Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Thursday, February 5, 2009

Sistem Tidak Pernah Atasi Tamadun!!

Kita sudah kembali ke arah tamadun primitif dan membiarkan sistem menguasai tamadun yang berjaya.

Kita bakal melihat 1 serangan yang pernah dilontarkan kepada puak pemerintah berpatah balik kearah lawannya kelak.

Mandat telah dicabul secara terangan dan puak tertinggi mulia sepatutnya memikirkan mandat baru dan bukan sekadar mendengar nasihat yang seakan berbunyi sebelah telinga.

Permainan catur seakan check tapi semakin begerak untuk mencari check-mate nato-kuno!!

Jika Perak diganti-tukar dengan nilai harga atau emas bagaimana pula dengan nasib kambing korban berwarna hitam, mampukah ia mengubah nasibnya?

Mengikut peraturan mainan catur biduk harus dikorbankan demi menyelamatkan ratu dan raja dan menteri-menteri yang lainnya dan biduklah yang harus memulakan gerak tari awal tetapi bagaimana pula nasib rakyat yang cacar-marba bin kuchalana.

Demokrasi yang dikatakan subur tampak semakin lecur. Mengapa tidak mahu diberikan peluang mandat sekali lagi? Adakah kerana cuak lagi bimbang taburan emas tidak berpulangan atau bimbang dari mampu mencabar majoriti bertukar menjadi makin lemah?

Kerja yang tertinggi adalah menjaga bawahan dan bukan sekadar mendengar lantas berkenan.

No comments: