Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Thursday, March 20, 2008

Warna-Warni Politik-Shit MALAY-sia...L

Sperm sangat tertarik dengan keindahan permainan corak politik-shit malay-SIA...L kebelakangan ini. Bermula dari awal 2007 perbagai ulasan, rumusan serta ramalan bermain disana-sini. Corak coretnya bertambah indah dari masa ke semasa, hari ke sehari dan sehingga lah kesaat jari Sperm menari diatas papan kekunci ini pegerakan coraknya tetap indah.

Sukar diterima akal setelah pelbagai tekan demi tekanan KERAjaan terhadap pembangkang sebelum PRU-12 membuahkan hasil. Ditambah pula dengan perang poster yang tak sehangat era Semangat KULI 46 ternyata kurang logik teorinya.

Dengan berbekalkan keyakinan dan beberapa serangan orang penting baik dalam mahupun luar KERAjaan seakan sandiwara atau DEJA-vu beberapa penggal.

1998 merupakan era rakyat berjalan serata bandar Kuala-Lumpur yang mana titik-tolak revolusi Politik-shit Malay-sia...L. Dan pengujung 2007 budaya yang tidak diiktiraf KERAjaan kembali mencuri tumpuan sehingga Pulau Pinang dirampas DAP budaya ini semakin diiktiraf.

1987 adalah zaman yang dikenang sebagai OPS lalang yang mana Hak ketuanan melayu dipertikaikan oleh sesetengah kaum. Dan 20 tahun selepas yakni 2007 menyaksikan DEJA-vunya.
Bezanya jika tahun 1987 kaum Cina bangkit mempertikaikan. Dan disaat itu beberapa kepimpinan muda memainkan peranan sebagai taat setianya kepada parti. Kg Baru hampir menjadi saksi perhimpunan pemuda umno tetapi telah diarahkan batal oleh Pedana Menteri waktu itu.

Begitu jua dengan 2007 yang mana kaum India bangun menuntut hak sebagai warga Malay-sia...L. Jika 1987 terkenal dengan OPS lalangnya 2007 pula terkenal dengan OPS Padam. Seperti mana 1987, tahun 2007 menyaksikan ramai kalangan pemimpin diberkas untuk meredakan pengaruh pembangkang. Cuma bezanya 2007 tidak menampakkan langsung pemimpin dari kalangan KERA-jaan seperti 1987.

PRU-12 pula mirip PRU-8 iaitu 1990 yang mana Be End hanya menang dengan 122 kerusi dari 180 kerusi yang dipertandingkan. manakala 53 kerusi milik pembangkang (20 DAP, 8 S46, 7 PAS dan 4 BEBAS).

Pedana Menteri pada ketika itu dikecam dan diarahkan letak jawatan oleh Pedana Menteri terdahulu serupa dengan situasi sekarang. Dan tahun tersebut juga melihatkan tahun Kelantan milik PAS sehinggan sekarang dan adakah terjadi dengan 5 negeri ditangan pembangkang sekarang?

Corak-Coret ini bertambah serinya selepas PRU-12 selesai parti pemerintah semakin goyah dengan peranan berraja dan keluarlah suara yang menyatakan "Apabila Raja Sudah Beraja". Pemainan tarik-tali antara raja dan kerajaan berterusan untuk membentuk kerajaan. Pada mulanya ia tertumpu hanya di negeri kerajaan rojak dan gagasan DAP namun merebak kenegeri yang sudah lama ditakluk oleh parti pemerintah.

Sehinggalah Sperm menaip pekara merapu ini hanya kerajaan minyak F-1 sahaja yang belum terbentuk kerajaannya tapi jika diikutkan negeri ladang tebu jua tidak bermenteri besar.

Ini ikuti pula dengan Pak Lah mengumumkan Kabinet barunya baru-baru ini. Selepas beberapa nama yang menang dalam PRU-12 gugur dalam senarai kabinet. Timbul isu 30% suara wanita dalam kerajaan hanya indah khabar dari rupa. Belum sempat berbahas dengan isu tersebut keluar pula isu mengapa pula orang yang berpengalaman kalah dengan ibu muda dapat jawatan penasihat.

Adakah kerana ketua pemimpin kanan UMNO tidak tersenarai maka beliau dapat menjawat? Namun disebalik cerita misteri tersingkap pula cerita sebenar mengapa ketua wanita UMNO begitu lama didalam kemnteriannya. Jawapannya mudah. Kerana beliau tidak ada langsung pejabat.

Setelah kementerian dialih portfolionya kepada Muhyiddin Yassin baru Rafidah mencari pejabat barunya yang selama ini tidak bertuan dalam wanita UMNO. Tapi adakah kerana displin Rafidah ke Parlimen pada penggal lalu menjadi punca beliau digugurkan?

Belum sempat persoalan itu terjawab Radzi Sheikh Ahmad pula mengudur dari arena berikutan dakwaan beliau tidak diperlukan. Tetapi ada yang menyatakan beliaulah punca Perlis tak bermenteri besar. Tindakan Radzi Sheikh Ahmad seakan memberi satu lagi tamparan spekulasi untuk Pak Lah. Namun dapat ditangkis pantas dengan perlantikan Adnan Mansor.

Walaupun Adnan Mansor dipilih timbul pula simpulan dengan perletakkan jawatan Radzi Sheikh Ahmad, adakah kerana Adnan Mansor digugurkan dari senarai kabinet baru maka punca beliau dilantik?

Sewaktu ucapan mengangkat sumpah Menteri dijalankan ada pula yang menolak tawaran jawatan. Pak Lah mendiamkan diri.

Seperti biasa tak sempat nak jawab, Kuli timbul memberi amaran awal untuk Pak Lah seperti mana beliau pernah menubuhkan puak pemisah umno dengan semangat 46nya yang kononnya PURE UMNO 1946 sewaktu menentang MAHAthir.

Terbaru Ahli parlimen Serian mengudur diri ekoran namanya tak tesenarai dalam kabinet lantas Be End menghantar ejen perisik untuk mencari bahan kononnya ada warganya dibeli PKR. Dan dengan lantas jua Menteri besar Pulau Pinang menasihatkan Pak Lah buat report Polis jika ia benar.

Inilah pelangi politik-shit Malay-sia...L yang indah dan rupawan. Ini belum lagi kisah DEB namun warnanya sudah cantik.

No comments: