Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Wednesday, September 17, 2008

IKUT SUKA AKU Ancam Umno & Malaysia?

Anwar menang P44, bermakna Anwar kembali ke kerjayanya.

Mahathir pula mungkir janji yang kononnya takkan sertai UMNO selagi Paklah tak berundur. Ezam ok sikit dari Mahathir, sebab Ezam masuk selepas dibuang Mahathir dan join bila Mahathir keluar.

Muhyiddin Yassin pula mengasak Paklah dengan pelan peralihan kuasa dipercepatkan. Nada itu kedengaran sejurus selesai kes di Pulau Pinang.

Ditambah lagi dengan Isu 16 September yang kononnya dianggap 'Angan Mat Jenin' bagi sesetengah pihak.

Terdahulu Ahmad Ismail mengalih tumpuan dengan permainan api, lalu ia dilucutkan haknya dikalangan UMNO. Atas sikap beliau, Tan Hoon Cheng ditahan berikutan menyiarkan apa yang dikatakan oleh Ahmad Ismail.

Begitu jua dengan Teresa Kok dan Raja Petra Kamaruddin. Teresa ditahan atas isu azan dan beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat termasuk parti PAS turut berhimpun memberi sokongan supaya Teresa kok dibebaskan.

Raja Petra Kamaruddin ditahan berikutan penulisannya yang kononnya menhina Islam walaupun tidak pernah didedahkan apa yang dihinanya. Yang didedahkan hanya tajuk seperti "Not all Arabs are descendants of the Prophets" dan "I promise to be a good, non-hypocritical Muslim" padahal banyak isinya berkisar dengan cerita dalaman UMNO.

Beberapa Ahli Palimen sambung belajar keluar negara dalam Industri Pertanian dan secara tidak langsung mampu berkait dengan pelan agenda Anwar atau Pakatan Rakyat.

Beberapa jua kerabat BN mengecam Anwar sebagai PEMBOHONG, PEMBELIT berikutan omong si Anwar. Ia seolah-olah sama dengan isu 31 ogos yang mana kononya Kerajaan akan kembali ke milik BN.

Anehnya jika benar Anwar pembohong mengapa harus Paklah melayan cakap Muhyiddin Yassin?

Buktinya dengan pertukaran jawatan. Terbaru bakal berlangsung perbincangan pelan peralihan kuasa akan diawalkan dan kemungkinan Paklah ingin bersara.

Apakah kerana kemasukan Anwar kekancah politik yang disusuli oleh Mahathir?

Atau enggan memberi Tengku Razaleigh Hamzah tahta PM?

Atau tidak mahu mengelabah seperti Mohd Khir Toyo sewaktu beliau dapat tahu yang Selangor bukan miliknya lagi?

Begitu jua dengan suara mahkamah pada 24 September nanti.

UMNO terancam, MALAYSIA terancam,
MELAYU terancam atau BN yang terancam?

Atau Mahathir yang terancam dengan kisah silamnya hanya kerana seseorang yang kononya digelar pengkianat Melayu dan Malaysia

Friday, September 12, 2008

seperti yang dijangka

Kini raja petra ditangkap dan didakwa bawah sistem IKUT SUKA AKU

Thursday, September 11, 2008

Kenapa Tidak IKUT SUKA AKU!!

Gantung dyer sampai 3 tahun..
Itu kalu dyer..
Kalu sperm yang buat camtuh..
Kopom kena IKUT SUKA AKU..

Ader betul gak cakap mantan Menteri Besar Perlis pasal keadilan..Memang takder keadilan larr kalu cam nihnyer tindakan pihak berwajib..

Adakah ini satu tindakan wajar atau bernas sehebat beras cap bernas buatan MALAY-siaL..

ARGHHH!!

Dimanakah sistem IKUT SUKA AKU yang kononya diadakan untuk golongan yang dianggap pencetus rasa tidak puas hati sesama kaum dan konon mampu mengkacau bilau keamanan negara? Dimana sekarang?

Berselindung disebalik keris disebalik bulatan kuningkah?

Dimana??

Bagaimana jika tindakan itu hasil kelaku insan yang berselindung bulatan putih?

cis!!

Adakah kerna dia jua me-layu maka terlepaslah ia dari sistem itu?

Atau kerna dia ahli kumpulan perikatan yang ditukar namanya yang telah menjadi lebih hebat pada kurun ini?

Tetapi segala haknya turut dilucut. Lantas mengapa?

Adakah Paklah sudah nyanyok hingga terlupa dengan sistem IKUT SUKA AKU!!

Bukankah mudah jika hero Bukit Bendera menlancarkan perang urat saraf jika bebas dari pantauan umno. dan senang hero ini bertindak keatas orang memberi pingat kepadanya.

Bukankah hero Bukit Bendera nyaris menimbulkan sua-sue (opss!!) suasana tegang setegang anu bila bersedia merobos kelubang keluaran najis.

Apa pula tindakan Paklah setelah keluar sepantun komen dari selatan atas desakan peralihan kuasa secepat mungkin dan sesegera mee segera yang bakal menjadi makan ruji akibat serang ekono-MONEY!!

Dalam diam suara dari selatan berkumandang melagakan hero zon sultan pahang dengan PM yang negerinya milik pembangkang dan salah seorang pemenangnya berhadapan dengan kerusinya di dewan dalam seminggu ni.

Dan apakah kemasukan semula mantan bossnya (satu ketika dahulu) dapat memnyepadukan kuasa AMNOR yang kononnya me-LAYU di MALAY-siaL berpecah.

BULL-SHIT!!

UMNO yang berpecah dan bukannya MELAYU/MALAYSIA yang berpecah!!
rakyat menderita kerna UMNO!!
rakyat berpecah puak kerna UMNO!!

KERANAMU UMNO!!

Apakah ISA sudah hapus?
Adakah?

Monday, September 8, 2008

HENTIKAN SEBELUM BARAH KIAN PARAH


—————— /´¯/)
—————--/—-/
—————-/—-/
———--/´¯/'--'/´¯`·_
———-/'/--/—-/—--/¨¯\?
——-- ('(———- ¯~/'--')
——— \————-'—--/
———-'\'————_-·´
————\———--(
————-\———--



Bermula dengan tindakan kurang cerdik Ahmad Ismail dan disusuli pula dengan suku-sakat penyokongnya yang menghentam puak Gerakan terutamanya terhadap Koh Tsu Koon pasti benggong sekejap Abdullah Badawi berkeras dengan tindakan yang bakal diambil.

Abdullah berkata dia sangat tidak gembira.

Tak berhenti sampai disitu sahaja Mantan Menteri Besar Selangor turut menyimbah minyak Zippo ke batang macis kotak 20sen yang kononnya menambahkan haru-biru celarunya ketenangan Abdullah.

Terbukti me-LAYU itu tak pandai menjaga maruahnya sendiri, hanya tahu mahu dibela, hanya tahu untuk menuntut.

Apa ada pada itu semua jika sendiri tak pandai menghargai. Kononya takut tergadai, huru-hara semua pekara.

Anak kecil dibiarkan bermain api tanpa tunjuk ajar sebenar mengakibat sesuka-hatinya mengayakannya sesudah dewasa.

Aku bosan bergelar me-LAYU jika sebergini.
Tuih!!!



soklan..siapa yang memberi gelaran datuk kepada ketua umno bahagian bkt bendera?

Happy Ramadhan

Wahai tuhanku..

Jangan kau serahkan aku ini kepada diriku,
aku tidak mampu untuk menguruskannya.
Dan jangan kau serahkan diriku ini kepada orang lain,
nescaya mereka akan menghilangkan aku.

Wednesday, July 23, 2008

Lompat Melompat Ke Putrajaya

Perang saraf, perang politik semakin hari semakin rancak. Pelbagai agenda tersusun mengikut strategi semasa. Acara lompat parti pun sudah sampai keperingkat penghujungnya berikutan temasya sukan Olimpik 2008 bakal menjelma.

Tuesday, July 22, 2008

Muzakarah

Umno dan Pas tak perlu bermuzakarah demi perpaduan melayu,
tetapi demi perpaduan MALAYSIA!!
Demi perpaduan kaum di MALAYSIA yang kian parah.

Friday, July 18, 2008

Fintah Tangkap Dan Dakwa!!



Anwar dituduh meliwat,
Anwar ditahan,
Anwar didakwa.


RPK cakap ada orang bunuh,
RPK ditahan,
RPK didakwa.

Wednesday, July 16, 2008

Anwar ditahan sudah.

Terbaru!!

Anwar yang dibebaskan dengan ikat jamin telah keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya kira-kira lewat 9 pagi. Beliau dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan tetapi diminta hadir ke balai polis pada 18 Ogos depan.

Beliau yang bebas bagaimanapun mengadu sakit belakang akibat bermalam diatas simen empuk lokap.

Sidang media dijangkakan akan diadakan jam 2 petang namun lokasinya belum diputuskan.

Posting Asal

Kurang sejam dari tempoh PDRM berikan kepada mantan Timbalan Pedana Menteri kira-kira jam 12.55 tengahari sewaktu beliau pulang dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Anwar sudah ditangkap dan ditahan.

Sperm dimaklumkan bahawa polis memintas kereta Anwar ketika menghampiri rumahnya dan Anwar terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur oleh anggota bertopeng dan berjaket.

Pekara ini disahkan oleh peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa beliau ke dalam kereta polis bercermin gelap dan tiba ke IPK Kuala Lumpur dalam jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Sperm difahamkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan kepada pemberita di Parlimen berkenaan ini berikutan beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Sperm jua turut difahamkan Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur. Turut kelihatan Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh manakala Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari dan Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air.

Anwar harus dibebaskan segera.

Ternyata dengan penahanan ini isu debat beliau malam semalam dilenyapkan secara perlahan-lahan.

Tuesday, July 15, 2008

Debat Dan Analisa

Program ilmiah bersulami perbaziran waktu Sperm terlepas siri drama Sin, dar & ela nyata mengecewakan dan Sperm rasa berat untuk mengulas namun perlu jua kerana tiada tempat untuk mengadu.


Debat Anwar Ibrahim dan Ahmad Shaberry berakhir sudah. Seperti yang diduga dari awal beberapa minggu terdahulu iaitu tiada jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini ternyata menjadi kenyataan.

Siaran selama -/+ 53 minit setelah ditolak iklan aka rehat perdebatan tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi cetusan minda untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu tak ubah debat ilmiah tetapi hiburan komedi atau lebih tepat lagi dengan gelaran debat yang membazir.

Sperm mengharapkan fomula yang dikatakan mampu menurunkan harga minyak diperdebatkan, Tetapi sedikit demi sedikit ia lebih berkisar kepada isu peribadi silam.

Sperm meletak harapan yang tinggi dan lebih bersemangat profesional kepada Menteri yang datangnya dari Parlimen Kemaman ini kerana kesudiannya untuk berdebat dengan bekas debat terbaik UM.

Ahli Parlimen Kemaman ini yang pernah memukau Perhimpunan Agong UMNO dengan perbahasannya yang menarik ternyata hanya berani tetapi tidak berisi.

Mungkin Anwar bukan lawan Ahmad Shaberry didalam debat kali ini yang bertajuk "Hari Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga", berikutan Ahmad Shaberry kelihata gagal dalam seluruh pusingan. Ia berikutan dari cara Ahmad Shaberry mengheret Anwar keluar dari topik asal dengan serangan peribadi sebagai perisai untuk mempertahankan diri dan parti.

Berikutan dengan itu hujah yang diberikan beliau terhadap Anwar ia disambut dengan tepukan yang dianggap setanding dengan tepukan penyokong lawannya.

Namum program yang dianjurkan oleh AgendaDaily dengan kerjasama Media Prima dan Dewan Bahasa semalam ternyata melonjakkan saham kedua-dua tokoh ini dikala saham dunia dan serantau dalam tak keruan. Seluruh warga kemaman pasti dapat melihat keberanian calon yang dipilih sewaktu tsunami pilihanraya 8 mac sebagai satu pilihan yang tepat dan terjajalah kehebatannya manakala kerindu wajah yang hilang dari kaca tv selama sedekat terubat dikala perbagai isu menimpa dirinya sejak kebelakangan ini.

Seawal pendebatan seakan Ahmad Shaberry gah dihadapan berbanding lawannya berikutan Anwar yang Sperm sifatkan selaku Pencadang agak mengawal pertuturannya.

Namun selepas isu peribadi diketengahkan pencadang nampak sudah mampu menyesuaikan diri dan tercermin warna asli Anwar berikut dengan terpaculnya kata-kata yang sinomim dengannya seperti kroni, rasuah dan gaya sindiran sinis.

Ternyata program siaran ini seakan propaganda baru untuk pihak pemerintah dan satu taktik baru untuk menyerang lawanya namun jika diceruk rantau mungkin termakan umpannya.


Keseluruhan progam debat ini melihatkan orang lama lebih nilai rendah dirinya susulan Anwar sering membahasakan diri Ahmad Shaberry dengan gelaran Datuk sedangkan Ahmad Shaberry yang hanya menggunakan panggilan mesra orang kebanyakan iaitu Saudara. Ditambah pula dengan langkah bergaya Anwar yang bersahaja berjabat salam dengan Shaberry yang terpana di kubu debatnya.


Namun setelah selesai program penting malam tadi berlaku jua insiden yang tak diingini yang mana berlaku sedikit kekecohan antara sekumpulan jurugambar dan pemberita dengan pengawal keselamatan dan terpaksa dicampurtangan oleh pihak Polis Raja DiMalaysia.


Dan kesimpulan dari debat ini jua mendedahkan faktor kepincangan dan masalah pengurusan dari segi dana, prasana, halatuju ekonomi berikutan dari campurtangan dari kebilauan politik.

Begitu jua dengan program yang disiarkan di Astro Awani sejurus debat selesai agendanya. Rata-rata membincangkan cara urus-tadbir politik kerajaan terhadap sosio-ekonomi dan Sperm lebih tertarik menyaksikannya dari progam siaran sebelumnya.