorg tak kasi kat MIC kompom diorg kalah lagik dan ironiknya baru-baru nih DR.M bising pasal hak melayu dah dikikis dan nak PERKASA dipandang serius. ;p

tapi ingat!! ini sperm punya coretan main-main untuk meyemakkan line intenet dan bukan ramalan kaji politik...huhuhuh



Pedulik Apa Aku!!

Sunday, March 28, 2010

Mari Belajar Bahasa 1Malaysia!!

Perkataan Hari Ini:
"ONG"

Bahasa:
Cina

Erti Melayu:
Tuah

Contoh Ayat:

Pertama;
"Hari ini memang ada ong kalu tikam no ekor?"

Kedua;
"Kau kentut kat tangan aku, memang takder ong aku lawan badminton nanti"

Ketiga;
"Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting takder ong dalam merebut jawatan presiden MCA walaupun nama ader ong tetapi Chua Soi Lek memang ader ong walaupun namanyer takder ong".




Pedulik Apa Aku!!

Amaran Untuk Semua!!


Perhatian!!
Amaran!!
Pembetulan!!

PERKASA bukan Kuda Tungangan UMNO serpertimana yang didakwa sesetengah pihak terdahulu ini tetapi PERKASA adalah Pengampu A.K.A Pembodek UMNO dan menjadikan Bangsa Melayu sebagai Alat Perjuangnya!!

Misi seterusnya "JATUHKAN ANWAR"
Habuannya "DIPANDANG NAJIB WALAUPUN SEBELAH MATA"

PERKASA tidak membela melayu dengan jujur malah,
PERKOSA melayu yang dengan tekun.





Pedulik Apa Aku!!

Thursday, March 25, 2010

1 Israel Isu Lapok!!

Beberapa tahun lepas...
Israel mengamuk, Malaysia cakap Boikot Coke..
Beberapa minggu sebelum ini..,

















Pedulik Apa Aku!!