Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Tuesday, March 23, 2010

Percaya Dengan Yang Ada!!




Alhamdulliah...Berkat saki baki doa dan sisa-sisa semangat aku dan org yang ada sekeliling aku akhirnya aku menang dalam kes terhadap aku "Sesyen 186 kanun keseksaan" dari 29hb. Sept.2008. Dan hari ini 23hb Mac 2010 aku bebas dari pertuduhan.

Kemenangan ini bukanlah kemenangan aku seorang malah untuk semua terlibat dan ditindas oleh sistem Police Brutality & kemenangan ini jua untuk seluruh scene yang dihambat oleh golongan yang gila dengan duniawi.

Tak lupa pada YA Dato' Marina Hj Yahya yang membuktikan Keadilan Itu Memang Wujud.

Bagi rakan di rumah besi, terima kasih jua dengan dorongan semangat kalian.

Ini untuk semua...
Terima kasih untuk semua...



Pedulik Apa Aku!!

Thursday, February 25, 2010

Thursday, January 14, 2010

Slogan Kata Orang Pekan

Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan...
itu kata najib..

Tapi hakikatnya sempena tahun 2010!!

Kapitalisme Didahulukan!!
Keuntungan Diuatamakan!!

Baru bley duduk dalam zon selesa!!
yeyhaw


Pedulik Apa Aku!!

Wednesday, July 29, 2009

Aku Bosan Dengan Filem Melayu

igt!! bukan filem melayu tapi filem malaysia
cakap 1malaysia
hahahah



citer nih haram kt bumi malaysia arahan KERA-jaan!!
tapi nih link dyer

Cerita Penuh

Pedulik Apa Aku!!

Tuesday, July 28, 2009

Friday, July 24, 2009

1 Ogos!!



Sempena tarikh wujudnya dasar I.S.A pada 1960 dengan ini...
Sila ingat mengingati akan tarikh tunjuk perasaan anti ISA.
Sila jangan terlupa dan terlalai.
Tarikh demo ialah pada 1 haribulan Ogos.
Semua warga satu Malaysia dijemput turun.
Celebriti yang dijangka turut serta
Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat
Penasihat PKR Anwar Ibrahim
Presiden PAS Abdul Hadi Awang..
Dan teristimewa...
anda yang turut hadir..

Pedulik Apa Aku!!

Saturday, June 27, 2009

Pilihanraya Kecil Man U (Manik Urai)

Fauzi Abdullah...Seorang pemborong ikan a.k.a usahawan..hrmm
mengikut dari lanskap politiknya pemerhati bebas politik bersepakat kononya DUN Man U hanya layak kerusinya diduduki oleh insan yang kerap dilihat dimata penduduk DUN Man U

Soheh ko...?
ntoh!!

cari tangkap dan dakwa aku!!

Tuesday, May 26, 2009

Operasi Bulan Puasa!! (sunat)

Sperm masih ingat lagi antara aktiviti pihak berkuasa pada bulan puasa iaitu, TANGKAP ORANG ISLAM YANG TIDAK BERPUASA!!

Tapi hari ini sperm tengok pihak dari Parti Duit Rakyat Malaysia atau lebih dikenalli dengan nama perang garangnya PDRM berkuasa untuk menangkap golongan mereka yang berpuasa sunat.

Dalam takwim hijrah, dari 1hb hingga 3hb. Jamadil Akhir adalah sunat untuk umat islam berpuasa. Tetapi!! Yang ditangkap hari ini rata-ratanya dari kaum bukan melayu, dan bila sebut bukan melayu rata-rata 1Malaysia faham bahawa itu bukan islam.

Jadi bolehkah puak PDRM tangkap golongan ini kerana bimbang akan isu "bukan islam membaca Al-quran adalah menghina agama" akan berulang dengan nada "bukan islam berpuasa sunat adalah satu penghinaan keatas islam"

Jadi temanya kali ini "TANGKAP ORANG TIDAK ISLAM YANG BERPUASA"

Citt..Podah!!
Polis Jahat!!


cari tangkap dan dakwa aku!!

Saturday, May 23, 2009

N.12 penentu di hadapan




Pilihanraya DUN N.12 bukanlah soal PKR @ PR akan menang selesa atau 3 lagi calon akan hilang wang petaruhan atau 3 calon bebas akan cuba memberi saingan atas kekuatan PR malah ia merupakan titik tolak awal peratus keluar mengundi.

Andai kata peratus keluar mengundi menurun pastilah ia memberikan maksud dan makna atas segala tindakan Barisan Nasional yang memboikot N.12 berhasil berikut tujuan asalnya pilihanraya N.12 adalah membazir. Namum jika sebaliknya ia pasti akan terpecah kepada 2 pendapat atau pandangan berbeda.

Jika peratus keluar mengundi meningkat dan terdorong kepada peratus undi PR pula meningkat dan ia tetap menjadi pokok persoalan. Adakah ia merupakan faktor dari rasa protes dari kalangan Pro BN itu sendiri atau sememangnya PR itu benar kuat. Ini bersandarkan pada faktor sejarah pilihanraya di N.12 itu sendiri.

N.12 adalah salah satu DUN di dalam PARLIMEN Permatang Pauh (P.44) dan pada PRU 2004 saingan hebat dapat dilihat antara Wan Azizah (PKR) dan Pirdaus Ismail (BN) manakala ia memihak kepada PKR dengan majoriti tipis 590 undi. Manakala DUN Pematang Pasir N.11 merupakan antara faktor kuat kemenangan PKR berikutan di DUN berkenan adalah kubu kuat PAS dan Dun Seberang Jaya N.10 dan N.12 dianggap peyumbang undi BN. Namun apabila PRU 2008 atau sinominnya dengan gelaran Tsunami Politik memperlihatkan P.44 akan peningkatan majoriti PKR yang tinggi dari sebelumnya (13,388 undi) dan semakin meningkat setelah tamatnya pilihan raya kecil P.44 (26/8/2008) (15,671 undi)

Namun di N.12 dapat disimpulkan akan pertukar antara dua parti disepanjang 2 PRU, 2004 milik BN dan 2008 milik PKR lalu membuktikan masih adalah para penyokong BN di N.12.

Kini secara kasarnya faktor kemenangan PKR di P.44 sememangnya datang dari calon itu sendiri, berikutan kubu kuat BN hanyalah di N.10 yang mana polar ekonominya sekitar kepada perniagaan dan dan N.11 adalah kuabu kuat PAS dan N.12 kubu atas pagar.

Berbalik kepada isu asal jika peratus keluar mengundi adalah tinggi sudah senario persepsi kepada BN terbahagi dua.

  • Protes dari puak BN.
  • PKR itu memang kuat.

Sememangnya umum tahu akan delima BN di N.12 kali ini. Jika bertanding dan menang tiada memberi sebarang impak kepadanya tetapi sepatutnya BN mengambil peluang di N.12 dengan beragendakan peratus keluar undi yang kononya kata BN "Rakyat telah muak dengan pilihanraya kecil". dan dalam masa yang sama agenda ini jua akan diketengahkan oleh PR sebagai peranan pembubaran DUN sehubung dengan KRISIS PERAK.

Tugas PR dalam pilihanraya N.12 kali ini adalah memastikan relevennya peratus keluar mengundi yang meningkat untuk pembubaran DUN Perak selain PR pasti akan mengunakan ruang yang terhidang untuk memperjelaskan isu atau trend PKR yang sering letak jawatan yang dilihat sebagai sejata untuk 3 calon bebas.

cari tangkap dan dakwa aku!!

Friday, May 22, 2009

Soklan Bodoh Sperm Kali Ini.

Benarkah UMNO itu perjuang hak melayu?
Jika benar, mengapa harus diletakkan tema Survival Melayu?
Dan mengapa tidak terus sahaja nyatakan Kewujudan Melayu supaya lebih terang makna perjuangan melayunya seperti tajuk asal lagu Negaraku?
Atau makna sebenar "Survival Melayu" itu bererti "Survival UMNO" pada kalangan pemimpin dalamannya?