Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Sunday, November 4, 2007

Sperm Tetap Berbangga



Jika Seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan salah seorang warga Malaysia melangkah jauh atau diterbangkan jauh ke ruang angkasa adakah ia memang patut dibangga?

Sperm sendiri mengakui bahawasanya sperm sendiri berbangga. Tetapi jika terbongkarnya fikiran diluar kotak fikiran dengan kejayaan sulung ini adakah kita masih lagi berbangga?

Sperm masih berbangga dengan kejayaan berfikiran di luar lingkaran fikiran kotak.

Belum pun sempat Sheikh Muszaphar Shukor menjejakkan kakinya kembali ke Planet Kari opss!!! Maaf salah, Planet Bumi rata-rata blogger baik sepenuh masa mahupun part-time termasuk sperm sendiri mengkritik projek propashit usahasama Russia dan KERAjaan parti pemerintah.

Namun setelah tibanya ia, Sheikh Muszaphar Shukor dengan relanya menyatakan bahawasa beliau sudi menyahut segala kritikan terutamanya setelah beliau digelar 'Pelancong Angkasawan' ke 'Angkasawan Malaysia'.

Syabas Syabas Syabas sperma ucapkan bolehlah kita meraikannya di Night Club Syabas Old Town PJ.

25 juta dolar belanja untuk rakyat malasia ke angkasa, 900 juta dolar itu untuk membeli 18 jet pejuang Sukhoi. Jumlah keseluruhan berapa yarr...?

25 juta dolar
+900 juta dolar
=925 jumlah juta dolar

Sperma bangga kerna dapat menyelesaikan kira-kira M3 a.k.a Matematik walaupun belum dikuatkuasakan dalam Bahasa Inggeris dan turut berbangga kerna ia jua turut diklaskan sebagai satu lagi Projek Mega KERAjaan Parti Pemerintah.

Menurut kajian Hishamuddin Rais pula dalam kajian terbarunya mengenai penghantaran manusia dari negara Malaysia baru-baru ini beliau menyifatkan ia sebagai projek rombongan 3 negara kesuatu destinasi. Belikan tiket dan kemudian naik bas yang dikehendaki dan sementara menanti kepulangannya berhunbung dengan kemudahan yang tersedia dan ceritakan pengalaman sepanjang berada didestinasi.

Tapi pernahkah kita terfikir yang pihak parti pemerintah berhasrat menyertai bidang angkasawan ini. Dan bayangkan jika kesemua jumlah payment yang keluar untuk projek menghantar ke ISS disalurkan kearah membangunkan makmal penyelidikan ruang angkasa seperti di negara besar Rusia dan negara hebat Amerika mungkin Sheikh Muszaphar Shukor benar-benar bergelar Astronout.

2 comments:

Anonymous said...

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani. "



(Surah al-Hujurat ayat 12).

inam kitites said...

Sepotong ayat quran dihantar akan disemat bukan sekadar menjadi peringatan tetapi perlulah disebar dan dikaji setiap huruf perhuruf

terima kasih