Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Tuesday, October 2, 2007

Samy Vellu Idola Ku


tol..
isu tol memang isu lapuk..protes lar macam manapun..boikot larr macam manapun..kalu si OTAI JKR berkata, maka ia lah ia terjadi..begini ker caranya membina MALAYSIAku GEMILANG?

OTAI JKR bagitau apasal tol kena naek
"berdasarkan perjanjian, pemilik konsesi berhak menaikkan harga tol" atas alasan "sekiranya pemilik konsesi tidak dibenarkan menaikan harga tol maka kerajaan terpaksa menggunakan wang negara"

SOKLAN:-
"siapa yang membuat perjanjian bodoh yang jelas berat sebelah ini? Maknanya syarikat kapitalis ini lebih berkuasa dari MALAYSIA yang lemah ini"

"atau ini adalah satu usaha terancang untuk menutup kelemahan dan amalan korupsi rompakan wang negara?"

taun ini pemegang kosesi terbesar lebuh raya di Malaysia, telah 'mengalami' keuntungan sebanyak RM583 juta untuk separuh tahun 2007 (Januari-Jun 2007) berdasarkan rekod keuntungan ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun berdasarkan pertambahan jumlah kenderaan.

aku tak pikir MALAYSIA boleh rugi sebab saban hari ader jer keter baru kuar dari kedai PRO2 mahupun PROton tapi kononnya MALAYSIA tak mampu sebab dah termaktub dalam perjanjian..weih saper larr yang buat perjanjian bodoh nih..

jom kita flashback sekitar hujung taun 90-an sebab waktu tuh malaysia dilanda krisis ekonomi..

waktu tu MALAYSIA kena membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk menyelamatkan Kumpulan Syarikat UEM-Renong terutamanya Projek Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) melalui Khazanah Nasional yang kini secara efektif memegang ekuiti PLUS sebanyak 69 peratus dan disebabkan 'bail out' nilah rakyat MALAYSIA menderita sehingga kini dan selamanya mungkin.

maknanya setiap kali membayar tol kita bukan sahaja membayar harga menggunakan lebuh raya tetapi kita turut tolong membayar hutang 'bail out'.
pemurahnya BANGSA MALAYSIA ini ya. bangga plak aku jadik BANGSA MALAYSIA.

MALAYSIA akan pukul canang kadar kenaikan dan kemudian akan pukul canang lagi 'dengan penuh rasa keprihatinan' bahawa MALAYSIA sanggup berkorban untuk tidak menaikkan (atau menaikkan separuh) kadar tol tetapi MALAYSIA berkorban dengan membayar sejumlah bilion Ringgit Malaysia kepada pemegang konsesi sebagai pampasan

Ringgit Malaysia yang dibayar ialah datangnya dari belanjawan negara dan yang lebih rugi ialah rakyat MALAYSIA TIMUR yang terpaksa melalui jalan yang teruk setiap hari tapi wang diorang secara tidak langsung turut dirompak melalui belanjawan negara.

No comments: