Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Wednesday, November 14, 2007

Biar Sperm Yang Jawabkan

Semuanya kerana Wabak Kuning yang melanda Kuala Lumpur. Diorang kata "Jangan berhimpun, nanti huru-hara." Tapi pada sperm, kalau benarlah tercetus huru-hara, dan tak kerana Unit Amal Malaysia berbaju Maroon, sudah pasti KL bermandi darah.

Terima kasih Unit Amal Malaysia kerana mengawal keadaan.
Terima kasih PDRM yang telah memberi ruang sehingga sampai ke Istana Negara, (tetapi tidak untuk unit di masjid jame')
Dan terima kasih Khas untuk rakyat yang berhimpun untuk BERSIH

Biar sperm jawab Komen Memanda Menteri.

“Tunjuk perasaan tidak perlu kerana pilihan raya tidak pernah gagal diadakan di Malaysia mengikut jadualnya.”
-Datuk Seri Zainuddin Maidin, 10 November 2007
"Aduhh..Apahal larr Mamak Maidin nih sorg..Diorg protes bukan sebab Pilihanraya tak ikut jadual tapi kesangsiannya dalam berjadual"
-Sperm


“Tentu sekali apabila mereka bertindak begitu, (mereka) nak tarik raja-raja atau Yang di-Pertuan Agong masuk atau memerangkap Agong dengan politik mereka. Saya percaya Yang di-Pertuan Agong lebih matang dan akan dapat memahami serta tidak akan terperangkap dengan politik mereka itu.”
-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 11 November 2007
"Kepada siapa lagi nasib rakyat nak diadu jika tidak kepada rajanya. Lagi Paklah pun ada cakap raja matang dan sepastinya tak teperangkap jadi janganlah Paklah Gelabah"
-Sperm


“Kalau diikutkan, Barisan Nasional (BN) mampu mengadakan perhimpunan yang lebih besar daripada perhimpunan Gabungan Bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil semalam yang mengumpulkan kira-kira 10,000 orang. BN mampu mengumpulkan (bilangan peserta) lebih besar daripada jumlah semalam kalau itu yang kita mahu untuk menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti. Namun itu bukan budaya rakyat negara ini.”
-Datuk Seri Najib Tun Razak, 11 November 2007
"Memang BN mampu Pak Najib, tapinya sepanjang ajuran BN selalunya ada subsidi atau peruntukan, jadi orang yang ikut berhimpun takyah kuor duit. Usah 2juta rakyat Malaysia 8 Negara pun BN mampu kalau macam tu"
-Sperm


“Saya ingin rakyat Malaysia melihat dengan jelas bahawa inilah cara pembangkang yang mengamalkan politik kasar dan menjaja modal di jalanan sedangkan kita mengamalkan politik demokrasi. Kalau mahukan perubahan, bertanding pada pilihan raya dan kita lihat siapa yang dipilih rakyat.”
-Datuk Seri Rafidah Aziz, 11 November 2007
"Aduh...Ni sorang lagi. Makcik, baik makcik jaga jawatan makcik dari dirampas dek Azalina, Komen pun sama gak ngan si Mamak Maidin."
-Sperm


“Mereka sudah kehabisan modal dan seterusnya melakukan apa saja bagi mendapatkan sokongan dan simpati daripada rakyat.Bagaimanapun, tindakan mengadakan perhimpunan haram itu sebenarnya tidak membawa makna apa-apa kerana ia jelas menyusahkan rakyat yang inginkan keamanan di negara ini.”
-Datuk Seri Dr. Khir Toyo, 11 November 2007
"Kami lebih simpati pada mereka yang pangkah BN tapi rumah tak juga siap, asyik tebengkalai jer"
-Sperm


“Perbuatan mereka itu melampau dan boleh menjejaskan keamanan negara. Kalau nak berpolitik, biar hanya di kalangan parti politik dan rakyat biasa, jangan nak kaitkan pula dengan institusi raja.”
-Tan Sri Muhammad Muhd Taib, 11 November 2007
"Kenapa berpolitik dengan orang Politik, Rakyat hanya ingin mengadap kebawah duli untuk mengadu perihal mereka, atau Mat besi ada masalah dengan kaum kerabat? Hehehe"
-Sperm


“Mereka sudah terdesak sebab pilihan raya semakin hampir. Harapan mereka kalau berbuat begitu, masyarakat luar akan membenci kerajaan pimpinan Pak Lah. Mereka sebenarnya silap, rakyat akan membenci mereka kerana mengganggu keamanan negara.”
-Datuk Noraini Ahmad, 11 November 2007
"Bukan macam tu sayang. Rakyat sayangkan kepimpinan Paklah, rakyat sayangkan Islam Hadharinya, cuma rakyat mahu Paklah menang dalam Pilihanraya nanti dengan lebih bersih. Barulah boleh dipanggil Islam Hadhari Islam Yang Bersih."
-Sperm


“Kita ada banyak saluran untuk menyalurkan pandangan dan atau cadangan. Janganlah kerana tidak berpuas hati, kita sanggup mengheret institusi raja sampai ke tahap ini. Demonstrasi seperti itu juga membebankan rakyat dan negara.”
-Datuk Ong Tee Kiat, 11 November 2007
"Ala salulan ka Lato'? Tolon kasi tau apa itu salulan?"
-sperm


“Kalau nak memerintah negara, bertanding pilihan raya kerana ini negara demokrasi. Janganlah berbuat seperti ini pada institusi raja kerana ia perlu dihormati seperti termaktub dalam perlembagaan.”
-Datuk S. Veerasingam, 11 November 2007
"Sapa kata mau perintah ini negara? Kita cuma mau itu undi adil saja dan dalam pelembagaan pun kasi rakyat mengadu sama itu raja"
-Sperm


“Kita jangan lupa, banyak negara jatuh atau hancur kerana perbuatan seperti ini. Jadi apabila Pak Lah bagi komen seperti ini, ia adalah sesuatu yang penting dan perlu didengar kerana kita tahu, rakyat tidak gemar budaya yang bukan-bukan.”
-Datuk M Kayveas, 11 November 2007
"Aiyoyo kadawaley.., dey Macha.. Kita worang mau jaga ini country dari teruk dan tarak lebey hancur, lagipun.. kita tarak buat riot-riot"
-sperm


“Tindakan mereka hanya menimbulkan kekacauan dan keadaan tidak stabil yang akhirnya merugikan rakyat.”
-Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, 11 November 2007
"Tapi datuk, rakyat akan lebih rugi jika kedaulatan sebagai rakyat tidak stabil dalam pilihanraya datuk"
-Sperm


“Malaysia negara aman dan harmoni… kenapa perlu ada perhimpunan seperti itu yang kemudian menjadikan keadaan huru-hara. Sekiranya hendak berpolitik atau memerintah kerajaan, ia mesti melalui proses pilihan raya dan bukannya mengadakan perhimpunan haram. Jika proses demokrasi ditolak, inilah yang menjadikan banyak negara mengamalkan pemerintahan kuku besi serta bermasalah kerana rakyat yang memilih kerajaan menggunakan saluran menerusi demonstrasi jalanan.”
-Datuk Seri Ali Rustam, 12 November 2007
"Datuk ali, tadi datuk ada cakap kalu demokrasi ditolak maknanya negara mengamalkan kuku besi, jadi dimanakah demokrasi jika hak rakyat untuk mengadap rajanya dihalang? Adakah dengan kita sekarang kuku besi datuk?"
-Sperm


“Memang benar mereka nak mengheret institusi raja ke kancah politik seperti kata Pak Lah semalam. Kalau setakat serah memorandum dan diambil, kemudian kata tindakan mereka disokong Istana Negara itu adalah penipuan. Apa yang mereka lakukan ini sebenarnya melanggar semangat Perlembagaan, sebab Raja Berperlembagaan dinasihat oleh Perdana Menteri.”
-Tan Sri Muhyiddin Yassin, 12 November 2007
"Benar Tan Sri, nanti bolehlah Paklah nasihatkan Agong supaya jangan layan memo tu, lagipun Paklah cakap, Agongkan cerdik dan matang pulak tu. Tak begitu Tan Sri?"
-Sperm


“Itu perhimpunan haram Yang Dipertua… itu orang wayar putus yang bercakap (merujuk kepada YB Lim Kit Siang)… mana ada permit untuk adakan perhimpunan raksasa. Kita sokong sami di Myanmar sebab sami di Myanmar ditekan, kerana Myanmar tidak ada demokrasi. Demokrasi dalam negara kita ialah melalui pilihan raya… yang mengheret raja bukan kita (kerajaan), dia (pembangkang) yang heret raja.”
-Datuk Seri Nazri Aziz, 12 November 2007
"Bukan pembangkang yang heret raja, tapi rakyatnya."
-Sperm

No comments: