Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Wednesday, September 26, 2007

Berjalan Untuk Keadilan

Lebih 1000 peguam berarak menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja. Tahniah Sperm ucapakan kepada mereka yang hadir dan memberi sokongan dengan bertemakan "Walk For Justice".

Hampir kesemua Pintu dan jalan masuk ke Putrajaya dikawal rapi oleh pihak berkuasa namun pearakan aman ini tidak menjejaskan mesej yang hendak disampaikan.

Pelbagai Banner dan slogan dilaungkan dan tetera seperti "We Want Justice" "Rakyat Hakim Negara" "Bersihkan Badan Kehakiman" dan tak ketinggalan ada jua yang inginkan ketua hakim negara dipecat.

Terfikir sejenak Sperm sewaktu menanti detik awal perarakan dibawah sinaran matahari terik Ramadhan, bukankah isu tuntutan Suruhanjaya Bebas diwujudkan telah lama dilaungkan dan akhir sekali seingatan Sperm sewaktu tragedi berdarah Batu Buruk dan mengapa sekarang Najib mengakui penubuhannya?

Didalam catatan akhbar Berita Harian 26hb. 09 2007 Najib menyatakan pihaknya akan menubuhkannya tapi bukan atas desakan mana-mana pihak.

Serahan memo siang tadi diakhiri dengan suasana hujan lebat bagaikan simbolik yang harus dirungkai oleh semua pihak.

Sewaktu Sperm hadir ke pehimpunan ini Sperm tertinggal sesuatu..Kamera Digital..aduhh...macam mana boleh lupa nih!! Tapi nasib la produk Norway menjadi penyelamat walaupun tak seberapa kualitinya














No comments: