Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Wednesday, March 19, 2008

Kabinet Wayang 2008

Sperm agak tidak bersetuju dengan beberapa senarai Jemaah Menteri yang dianggap wayang untuk menyejukkan emosi rakyat. Dalam penggumuman Pak Lah semalam kononnya kabinet yang terbentuk semalam adalah deretan dari pukulan tsunami yang melanda. Tetapi jika diteliti memang ada logiknya namun jika dikaji semula seakan tidak jujur senarai tersebut.

Antaranya Kem. Pem. Usahawan & Kop. (MeCD) dinama Noh Omar telah mengantikan tempat Khalid Nordin seakan tidak wajar beliau diisi. Mana tidaknya, jika benar Pak Lah mengambil iktibar dari PRU-12 yang lepas seakan beliau sedang menipu rakyat untuk penggal kedua. Semua sedia maklum bahawa penggal lepas Noh Omar banyak menimbulkan huru-hara dalam Parlimen dan antara dialognya agak merapu untuk dibentangkan.

Begitu jua dengan Kem. Luar Bandar & Wilayah yang sekarang diterajui oleh Mike Tyson a.k.a Muhammad Muhd. Taib bagi mengantikan Abdul Aziz Shamsuddins yang mempunyai reputasi kerja yang sama dan selari dengan Pak Lah (tidor). Secara kasarnya beliau dilihat releven kerana antara ahli politik yang mempunyai repotasi naik turun dalam arena politik tanahair. Beliau yang mengisi ditempat berkenan dikatakan mampu turun cerok pelusok kampung untuk menyampaikan agenda & infomasi KERAjaan yang lebih tepat dari sebelumnya. Walaupun beliau mempunyai rekod silam yang buruk namun wayang tetap wayang.

Shahrizat Jalil yang tewas di Parlimen Lembah Pantai dan tempatnya di kementerian diambil alih oleh ketua wanita MCA Ng Yen Yen seakan tidak wajar dilantik sebagai penasihat bertaraf menteri. Seakan mempunyai desakan dari wanita umno atau dari mana-mana pihak atas perlantikan Shahrizat. Jika dilihat secara kasar hanya Kem. Pelancongan sahaja yang menampilkan wakil dari wanita UMNO iaitu Azalina Othman Said. Manakala Rafidah Aziz digugurkan sedangkan beliau menang di Parlimen Kuala Kangsar. Mungkin kerana Rafidah sudah berumur 67 tahun dan telah berada didalam kabinet sejak 1986 maka beliau digugurkan. Jadi mengapa Shahrizat dilantik? Dan bagaimana pula dengan sasaran 30% bilangan wanita dalam KERAjaan setelah dalam pengumuman barisan kabinet yang nenurun secara mendadak?

Seterusnya Hisammudin Keris yang dikekalkan dalam Kem. Pelajaran. Antara kementerian yang mendapat pendedahan kes penyelewengan tertinggi tahun lepas dan banyak mengudang konteversi yang hebat. Beliau disifatkan gagal melaksanakan tugas sepanjang beliau menguruskan segala macam hal yang tercetus didalamnya. Dan beliau jua tidak banyak menjawab sebarang persoalan yang timbul berkenaan isu persekolahan. Beliau nampak lebih banyak meluangkan masa berdebat dalam isu perkauman dan politik dari tugasan rakyat. Ramai guru yang mengeloh-kesah Kak Esah atas sikap HisamKeris. Beliau jua dilebalkan melemakan pelajar sehingga kurang ajar dan nasib tenaga pengajar terus terabai tak terbela. Adakah kerna beliau bertanding di Johor yang dikatakan kubu kuat Be End maka beliau terlantik.

Itu antaranya dan kesimpulannya adakah ahli jemaah menteri ini dilantik kerana kekurangan Parlimen yang menang pada PRU-12 baru ini?

No comments: