Anwar menang
P44, bermakna
Anwar kembali ke
kerjayanya.
Mahathir pula mungkir janji yang kononnya takkan sertai
UMNO selagi
Paklah tak berundur.
Ezam ok sikit dari
Mahathir, sebab
Ezam masuk selepas dibuang
Mahathir dan join bila
Mahathir keluar.
Muhyiddin Yassin pula mengasak
Paklah dengan pelan peralihan kuasa dipercepatkan. Nada itu kedengaran sejurus selesai kes di Pulau Pinang.
Ditambah lagi dengan Isu
16 September yang kononnya dianggap
'Angan Mat Jenin' bagi sesetengah pihak.
Terdahulu
Ahmad Ismail mengalih tumpuan dengan permainan api, lalu ia dilucutkan haknya dikalangan
UMNO. Atas sikap beliau,
Tan Hoon Cheng ditahan berikutan menyiarkan apa yang dikatakan oleh
Ahmad Ismail.
Begitu jua dengan
Teresa Kok dan
Raja Petra Kamaruddin.
Teresa ditahan atas isu azan dan beberapa pemimpin dari
Pakatan Rakyat termasuk parti
PAS turut berhimpun memberi sokongan supaya
Teresa kok dibebaskan.
Raja Petra Kamaruddin ditahan berikutan penulisannya yang kononnya menhina Islam walaupun tidak pernah didedahkan apa yang dihinanya. Yang didedahkan hanya tajuk seperti
"Not all Arabs are descendants of the Prophets" dan
"I promise to be a good, non-hypocritical Muslim" padahal banyak isinya berkisar dengan cerita dalaman UMNO.
Beberapa Ahli Palimen sambung belajar keluar negara dalam Industri Pertanian dan secara tidak langsung mampu berkait dengan pelan agenda
Anwar atau
Pakatan Rakyat.
Beberapa jua kerabat
BN mengecam
Anwar sebagai
PEMBOHONG, PEMBELIT berikutan omong si
Anwar. Ia seolah-olah sama dengan isu
31 ogos yang mana kononya Kerajaan akan kembali ke milik
BN.
Anehnya jika benar
Anwar pembohong mengapa harus
Paklah melayan cakap
Muhyiddin Yassin?
Buktinya dengan pertukaran jawatan. Terbaru bakal berlangsung perbincangan pelan peralihan kuasa akan diawalkan dan kemungkinan Paklah ingin bersara.
Apakah kerana kemasukan
Anwar kekancah politik yang disusuli oleh
Mahathir?
Atau enggan memberi
Tengku Razaleigh Hamzah tahta
PM?
Atau tidak mahu mengelabah seperti
Mohd Khir Toyo sewaktu beliau dapat tahu yang Selangor bukan miliknya lagi?
Begitu jua dengan suara mahkamah pada
24 September nanti.
UMNO terancam,
MALAYSIA terancam,
MELAYU terancam atau
BN yang terancam?
Atau
Mahathir yang terancam dengan kisah silamnya hanya kerana seseorang yang kononya digelar pengkianat
Melayu dan
Malaysia