Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Monday, September 8, 2008

HENTIKAN SEBELUM BARAH KIAN PARAH


—————— /´¯/)
—————--/—-/
—————-/—-/
———--/´¯/'--'/´¯`·_
———-/'/--/—-/—--/¨¯\?
——-- ('(———- ¯~/'--')
——— \————-'—--/
———-'\'————_-·´
————\———--(
————-\———--



Bermula dengan tindakan kurang cerdik Ahmad Ismail dan disusuli pula dengan suku-sakat penyokongnya yang menghentam puak Gerakan terutamanya terhadap Koh Tsu Koon pasti benggong sekejap Abdullah Badawi berkeras dengan tindakan yang bakal diambil.

Abdullah berkata dia sangat tidak gembira.

Tak berhenti sampai disitu sahaja Mantan Menteri Besar Selangor turut menyimbah minyak Zippo ke batang macis kotak 20sen yang kononnya menambahkan haru-biru celarunya ketenangan Abdullah.

Terbukti me-LAYU itu tak pandai menjaga maruahnya sendiri, hanya tahu mahu dibela, hanya tahu untuk menuntut.

Apa ada pada itu semua jika sendiri tak pandai menghargai. Kononya takut tergadai, huru-hara semua pekara.

Anak kecil dibiarkan bermain api tanpa tunjuk ajar sebenar mengakibat sesuka-hatinya mengayakannya sesudah dewasa.

Aku bosan bergelar me-LAYU jika sebergini.
Tuih!!!



soklan..siapa yang memberi gelaran datuk kepada ketua umno bahagian bkt bendera?

Happy Ramadhan

Wahai tuhanku..

Jangan kau serahkan aku ini kepada diriku,
aku tidak mampu untuk menguruskannya.
Dan jangan kau serahkan diriku ini kepada orang lain,
nescaya mereka akan menghilangkan aku.

Wednesday, July 23, 2008

Lompat Melompat Ke Putrajaya

Perang saraf, perang politik semakin hari semakin rancak. Pelbagai agenda tersusun mengikut strategi semasa. Acara lompat parti pun sudah sampai keperingkat penghujungnya berikutan temasya sukan Olimpik 2008 bakal menjelma.

Tuesday, July 22, 2008

Muzakarah

Umno dan Pas tak perlu bermuzakarah demi perpaduan melayu,
tetapi demi perpaduan MALAYSIA!!
Demi perpaduan kaum di MALAYSIA yang kian parah.

Friday, July 18, 2008

Fintah Tangkap Dan Dakwa!!



Anwar dituduh meliwat,
Anwar ditahan,
Anwar didakwa.


RPK cakap ada orang bunuh,
RPK ditahan,
RPK didakwa.

Wednesday, July 16, 2008

Anwar ditahan sudah.

Terbaru!!

Anwar yang dibebaskan dengan ikat jamin telah keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya kira-kira lewat 9 pagi. Beliau dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan tetapi diminta hadir ke balai polis pada 18 Ogos depan.

Beliau yang bebas bagaimanapun mengadu sakit belakang akibat bermalam diatas simen empuk lokap.

Sidang media dijangkakan akan diadakan jam 2 petang namun lokasinya belum diputuskan.

Posting Asal

Kurang sejam dari tempoh PDRM berikan kepada mantan Timbalan Pedana Menteri kira-kira jam 12.55 tengahari sewaktu beliau pulang dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Anwar sudah ditangkap dan ditahan.

Sperm dimaklumkan bahawa polis memintas kereta Anwar ketika menghampiri rumahnya dan Anwar terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur oleh anggota bertopeng dan berjaket.

Pekara ini disahkan oleh peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa beliau ke dalam kereta polis bercermin gelap dan tiba ke IPK Kuala Lumpur dalam jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Sperm difahamkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan kepada pemberita di Parlimen berkenaan ini berikutan beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Sperm jua turut difahamkan Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur. Turut kelihatan Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh manakala Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari dan Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air.

Anwar harus dibebaskan segera.

Ternyata dengan penahanan ini isu debat beliau malam semalam dilenyapkan secara perlahan-lahan.

Tuesday, July 15, 2008

Debat Dan Analisa

Program ilmiah bersulami perbaziran waktu Sperm terlepas siri drama Sin, dar & ela nyata mengecewakan dan Sperm rasa berat untuk mengulas namun perlu jua kerana tiada tempat untuk mengadu.


Debat Anwar Ibrahim dan Ahmad Shaberry berakhir sudah. Seperti yang diduga dari awal beberapa minggu terdahulu iaitu tiada jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini ternyata menjadi kenyataan.

Siaran selama -/+ 53 minit setelah ditolak iklan aka rehat perdebatan tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi cetusan minda untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu tak ubah debat ilmiah tetapi hiburan komedi atau lebih tepat lagi dengan gelaran debat yang membazir.

Sperm mengharapkan fomula yang dikatakan mampu menurunkan harga minyak diperdebatkan, Tetapi sedikit demi sedikit ia lebih berkisar kepada isu peribadi silam.

Sperm meletak harapan yang tinggi dan lebih bersemangat profesional kepada Menteri yang datangnya dari Parlimen Kemaman ini kerana kesudiannya untuk berdebat dengan bekas debat terbaik UM.

Ahli Parlimen Kemaman ini yang pernah memukau Perhimpunan Agong UMNO dengan perbahasannya yang menarik ternyata hanya berani tetapi tidak berisi.

Mungkin Anwar bukan lawan Ahmad Shaberry didalam debat kali ini yang bertajuk "Hari Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga", berikutan Ahmad Shaberry kelihata gagal dalam seluruh pusingan. Ia berikutan dari cara Ahmad Shaberry mengheret Anwar keluar dari topik asal dengan serangan peribadi sebagai perisai untuk mempertahankan diri dan parti.

Berikutan dengan itu hujah yang diberikan beliau terhadap Anwar ia disambut dengan tepukan yang dianggap setanding dengan tepukan penyokong lawannya.

Namum program yang dianjurkan oleh AgendaDaily dengan kerjasama Media Prima dan Dewan Bahasa semalam ternyata melonjakkan saham kedua-dua tokoh ini dikala saham dunia dan serantau dalam tak keruan. Seluruh warga kemaman pasti dapat melihat keberanian calon yang dipilih sewaktu tsunami pilihanraya 8 mac sebagai satu pilihan yang tepat dan terjajalah kehebatannya manakala kerindu wajah yang hilang dari kaca tv selama sedekat terubat dikala perbagai isu menimpa dirinya sejak kebelakangan ini.

Seawal pendebatan seakan Ahmad Shaberry gah dihadapan berbanding lawannya berikutan Anwar yang Sperm sifatkan selaku Pencadang agak mengawal pertuturannya.

Namun selepas isu peribadi diketengahkan pencadang nampak sudah mampu menyesuaikan diri dan tercermin warna asli Anwar berikut dengan terpaculnya kata-kata yang sinomim dengannya seperti kroni, rasuah dan gaya sindiran sinis.

Ternyata program siaran ini seakan propaganda baru untuk pihak pemerintah dan satu taktik baru untuk menyerang lawanya namun jika diceruk rantau mungkin termakan umpannya.


Keseluruhan progam debat ini melihatkan orang lama lebih nilai rendah dirinya susulan Anwar sering membahasakan diri Ahmad Shaberry dengan gelaran Datuk sedangkan Ahmad Shaberry yang hanya menggunakan panggilan mesra orang kebanyakan iaitu Saudara. Ditambah pula dengan langkah bergaya Anwar yang bersahaja berjabat salam dengan Shaberry yang terpana di kubu debatnya.


Namun setelah selesai program penting malam tadi berlaku jua insiden yang tak diingini yang mana berlaku sedikit kekecohan antara sekumpulan jurugambar dan pemberita dengan pengawal keselamatan dan terpaksa dicampurtangan oleh pihak Polis Raja DiMalaysia.


Dan kesimpulan dari debat ini jua mendedahkan faktor kepincangan dan masalah pengurusan dari segi dana, prasana, halatuju ekonomi berikutan dari campurtangan dari kebilauan politik.

Begitu jua dengan program yang disiarkan di Astro Awani sejurus debat selesai agendanya. Rata-rata membincangkan cara urus-tadbir politik kerajaan terhadap sosio-ekonomi dan Sperm lebih tertarik menyaksikannya dari progam siaran sebelumnya.

Monday, July 14, 2008

KBM

Kerajaan Boikot Malaysia
Mereka Memboikot Atau Dihalau?


Tahniah utk kerajaan Malaysia pada hari ini. Tujuan sperm mengucapkannya berikut saranan pihak kerajaan melancarkan gejala boikot terhadap Belanda akhirnya terpalit ke dewan parlimen.

Tidakan pihak pembangkang yang mewakili suara yang sudah muak dengan karenah pembesar Malaysia keluar dewan sebagai simbol protes atau boikot adalah satu tindakan wajar.

Bermula dengan isu Road-Block diserata jalan ke ibu kota ditolak yang di-pertua dewan berlanjutan pula ke usul tidak percaya terhadap PM.

Untuk apa berada didalam dewan jika suara ini tidak diketengahkan. Atau mungkin meraka (pihak kerajaan) ini masih mahu orang lama bertahan dari dirampas oleh Najib.

Alasan yang diberikan oleh Speaker "bodoh jika diberi dan dilihat oleh dunia luar"

Mengapa bodoh?

Malu yang kononnya PM malaysia sudah tidak boleh dipercayai.

Atau bodoh kerana suara ketua pembangkang itu adalah seorang wanita yang baru mendapat gelaran Dato' seri selepas bekali-kali menolak gelaran tersebut yang menolak kepercayaan seorang lelaki yang bergelar PEDANA MENTERI?

Monday, June 30, 2008

Seriuskah parti pemerintah sekarang?



perang tiga penjuru



Seriuskah parti pemerintah sekarang?
Demam harga minyak makin lama semakin kebah,
dan bertambah suram dengan isu Anwar meliwat lagi.

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
Thailand dan Singapura tak dapat isi minyak,
Naik harga minyak sekarang dah isi.

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
Harga minyak naik melampau,
Rebat dibayar seberapalah sangat.

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
Air Asia tergugat dengan promosi MAS,
Kini Air Asia lega dengan harga terbaru MAS.

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
Isu budak hilang tak dapat diselesaikan,
Kes Anwar berduyun mencari bukti di KONDO (kot-kot jumpa KONDOM).

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
LPKP janji tambah bas dan teksi takkan naik.
Sedangkan driver tu kan rakyat MALAYSIA jua.

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
Janji naik harga minyak bulan Ogos,
Tapi 2hb. Jun bersusun kenderaan di semua jalan.

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
Ingin mempertahankan negara dari kuasa asing,
Kini hilang sudah Pulau Batu Putih.

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
Ezam pernah hantar MEMO pada PM tentang rasuah MEN. Kewangan (tapi tak dilayan)
Ezam antar pula aduan ke BPR berkenaan 100 hari Kerajaan Selangor.

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
Raja Petra dakwa TPM dan isteri ada skandal dengan kes MONGOLIA (tapi tak dilayan)
Raja Petra didakwa dan diugut keselamatannya.

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
CYC akan diadakan utk kali ke-2 di MALAYSIA.
FAM sergah terus KBS cakap akan berusaha mendapatkan deposit.

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
KBS pening dengan konflik FAM & CYC,
Kem. Pelancongan pejam mata tutup telinga.

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
KBS jamin akan dapatkan deposit CYC,
CYC mungkin akan berlangsung jua.

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
Seru hampir seluruh rakyat MALAYSIA boikot produk Belanda.
EURO datang hilang segala boikot (mujur tak menang)

Seriuskah parti pemerintah sekarang?
Seriuskah parti pemerintah sekarang?

Sperm dapat merasakan sedikit goyah dengan senario sekarang dan Sperm masih belum terpanggil untuk mengulas melainkan pihak parti pemerintah menaktifkan MOOD AKU YANG SEBENAR.

AKU BOSAN DENGAN PROPAGANDA HARGA MINYAK
ISU SEKARANG HANYALAH PENGALIHTUMPUAN.

Thursday, May 29, 2008

Telerai Tersimpul

Pulau Batu Putih terlepas, Riot di Bandar Mahkota Cheras,
Mahathir keluar Umno diganti pula dengan Ezam.
Parlimen masuk TV 1/2jam,
Pakatan rakyat dikatakan kejam.
FRU kena langgar kereta polis diam tapi suruh KERAjaan Selangor yang bertindak.
Duit Terengganu hilang berbillion,
Singapore dengan Thailand dah tak boleh beli minyak.
Air free untuk org Selangor tapi pusing dengan duit anak Selangor.
Dulu Umno cakap Pas suka menghukum org umno dengan kata "kafir dan dosa"
tapi bila Islam Hadhari Haram di Selangor
KERAjaan Pusat pulak cakap KERAjaan Selangor berdosa.

Kesimpulannya BN dulunya sering mengajar rakyatnya dengan janji-janji manisnya
sekarang bila dah hilang kuasa meraka mengajar rakyat menagih janji-janji manis.

BARISAN NASIONAL umpama Pengedar Dadah.
RAKYAT MALAYSIA umpama Penagih Dadah.
PAKATAN RAKYAT umpama PEMADAM.