Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Sunday, November 11, 2007

Sejauh Manakah Kesedaran Politik Kita Sendiri

Posting ini sperm copy pastekan setelah sperma karang untuk salah satu forum yang sperm sertai. Tujuannya adalah sebagai rujukan setelah diedit oleh admin

SoulID... salam hormat dunia it tanpa batasan. terpanggil atas ulasan yang dimakan umpan. Izinkan aku ulas berdasarkan fakta usulan SoulID (dengan izin Admin).

"jika pilihanraya itu bersih adakah minda rakyatnya bersih? dan adakah pemimpin yang dipilih itu bersih."

Tak kesah apa jua respon negatif mahupun positif dari statment kuno aku ini. Tetapi sebelum aku memanjangkan tarian jariku yang sangat asyik menari diatas keyboard murahan ini tapi ia banyak berjasa dalam dunia it ku sendiri, dan setiap bait kata yang terhasil adalah dari sudut pandangan kritikan.

Sedia maklum telah mengetahui bahawasanya kritikan mempunyai nilai-nilainya tersendiri dan ia jua mampu tergolong dengan 2 tafsiran.

  • kritikan rasional,
  • kritikan kurang rasional,

Terpulanglah kepada pembaca menilainya seperti mana para penonton menilai selepas menyaksikan persembahan teater. Mereka bebas mengulas walaupun ia bercanggah dengan saranan suara hasrat yang ingin diterjemahkan oleh pelakon, pengarah, penulis skrip atau penerbit sendiri dan lain-lain.

Begitu jua dengan penerima kritikan, konsepnya sama dengan yang sedia ada pada pengkritik. Jika golongan ini rasional maka bergandalah hikmahnya, jika tidak bercambahlah api propa-poranda atau propa-berganda.(dengan izin)

Apakah tugas pengkiritik?

Jika dari sudut rasional golongan ini dianggap pembantu dan begitu jualah dari sudut sebaliknya dan jua jika ia dikontrakan.

Tugas pengkritik bukan sekadar mengkritik walaupun sedia maklum itulah tugas besarnya. Selagi ada ruang untuk mengkritik, pasti ia akan menjadikan bahan untuk dikritik walaupun ia tahu ia akan dikritik dengan kritikannya. Itulah tugas pengkritik rasional berbeza pula dengan yang sebaliknya. Ia akan mengkritik selagi mampu mengkritik dan pasti ia akan menjadikan bahan untuk dikritik walaupun ia tahu ia akan dikritik dengan kritikannya. Kadang-kala tak terfikir kesannya kelak.

Jadi dimanakah bezanya?

Ramai di antara kita termasuk aku sendiri kekadang keliru dengan fenomena ini dan itulah sebahagian huraian statment awalku.

Bukan mudah untuk memahami politik apatah lagi jika berpolitik tetapi bagaimana pula jika ia dipolitikan atau kita sendiri terpolitik dan dipolitikkan

Begitu jua dengan senario politik negara kita (dengan izin admin). bukan mudah untuk kita berwacana dengan pelbagai agenda.

Berdasar haluan pengkritik ingin aku ulas pandangan soulID walaupun ia tidak berasas mahupun pandangan aku sendiri tidak berasas.

1.

kata soulID

"Aku bagi pihak penyokong kerajaan dalam topik ni sentiasa mahukan sesuatu yang bersih, adil dan saksama. Usaha hangpa(pihak pembangkang) perjuangkan revolusi untuk menuntut sesuatu yang lebih transparent dalam proses pilihanraya adalah sesuatu yang bagus dan aku hormati. Tapi cara hangpa perjuangkan revolusi itu lebih kepada porak-peranda. Bukan sifat itu yang aku inginkan pada kerajaan yang mahu memimpin bangsa aku -- agama aku -- dan tanah air tempat lahir aku."

Apakah kerajaan hanya memimpin satu bangsa sahaja sehingga mampu bangsanya terbang ke angkasa sedangkan dengan pembelanjaan itu kita mampu membuka bidang baru itu sendiri? (dengan izin) Sudah tentu jawapannya tidak. Jadi mengapa dihighlightkan begitu? Adakah kerna ia satu parti yang dominan, atau adakah kerna ia adalah hasil dari perjanjian 50 tahun dahulu kala? Mengapa harus difikir dengan common revolusi dengan porak-peranda. Rata-rata berpendapat bahawa revolusi pasti chaous, anarkin, cacar-marba, kucalana, kacau-bilau dan pelbagai lagi kaitan yang hampir diterima dengan negatif. Adakah kerna perkataan aman itu sangat kontra dengan chaous, anakin dan pelbagai maka ia dianggap negatif. Bukankah ia boleh dianggap sebagai tindak-balas kimia jika di dalam sainsnya.

Contoh mudah kita lihat kepada golongan yang mengalami penyakit batuk tak berhenti dan ubat batuk. Kerajaan kita gambarkan sebagai tuan tubuh badan itu sendiri. Pepatah melayu pernah menyuarakan "ikut hati mati, ikut rasa binasa" jika tuan tubuh tidak mengawal pertubuhannya maka apakah yang terjadi? pelbagai boleh ditafsirkan. begitu jua dengan ubat batuk, bagaimana jika ia tidak disukat pengunaannya? terpulanglah ubat batuk ini hendak ditafsirkan dengan apa jua label sekali pun. Pengkritik, pembangkang, NGO, NGI seperti aku, rakyat, pengudi hantu atau tidak, pelabor, peniaga atau apajua persepsinya revolusi suatu pekara yang sukar terlaksana.

Betapa teruk pun revolusi ia harus dikaji sedalamnya seperti pahitnya ubat untuk ditelan kerna jika ubat itu manis maka makin ramailah penagih tegar yang terhegeh-hegeh menagih.(dengan izin)

Memandangkan didalam forum ini rata-ratanya penganut agama islam pasti mahir dengan sirah nabawi. begitu jua dengan revolusinya firuan dari zaman awal yahudi (nabi yusof) ke zaman musa begitu jua dengan kaum yahudi dari zaman ya'akob ke zaman ibrahim. begitu jua dizaman jahiliah di era junjungan kita S.A.W

kesimpulannya jika kita menerima dengan positif dan dicampur aduk dengan rasional pasti tiada keburukan.


2.

kata soulID lagi,

"Aku kagum hangpa bersungguh-sungguh bergabung organisasi parti tandatangan memorandum untuk sampaikan pada pihak Duli Yang Maha Mulia. Dan aku juga sedih tengok hangpa yang Melayu sahaja yang dok berarak sampai porak-peranda. Sedangkan dalam memorandum hangpa macam-macam organisasi politik berbilang kaum yang ada. Umpama hangpa(pihak Melayu pembangkang) menjadi peralatan dan medium kepada organisasi kawan hangpa yang ada tujuan yang sama, tujuan memimpin negara -- sepertimana hangpa berani pada pihak berkuasa, seperti itulah hangpa berani biarkan 'duri dalam daging' pada bangsa hangpa -- yang juga bangsa kami -- bangsa kita -- bangsa Melayu."



teliti dan renung gambar diatas dengan ayat diatas

Negara kita berbilang kaumkah? Pastinya bodoh soalan aku. Itulah demokrasi atas pelembagaan yang dicipta sendiri berdasarkan perjanjian 50tahun dahulu dan nyata sangat bebeza dengan hukum yang sepatutnya(dengan izin). Golongan ini bertindak mengikut undang-undang yang dicipta. Di dalam agama khususnya samada agama wahyu atau tidak, sangat melarang jika penganutnya melanggar jika ia mempunyai nilai kebaikan.

Sasterawan terkenal, Usman Awang dalam penulisannya sering mengkritik, mengutuk dan pelbagai reaksi terhadap bangsanya sendiri demi memartabatkan maruah keturunannya. Beliau jua turut dilabel sebagaimana sedia maklum jika melawan arus pedana.(dengan izin)

Kesimpulannya mengapa ada diantara keturunan melayu sendiri dipinggir, ketinggalan, dipandang sayup di bawah dan marilah kita renung dengan dalaman sendiri.

3.

dalam kata soulID

"Pilihanraya bakal menjelang tiba. Hangpa tak boleh pangkah pilih ketiga-tiga parti 'core' politik hangpa. Hangpa kena pilih sama ada parti DAP, parti PAS, atau parti KeADILan. Jika aku diantara golongan hangpa, kalau aku pangkah DAP, sudah tentu aku dapat ekonomi sempurna macam negara Singapura, tapi bukan untuk bangsa aku, dan bukan untuk agama aku. Kalau aku pangkah PAS, sudah tentu aku dapat negara Islam yang mungkin lebih sempurna pada agama, tapi tidak meyakinkan pada masa depan ekonomi negara untuk mewarisi generasi aku, anak-anak aku, dan bangsa aku. Aku juga hampir kagum dengan parti KeADILan, dimana aku ada nampak unsur-unsur masa depan ekonomi negara, ada tempat untuk bangsa aku dan juga agama aku, tapi sayang sekali hangpa(parti KeADILan) tidak gunakan peluang yang hangpa dah ada untuk buat aku terus kagum, bila hangpa hilang kedudukan dan keyakinan daripada mereka(penyokong) di tempat daerah hangpa."

Mengapa rendah sungguh pededahan politik dalam hujah diatas.(dengan izin soulID dan Admin)

Memang benar pengundi tidak dapat memilih lebih dari satu parti jika tidak itulah nama undi rosak. Meminjam kata-kata mantan pedana menteri sewaktu beliau berucap di kelantan sewaktu bila beliau kehilangan pengaruhnya berkata "orang kita(melayu) mengundi tengok pada bendera parti, tidak pada calon parti." (dengan izin)

Banyak huraian yang dapat diulas dan kupasan dari statment mantan PM dan ini adalah salah satu faktor kejayaan besar dan lama bertahan adalah pyschology pengundi.

Parti barisan nasional yang nama asalnya adalah Parti Perikatan. Tercatat dalam sejarah 50tahun dulu sewaktu perjanjian merdeka yang hendak diserahkan dari british kepada bapa kemerdekaan telah menyarankan gabungan 3 parti besar berlandaskan atau mewakili kaum. UMNO, MIC, MCA sehingga pertubuhnya parti perikatan.

Jika dibelakangkan waktu sejarah 10tahun kebelakang yakni 1947 satu revolusi cuba dicetus (hartal). Walaupun berjaya dengan jayanya revolusi ini gagal menghilangkan rasa ego british dimana waktu itu mereka bergelar malayan union, itu pun setelah dibrandingkan untuk memdapat dihati dari rakyat yang berbilang bangsa dari tanah melayu setelah pengunduran jepun. Dan sepatutnya dalam buku sejarah sekolah tertulis bahawasanya Malaya telah awal merdeka yakni 1946 di tangan Dr Burhanuddin al-Helmy yang digelar sebagai golongan haluan kiri oleh british setelah beliau keluar dari PKMM yang mana sewaktu itu PKMM adalah tunjang utama dalam UMNO. Dan umno terus dianggap pro-british dimasa itu.

Kerana apa? Kerana UMNO inginkan merdeka? Yarr memang semua ingin merdeka tetapi UMNO tidak pernah berslogankan merdeka tetapi berslogankan "Hidup Melayu" manakala PKMM yang sering melaungkan "MERDEKA" sehingga pengunduran mereka dari setelah logo keris dimasukkan didalam bendera "sang saka". (dengan izin)

Pernah dengar dengan perlembangaan rakyat? Pernah dengar dengan perlembagaan persekutuan yang terus digunakan hingga kehari ini? Mungkin buku tesk sejarah rendah dan menengah tidak tercatit tetapi itulah antara sejarah politik awal malaysia yang telah dibrandingkan dari nama malaya atau tanah melayu(dengan izin).


Jika kita lihat pilihanraya umum (PRU) 1999 parti pemerintah menang tipis manakala PRU seterusnya meperlihatkan kemenangan besar parti pemerintah.

Ramai pemerhati politik dari dalam mahupun luar berpendapat senario ini berpunca dari DR.M. 1999 BN menang tipis kerana kononnya rakyat telah muak dengan corak pimpinannya setelah berudah pucuk pimpinan yang diserahkan kepada PAK LAH (denga izin) dan selepas itu melihatkan rakyat mula menerima UMNO dan parti kompenen yang lain dengan kemenangan besar BN.

Dari sudut lain jika dikaji, PRU 1999 adalah pilihanraya 1 lawan 1. dimana 3 parti besar pembangkang bergabung dan diberi nama BARISAN ALTERNATIF untuk menentang parti pemerintah BARISAN NASIONAL. Ini menunjukan bahawa parti pembangkang sedar akan kekuat BN dan releven rakyat.

Didalam satu lagi sudut yang berbeza pula membuktikan bahawa didalam penggal itu jua banyak perubahan belaku antaranya kebebasan bersuara, kebebasan media, tahap ekonomi mula terangsang dan pelbagai. tapi sedarkah apa yang terjadi sebelum PRU 1999?

Bukankah negara kita memiliki menara yang berkembar, merana tunggal yang termahsur, tiang bendera yang tinggi melangit, memiliki jambatan gantung antara yang terpanjang dan pelbagai pekara mega yang wujud dikala itu termasuk track lumba yang canggih. Dan waktu negara malaysia memiliki ikon atau mercutanda ini berlaku berita gempar ratusan ribu rakyat turun kejalanraya meluahkan rasa hati. Mengapa?

Kesimpulannya sejauh manakah pendedahan kesedaran rakyat kepada politik baik di bandar malah di luar bandar. Terbaru rakyat mengusulkan kepada pembangkang KERAJAAN BAYANGAN.(bagi yang mengikuti pekembangan pemerhati politik pasti mengetahui kesahnya)

4.

diakhir kata soulID
"Bagaimana harus aku dengar dan fahami tentang perjuangan hangpa(pihak parti pembangkang) di topik ini, yang juga dari kaum satu bangsa, dengan sedikit panjang copy paste, dan hanya ada sepotong huraian saja -- umpama mahukan sirap yang manis, tapi gula kekurangan pula.

"Sirap yang manis tak perlu ditambah gulanya kerna ia adalah racun" kata ungku aziz didalam ruangan utusan malaysia sewaktu negara dilanda krisis gula.

Sirap yang manis jua haruslah dikongsi untuk dinikmati bersama tetapi bancuhlah sendiri untuk mendapat rasa sebenar sirap yang manis. Jika gagal belajarlah apa erti manis kerana pahit jua bolehdikategori manis iaitu sangat manis.

p/s=PRU akan datang mungkin bulan feb. atau mac. dan ini sekadar ramalan bukan untuk pedoman.

No comments: