Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Monday, October 29, 2007

Pak Lah Dengan Islam Hadharinya


Tidor itu sunnah.

Sebut Islam Hadhari pastinya wajah Pak Lah terbayang di fikiran. Sebut nama Pak Lah pula sudah semestinya agenda Islam Hadhari terpapang jua di benak fikiran Rakyat jelata MalaySia....L.

Sejauh manakah agenda yang dibawanya? Jauh juga agendanya dibawa, promosi agendanya dibawa, diusung dan ditandu keserata pelusuk wilayah jajahan "Party Perikatan" a.k.a "Bee Ant" termasuk dalam wilayah seterunya sendiri "Kelar Tei" yang diambil dari cerita dongeng rakyat Stoner a.k.a Wenger.

Terbaru di Terengganu umpamanya Majlis Khatam Al-Quran, KERA-jaan bakal generasi Ulul Albab mencanangkan yang KERA-jaanya melahirkan hampir +/- 1000 insan khatam Al-Quran.

Bila ditanya "apa dia khatam al-quran?"
Dan jawapannya, "kenal huruf dan baris"
Hebat betul idealogi KERA-jaan Ulul Albab yang bakal menjadi generasi yang terhebat kelak "insya-allah" dan akhirnya mendapat pengiktirafan "MALAYsia...L Book Of Record" Takkah hebat tuh.

Dalam agendanya jua terusul nilai-nalai kesederhanaan dan ini bersesweianlah dengan tema Islam Hadharinya. Manataknya, kelembaban ekonomi semakin meruncing sepanjang talukannya. Tetapi program terbaru beliau, melaksanakan ECER menimbulkan konterversi KUnoo dikalangan pemerhati POLITIKshit termasuk agenda sebelumnya WPI di Johor dan banyak lagi.

Hebat.. Projek Mega-Mendung dengan peruntunkan berbillon-billon dalam beberapa projek di dalam beberapa tahun pemerintahannya dan termasuk kenduri kahwinnya sendiri.

ECER yang baru terlancar di Kelantan baru-baru ni dicanangkan bukanlah isu Politik dan diharap tidak dijadikan agenda politik tapi tidak dihighlitekan sebagai agenda utk 'pengkritik'. Namun rata-rata pemerhati melihat ia sebagai senjata meraih undi PILIHANRAYA UMUM yang bakal muncul. Seluruh rakyat dapat melihat bagaimana eratnya gaya salaman 2 pimimpin yang berlainan fahaman politik dalam pelancaran tersebut. Tetapi jika dihalusi, ucapan siapa yang dapat kita dengar secara telus, terbuka dan adil.

Segmen Selamat Pagi MALAYsia....L edisi 30hb Okt. 2007 sebagai contoh telalu kerap menekan penemuan 2 tokoh ini tidak dipropapolitikkan tapi ia tetap dipropapolitikkan oleh RTM. Begitu jua segmen sebelum SPM iaitu Warta 7 di mana penghujungnya adalah ulasan akhbar hari ini jua mempropapolitikkan isu ini. Inikah Islam Hadhari sebenar?

Dalam ruangan tersebut dinyatakan kononnya KERAjaan tidak memilih fahaman untuk membangunkan rakyat walaupun di Kelantan. Tetapi pengantaranya sering mengingatkan penonton yang Kerajaan Kelantan (PAS) sering mengutuk dan mencerca KERAjaan Pusat.

Tak ubah seperti ayat "saya ikhlas cakap saya ni ikhlas"

Dalam Skop Islam hadhari jua menyatakan keharmonian dan kemakmuran, termenung sejenak sperm......

Harmonikah MALAYsia...L ini?
Makmurkah MALAYsia...L ini?
Aman damaikah MALAYsia...L ini?

Terbaru misalan, Pak Lah emo dengan kes kematian pegawai polis dalam kejadian tembak-menembak di Sg. Buluh.

Mengapa ia terjadi?

Sebelum tu kecoh satu Tanah Melayu yang dibrandingkan sehingga kenama MALAYSIA dengan kes NURIN JASLIN. Sehingga sekarang ia tak ubah seperti tajuk cerita "Never Ending Story" FBI telah dipanggil untuk jalinkan usaha KERjaSAMA namun tiada sudahnya. Macamnam nak berkesudahan kes Cilok Micro-cip kat gudang Penang pun tak tau ceritanya inikan pula kes tebaru apatah lagi kes bunuh berprofile tinggi.

Tak tau lar pulu kalu dalam Kontesk Islam Hadhari tidak menyetuh isu rasuah. Tapi seluruh pengundi termasuk pengundi hantu tahu yang Pak Lah pernah mencanangkan untuk membantu beliau dalam masalah rasuah. Tapi dari kanta mata sperm Pak Lah tak bersungguh menbenterasnya, apatah lagik membendungnya. Nak menghalang, hahaha lagi lah payah.

Pada awal pentadbirannya memang nampak kesungguhannya memerangi gejala ini sehingga teseretnya Ahli Maljils Tertingginya yang beri/ckan org Melaka dan ketelusan lembaga mahkamah menjalani keadilan sebenar. Namun dipenghujung penggal lain plak ceritanya. Pelbagai pendedahan rasuah timbul tapi tak didakwa. Nak kata tak cukup bukti, ada pula pihak menghulur bukti, tak dilayannya plak..da tuh camner...?

Tak cukup dengan tu dirojakkan pula dengan isu Video V K LINGAM. Jika benar Pak Lah menetang Gejala rasuah habis-habisan mengapa tidak disokong dengan tuntutan para peguam untuk mewujudkan SURUHANJAYA BEBAS. Adakah Pak Lah takut kerana ia tidak bebas disuruh atau suruhanjaya ni BEBAS DENGAN JAYANYA mendakwa orang SURUHANnya. Balik-balik penal bebas jua yang dibangga-bangga oleh orang keduanya 'Najib Razak' yang terang terang mengaku mereka tak cukup kuat untuk mendakwa dan mengheret saksi dan tertuduh di dalam sidang medianya.

Kegagalan Pak Lah makin terserlah. Dengan bidasan Dr. M dan tak cukup dengan itu ditambah pula ajinomoto dari golongan UMNO dari Johor. Belum lagi diambil kira dengan cakap belakang kakitangannya awamnya sendiri.

Dari hal harga minyak yang senantiasa naik tak henti-henti sehingga jaminan orang keduanya barulah statik harga minyaknya. Tetapi ia tidak berhenti disitu ajer... Hal kadar tol pula membelenggu pembayar cukai jalan menjadi isu yang tak sudah. Tak cukup dengan itu huru-hara dibuatnya dengan kenaikan harga rokok yang kononnya mampu mengurangkan kadar perokok. Semakin tinggi harga rokok naik semakin menjunam reputasi bolasepak negara dan status rankingnya selari menjunam dengan status ranking kadar rasuah.

Terbahru Persatuan Peniaga Pulau Pinang berhasrat menaikkan harga Roti Canai 10 sen sekeping ekoran kenaikan harga tepung yang kononnya jua dah lama tidak mendaki lonjakkan harga. Sejauh manakah Boikot Harga Barangan untuk mendapatkan kuasa membeli yang cuba dikempen oleh MTUC yang disokong penuh oleh KERAjaan berjaya sedangkan sebelum ini MTUC pernah berpiket untuk kenaikan gaji minimum elaun cola kepada kakitangan swasta ditolak sekerasnya oleh mulut Pak Lah sendiri.

Sejauh manakah Islam hadharinya hendak dibawa dikala Pak Lah sendiri tak pernah cukup tidor di malam hari dan asyik tersenguk-senguk di siang hari? (Jane..apa kau da buat ngan pak lah mlm2 arr?)

Sejauhmanakah Islam Hadharinya bersama isteri tersayang yang dilihat sangat cantik potongan rambutnya. Kalau anak perempuannya jangan cakap larr sebab dia sudah berkahwin dan sudah pastinya itu adalah tanggungjawab seorang suami yang sudah bergelar bapa baru-baru ini.

2 comments:

Anonymous said...

"Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim. "



(Surah al-Hujurat ayat 11)

inam kitites said...

Alhamdulillah dan terima kasih dengan sepotong ayat quran ini semoga ia menjadi pengikat semangat untuk sperm berjuang menegakkan perjuang kalifah.