Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Sunday, November 2, 2008

Sejarah Nafas Politik Malaysia.

Sebelum perang Jepun:-
  • Rakyat terhimpit,
  • Jepun datang dengan ASIA UNTUK ASIA
  • Semua lega!!

Perang Jepun:-
  • Rakyat mengamuk
  • Persatuan, Parti bersatu untuk lawan jepun.

Jepun Kalah:-
  • Rakyat seronok
  • Komunis enjoy
  • Semua lega!!

British perintah:-
  • British tikam belakang
  • Komunis mintak merdeka

Malaysia Merdeka:-
  • Rakyat seronok
  • Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj jadi PM
  • Semua lega!!

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dah season:-
  • Rusuhan kaum tercetus
  • Tun Dr. Mahathir bin Mohamad desak letak jawatan
  • Tun Abdul Razak ganti
  • Pembangunan luar bandar jadi tumpuan
  • Kaum disusun
  • semua lega!!

Tun Abdul Razak meninggal:-
  • Tun Hussein Onn mengambil alih
  • Semua rakyat terasa!!

Tun Hussein Onn:-
  • Ekonomi lemah
  • Pelajar tunjuk perasaan
  • Akta Universiti diperkenal
  • Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mengantikan tempatnya
  • Mahathir dianggap cerdik dan bijak
  • Semua Tari nafas lega!!

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad:-
  • Timbul krisis perlembagaan
  • Masam muka dengan PM1st & 2nd
  • Bergaduh dengan Kuli
  • Jadi makin berkuku besi
  • Dikatakan pengamal kronisme
  • Cakap isu agama ikut sedap tekak
  • Menjana pembangunan Tong kosong
  • Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pula jadi penyandang
  • Cucu tok alim jadi PM
  • Semua rakyat lega!!

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi:-
  • Ekonomi merudum
  • Perkauman tegang
  • Harga minyak tak menentu
  • Jenayah makin ketara
  • Rasuah tak terbendung
  • Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi kuat tidor
  • Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak diumum jadi penganti
  • Rakyat terkejut!!

Lega, lega, lega, lega,
TEKEJUT!!

Tekejut sebab skandal Mongolia tengah panas walaupun suam-suam kuku kambing tersengih.

Friday, October 31, 2008

Thursday, October 30, 2008

Memang Sudah Dijangka!!

Dari awal prosiding pendakwaan dibaca, memang sudah nampak akan tanda-tanda kambing hitam akan terlepas. Jadi jika ia dibebaskan dengan perintah makamah sememangnyer tidak menjadi pekara yang menghairankan.

Kerana...

Pertama kerana peralihan kuasa dalam Umno.
Kedua kerana perbersihan untuk peralihan kuasa dalaman Umno.
Ketiga kerana isu perkaum bukanlah senjata agong untuk Umno berkuasa.
Keempat kerana jika tiada percanggah text pertuduhan pedakwan pasti segala rahsia terbongkar melalui ucapan pembelaan.
Kelima kerana pengalih tumpuan dengan pembelian helikopter kawalan jauh sama harga dengan helikopter nuri!! =)

Wednesday, October 29, 2008

KERAbat Bergaduh, Rakyat Merana!!

Balik dari bersuka-ria, kemudian salah cakap terus begaduh. Manakala rakyat marhain pula dihimpit masalah ekonomi dan bila tegur pihak berkenaan dan terus menderita.

KERAbat

Tuesday, October 28, 2008

Benarkah Kata Mereka?

Malaysia negara aman dan damai.

BULL-shit!!

Malaysia adalah sebuah negara yang AMAN & TERANCAM dari dalam.

Siapa Tercabar?




Tahniah Mohd. Shafie Apdal atas teguran dan amaran lisan untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkenaan isu kedaulatan Bahasa tergugat.

Mungkin satu ketika dahulu mereka dianggap sebagai durian dan kami sebagai mentimun. Namun jangan dilupa jua bila durian menjadi tempoyak timunlah yang akan menyental sesedap rasa. (sambil terliur membayangkan sambal terpoyak..GULP!!)

Namun Sperm tidak berdiam diri walau apa pun ragam orang "UMNO" berkempen mengenai bangsanya. Jika mahu menegur cerminlah Parti tu sendiri. Jangan main sound ikut sedap kempen pemilihan "UMNO" untuk pucuk tercucuk.

Mengapa perlu guna nama "UMNO" kalau tak mahu Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan pelbagai bahasa. Bukankah elok jika "UMNO" tuh ditukar juga namanya biar sedondon dengan bangsanya.

BODOH punya "MELAYU UMNO!!"

Tuesday, October 21, 2008

Al-Fatihah

Syamsiah Fakeh telah menemui Tuhan-Nya
hilangnya seorang pemimpin wanita yang di dakwa oleh British sebagai insan berhaluan kidal..


Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita. - Shamsiah Fakeh

Saturday, October 18, 2008

Polis Raja DiMalaysia

Terkini!! (ditaip 23hb Okt. 2008)
Kes jenayah terhadap Sperm (sesyen 186 k k) Menggalang Penjawat Awam Menjalankan Tugas ditangguhkan sehingga ke tarikh 11hb. Jun 2009.


Posting Asal
Polis Memang Celaka!!
Kerna I/C sekeping Sperm di colek hingga ker Penor. 23hb. nanti bacaan semula dan Sperm tak akan mengalah. Berbekalkan kes mata lebam yang korg lakukan terhadap Sperm, Sperm akan lawan.

LAWAN TETAP LAWAN!!

Wednesday, September 17, 2008

IKUT SUKA AKU Ancam Umno & Malaysia?

Anwar menang P44, bermakna Anwar kembali ke kerjayanya.

Mahathir pula mungkir janji yang kononnya takkan sertai UMNO selagi Paklah tak berundur. Ezam ok sikit dari Mahathir, sebab Ezam masuk selepas dibuang Mahathir dan join bila Mahathir keluar.

Muhyiddin Yassin pula mengasak Paklah dengan pelan peralihan kuasa dipercepatkan. Nada itu kedengaran sejurus selesai kes di Pulau Pinang.

Ditambah lagi dengan Isu 16 September yang kononnya dianggap 'Angan Mat Jenin' bagi sesetengah pihak.

Terdahulu Ahmad Ismail mengalih tumpuan dengan permainan api, lalu ia dilucutkan haknya dikalangan UMNO. Atas sikap beliau, Tan Hoon Cheng ditahan berikutan menyiarkan apa yang dikatakan oleh Ahmad Ismail.

Begitu jua dengan Teresa Kok dan Raja Petra Kamaruddin. Teresa ditahan atas isu azan dan beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat termasuk parti PAS turut berhimpun memberi sokongan supaya Teresa kok dibebaskan.

Raja Petra Kamaruddin ditahan berikutan penulisannya yang kononnya menhina Islam walaupun tidak pernah didedahkan apa yang dihinanya. Yang didedahkan hanya tajuk seperti "Not all Arabs are descendants of the Prophets" dan "I promise to be a good, non-hypocritical Muslim" padahal banyak isinya berkisar dengan cerita dalaman UMNO.

Beberapa Ahli Palimen sambung belajar keluar negara dalam Industri Pertanian dan secara tidak langsung mampu berkait dengan pelan agenda Anwar atau Pakatan Rakyat.

Beberapa jua kerabat BN mengecam Anwar sebagai PEMBOHONG, PEMBELIT berikutan omong si Anwar. Ia seolah-olah sama dengan isu 31 ogos yang mana kononya Kerajaan akan kembali ke milik BN.

Anehnya jika benar Anwar pembohong mengapa harus Paklah melayan cakap Muhyiddin Yassin?

Buktinya dengan pertukaran jawatan. Terbaru bakal berlangsung perbincangan pelan peralihan kuasa akan diawalkan dan kemungkinan Paklah ingin bersara.

Apakah kerana kemasukan Anwar kekancah politik yang disusuli oleh Mahathir?

Atau enggan memberi Tengku Razaleigh Hamzah tahta PM?

Atau tidak mahu mengelabah seperti Mohd Khir Toyo sewaktu beliau dapat tahu yang Selangor bukan miliknya lagi?

Begitu jua dengan suara mahkamah pada 24 September nanti.

UMNO terancam, MALAYSIA terancam,
MELAYU terancam atau BN yang terancam?

Atau Mahathir yang terancam dengan kisah silamnya hanya kerana seseorang yang kononya digelar pengkianat Melayu dan Malaysia

Friday, September 12, 2008

seperti yang dijangka

Kini raja petra ditangkap dan didakwa bawah sistem IKUT SUKA AKU