Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Saturday, November 10, 2007

Laporan Dari Masa Ke Semasa Wabak Kuning

Laporan Perhimpunan Rakyat Aman Bersih (9.00 AM - 12.00 PM)

Kuala Lumpur, 9.30 am - Sebanyak 20,000 orang sudah berkumpul di Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan Bersih. Jalan-jalan utama Kuala Lumpur sudah disekat oleh pihak polis. Kebanyakan orang berkumpul di Jalan Raja Laut (berdekatan pejabat PAS) dan Pusat Membeli-belah Sogo. Berita selanjutnya akan datang.



Laporan Perhimpunan Rakyat Aman Bersih (12.00 PM - 3.00 PM)

2.00 PM
Pihak FRU telah bermula menggunakan gas pemedih mata dan memancut air kimia atas pihak orang ramai yang berkumpul di Masjid Jamek.
Seramai 6000 orang terkurung di Masjid Negara.
Stesen LRT Masjid Jamek telah ditutup.

2.34 PM
Pihak berkuasa telah bermula mengambil tindakan untuk mentup Pasar Seni dan kawasan Annexe.


Laporan Perhimpunan Rakyat Aman Bersih (3.00 PM - 4.00 PM)

3.00 PM
Orang ramai di Masjid Jamek telah bermula berarak ke Istana Negara.

3.04 PM
Delegasi BERSIH telah bermula berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

1,000 orang telah berkumpul di Bangunan Loke Yew. Orang ramai yang telah berkumpul di Masjid Negara, Masjid Jamek dan Sogo telah bermula berarark ke Dataran Merdeka

3.12 PM
40,000 orang disekat oleh 150 orang FRU di Istana Negara.

3.15 PM
2,000 orang bermula berarak dari Kompleks Pertama.

3.30 PM
Delegasi BERSIH sedang menunggu ketibaan Anwar Ibrahim di pintu pagar Istana Negara.


Laporan Perhimpunan Rakyat Aman Bersih (4.00 PM - 5.00 PM)

4.00 PM
Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Nasharuddin Mat Isa dan Lim Guan Eng telah menyerahkan memorandum kepada setiausaha Yang DiPertuan Agong. Orang ramai yang berjumlah lebih 40,000 orang diminta berundur secara aman.

4.07 PM
Salleh bin Puteh, Anuar Abdul Ghani dan Muhammad Hj Yaakub telah ditangkap oleh pihak polis. Mereka adalah ahli KeADILan dari Pulau Pinang. Sebab ditangkap belum diketahui pada masa ini.

4.15 PM
Suasana di Istana Negara - beribuan orang telah berkumpul :


4.25 PM
Salleh bin Puteh, Anuar Abdul Ghani dan Muhammad Hj Yaakub sedang dibawa ke IPD Hang Tuah.

4.34 PM
Orang ramai dalam perjalanan ke Masjid Negara :


Laporan Perhimpunan Rakyat Aman Bersih (5.00 PM - 6.00 PM)

5.00 PM
Anggaran 29 orang telah ditangkap oleh pihak polis setakat ini dan mereka sedang berada di/dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah.

Terbaru..
Menurut NGO hak asasi Suaram, sebanyak 24 orang daripada 29 orang yang ditahan pagi ini telah dibebaskan. 5 orang masih ditahan polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Jalan Hang Tuah.























p/s=Terima Kasih kepada penyumbang maklumat seperti
  • tvpas
  • harakah
  • SuaraKeadilan

No comments: