Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Sunday, November 4, 2007

Tanah Mikro Berjiwa Galaksi




Bebaru nih sperm sempat melepak dengan kenalan lama sewaktu zaman kutu-belahak a.k.a enjoy with freedom to born dan berlangsung lepakan kami di sebuah retoran makanan segera yang agak lembab jua perkhidmatan layanannya di Muatiara Damansara yang dulunya terkenal dengan penemtempatan perkampungan suku-kaum orang asli tetapi sekarang gah dengan pembangunan pesat dan penuh dengan pelbagai pelumbaan pembangunan bangunan mewah.

Pelbagai topic, isu dan rencana diperbualkan dari masalah peribadi, isu peribadi sehingga melarat ke masalah orang lain punya hal.

Isu yang paling menarik kami bualkan sehingga naik mual telinga orang lain pula untuk mendengarnya adalah kisah pemimpin yang meminpin di negara yang terpimpin.

Hargh hargh hargh!!!

Kenalan lama sperm sangat RESPECT dengan tokoh terbilang gemilang cermelang dan lagi temberang ini. Dan sperm kagum dengan pelbagai hujahan yang diutarakan kerana tokoh ini pun sememangnya seorang yang memimpin sebahagian diutara.

Sharp to the F#$*king point. Shahidan Kassim, saper yang tak kenal. Kalau ada winner sperma yang tak kenal pun sekurang-kurangnya pernah mendengar akan suku-kata namanya. Kecermelangan kepimpinannya memang terserlah dengan pelbagai persatuan yang dikuasai beliau. Cakap apa saja sukan yang tak berjaya, memang susah jua untuk percaya jika ia memang sudah berjaya.

Namun sehebat manapun ia tetap ada jua winner sperm yang akan cuba untuk menjatuhkan ia dengan pelbagai skill yang ada.

Terbaru ramai kalangan pemerhati, pengkritik serta penganalisa politik termasuk sperm sendiri pun sebok menghuru-harakan a.k.a mempolitikshitkan kewibawaan yang dibawa oleh Shahidan Kassim.

Shahidan Kassim dihantar ke Negeri Kayangan untuk diangkat sebagai Menteri Besar dan berlaku 'peperangan' di kalangan para penyokong dalam tiga kawasan.

Padang Besar, Kangar dan Arau. Triangle War. Padahal semua sudah sedia maklum sejak beliau dihantar pulang lagi bahawa perang ini pasti tercetus.

Negeri Kayangan sangat bertuah kerna memiliki tokoh yang hebat lagi mantap baik dari segi pentadbiran negeri mahupun persekutuan. Shahidan menjadi Menteri Besar dan ketua bahagian Arau, Azmi Khalid dan Radzi pula menteri persekutuan. Azmi Khalid sebelum melepaskan jawatan beliau adalah ketua bahagian Padang Besar, Radzi Sheikh Ahmad pula bahagian Kangar. Hanya MP Arau Syed Razlan Jamalullail tidak berjawatan dalam pentadbiran.

Jika dilihat dari salah satu sudut dan ia tak perlu dinyatakan dari sudut mana Shahidan jauh mengatasi pemimpin lain dan rakyat Perlis, 'pada amnya' ia senang mendekati rakyat dan agak 'pemurah' sudah pasti tidak berapa mampu ditandingi oleh Azmi Khalid, Radzi Sheikh Ahmad mahupun Syed Razlan dan apatah lagi Sperm sendiri.

Ketidakserasian barisan kepimpinan di Perlis tidak dicanangkan di media tetapi menjadi pengetahuan umum di negeri yang tiada sumber kekayaan itu. Semuanya kelihatan baik dan tiada masalah. Itu adalah gambaran luaran sedangkan di dalam tidak begitu.

Munkin ada yang masih terkenang dengan statment 'konspirasi berunsur fitnah' sebelum piliharaya terkotor 2004 yang keluar dari anak tekak Shahidan sedikit sebanyak menjejaskan kewibawaannya sebagai seorang Menteri Besar.

Beliau bukan sahaja dihentam oleh puak pembangkang malah dari beberapa pemimpin UMNO Kayangan sendiri atas dasar menjatuhkannya dan beliau menamakan mereka dan antaranya Ammar Hasan, Azmi Suboh, Zainuddin Yom, Baharuddin Ahmad dan Bahari Ali.

Puncanya Shahidan dituduh berpakat dengan adiknya Ismail Kassim menggelapkan wang BERNAS, salahguna wang perbendaharaan negeri Kayangan semasa lawatan ke luar negeri dan termasuk membawa keluarganya bersama.

Terbaru pertelingkahan antara Shahidan dan Radzi berkaitan pekerja asing di Perlis. Radzi mengunakan senjata yang keluar dari mulut Shahidan sendiri yang mana Shahidan gemar benor menggukan tenaga tempatan dalam perbagai urusan sedangkan beliau mengajikan beberapa amah. Dan isu tenaga asing ini jua menjadi senjata dari pihak bendera bulan.

Kerusi Shahidan sedang menerima serangan dari pelbagai sudut baik dari luar parti mahupun di dalam parti agungannya sendiri. Manakala Radzi dan Azmi digembar-gemburkan akan dibersarakan oleh Pak Lah. Dan sperm ingin melihat sejauhmana gembar-gembur ini menjadi kenyataan.

Terkenang sejenak dengan kata old-timer winner sperm "tubuh kecil berjiwa besar" tetapi dalam skop ini seperti berubah "Jajahan Mikro Berjiwa Galaksi".

No comments: