Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Thursday, May 29, 2008

Telerai Tersimpul

Pulau Batu Putih terlepas, Riot di Bandar Mahkota Cheras,
Mahathir keluar Umno diganti pula dengan Ezam.
Parlimen masuk TV 1/2jam,
Pakatan rakyat dikatakan kejam.
FRU kena langgar kereta polis diam tapi suruh KERAjaan Selangor yang bertindak.
Duit Terengganu hilang berbillion,
Singapore dengan Thailand dah tak boleh beli minyak.
Air free untuk org Selangor tapi pusing dengan duit anak Selangor.
Dulu Umno cakap Pas suka menghukum org umno dengan kata "kafir dan dosa"
tapi bila Islam Hadhari Haram di Selangor
KERAjaan Pusat pulak cakap KERAjaan Selangor berdosa.

Kesimpulannya BN dulunya sering mengajar rakyatnya dengan janji-janji manisnya
sekarang bila dah hilang kuasa meraka mengajar rakyat menagih janji-janji manis.

BARISAN NASIONAL umpama Pengedar Dadah.
RAKYAT MALAYSIA umpama Penagih Dadah.
PAKATAN RAKYAT umpama PEMADAM.

Tuesday, April 22, 2008

Boikot Sangat

Hina Fahaman Islam.. Boikot!!
Hina Ajaran Islam.. Boikot!!
Hina Kepercayaan Islam.. Boikot!!
Tersentuh sensitif islam sikit.. Boikot!!

Sikit-sikit, boikot!!
Sikit-sikit, boikot!!

Boikot, boikot, boikot.

Sedar tak yang Kera-jaan Malay-siaL berkempen dan mengajar rakyatnya memboikot. Boikot itu, boikot ini, sana boikot, sini boikot. Kesudahannya..., Harghammm.. Hangat-hangat taik ayam, kalu tak boikot taik kucing namanya.

FITNA punya pasal sebok nak boikot, kononya islam dihina. Serius ke Kera-jaan ni? Atau nak amek hati rakyat yang hilang yakin dengannya sebelum PAS mainkan isu yang sama.

Jika benar ke-serius-an nya mengapa beriya sangat nak jemput Chelsea lawan kat bola dengan malaysia pilihan. Macam tu ke seriusnya Kera-jaan kita. 2 orang yahudi dalam Chelsea F.C aper citer?

"Alah sperm 2 orang jer, datang pun kerana sukan, bukannya bawak senjata, tak tepesungnya akidah."

ooo macam tu ke..Abis..Buat apa boikot barang Belanda? Tak yah kita sebok boikot semer barang tuh yang melambak dari Perlis sampai larr ke Sabah. Setakat produk dyorang bukannya boleh hitam lidah, gelap mata dan minyak yang kita guna pun pasti tak mengheret kita dari masjid ker gereja.

"Itu lain sperm..kes fitna ni dah membabitkan hal dunia."

Pulak dah? Abis macamana pula dengan kesengsaraan rakyat Palestine? Bukankah mereka dibuli oleh rakyat Israel dan 2 org Chelsea datang dari sana jugak? Atau disebabkan Malaysia tiada kaitan dengan negara Israel dan Palestine kita harus terlepas pandang?

Inikah bukti Malaysia ini negara Islam?

Mengapa Malaysia tidak mengharamkan terus produk dari Belanda dan pulangkan semula? Bukankah itu langkah yang bijak. Barulah nampak tegas tindakannya. Kalau kena bayar denda pun apasalahnya jika satu pengorbanan. Berkorban untuk rakyat sedangkan rakyat sering berkorban untuk negaranya.

Sokong Bukan Erti Kianat

5 tahanan hindraf yang merengkok dalam Ikut Suka Aku harus dibebaskan dengan segera dan bukan itu sahaja kalau boleh hapuskan terus AKTA Ikut Suka Aku dan ini bererti seluruh tahanan perlu dikeluarkan dengan segara.

Dengan jujurnya Sperm akui bersetuju dengan sokongan DAP yang menyokong pembebasan 5 tahanan hindraf walaupun DAP tak penah beriya sewaktu anak MB Kelar-Tey dalam Ikut Suka Aku.

Begitu jualah dengan DEB. Hapuslah segera. Sesegera Mee Segera buat negara China yang binggung dengan Tibetnya yang sebok nak keluar seperti SingaPura keluar dari Malaya.

Bezanya Tibet demokrasi China Komunis dan Singapura Demokrasi Malaya pun sama tapi sekarang Malaysia Demokrasi terpimpin hidung rakyatnya.

Ini tak bermakna Sperm sokong, Sperm mengkianati bangsa sendiri tetapi Sperm hanya menentang kaum MELAYU bangang, baghal, buta-tuli dan seumpamanya

Jika Korang (terutamanya PEKIDA) tidak berpuas hati, PEGI MAMPUS!!!

Thursday, March 27, 2008

Lagi Isu Politik Dalam Dunia Sukan




Natang arr...Politik, Politik jer larr. Uak mender campu aduk ekk.. Natang nguh..

Tuhlah yang bermain dalam fikiran Sperm pada malam minggu baru nih selepas house-mate Sperm infokan yang Chelsea vs Pilihan Malaysia selepas dia tengok Sport-Center versi asia.

"Comfirm tengoknyer nih...hehehe" Sound dari house-mate Sperm, manakala sperm plak hanya mampu tersengeh sinis. Dalam kepala Sperm terbayang satu lagi isu panas bakal jadi sensasi. 2 orang penting dalam Chelsea akan terbabit dalam hal nih.

Dalam penghujung 90-an dunia sukan tanah-air dicampur adukkan dengan politik berikutan dengan kejohanan kriket dunia. Maybe waktu bley dikira kes berat larr kot sebab satu team Israel turun ke Malaysia. Kalu sebut Israel dah tentulah sinonim dengan kaum yahudi.

Okey tuh kisah lama buat apa kita bukak balik.

Jadi timbul persoalan dalam benak Sperm. Benarkah negara kita negara islam? Atau negara kita ni memang negara islam, ISLAM HADHARI. Point Sperm simple jer dan mungkin sebab tu larr kot terjadinya pekara terlepas pandang.

Kalau diikutkan sukan tidak ada kaitan dalam politik dan sukan itu bebas dari politik tetapi sejak kebelakangan ini seakan semakin parah campur-aduk politik didalamnya. Sperm agak kesal apabila pihak FAM seakan tidak prihatin dalam isu ini. Bukan bermaksud Sperm tak berminat dengan pasukan Chelsea atau Anti-Yahudi yang Xtremis tetapi pekara sebegini sepatutnya pihak FAM lebih peka.

Apa gunanya jika belajar keluar luar negeri dan perkahwin dengan orang ternama dan dapat pulak jawatan besar dalam FAM tetapi tak bley pikir pekara sekecil ini. Mungkin ia kecil bila 2 orang yahudi dalam TEAM tetapi jika tidak diteliti dan dikawal pasti ia jadi lebih parah.

Apakah ini dinamakan meraih keyakinan rakyat terutamanya golongan muda yang sudah tidak percayakan barisan KERA-jaan. Dengan kemasukan team Chelsea ke Malaysia Sperm anggapkan sebagai satu lagi taktik mencari pengaruh selepas tsunami politik. Sperm tak berniat nak hampakan ribuan peminat Chelsea di Malaysia tetapi hakikatnya FAM telah mempersendakan dan memperlekehkan satu harapan yang besar kepada sebilangan rakyat Malaysia. Dan bila pakatan pembangkang mendapat isu ini dah pasti ia akan menjadi lebih hangat. Dan dengan itu pasti ramai yang akan cuba menghentam pembangkang dengan isu yang dianggap kecil.

Yahudi bai, yahudi.. Dah tentu peminat Chelsea akan berdelima dengan isu ini. Tetapi sperm tetap berharap Chelsea dapat datang ke Malaysia tanpa 2 orang yahudi ni. lagipun Sperm pasti Pure penyokong Chelsea pun tak kesah kalau 2 orang tak datang.

Friday, March 21, 2008

Fahamlah Aku Mengapa FAM Lemah

Tiket percuma! Tiket percuma!!
Mari mari!!

Fahamlah aku sekarang mengapa FAM sering diterajui oleh golongan kroni dan berkoprat.

BERITA HARAKAH

Kata orang jika kita manjakan rakyat dengan pelbagai kemewahan maka bankraplah KERAjaan. Dan langkah pertama KERAjaan PAS Kedah menjalankan negara berkebajikan dengan "tengok bola Kedah vs Perak free"

Thursday, March 20, 2008

Warna-Warni Politik-Shit MALAY-sia...L

Sperm sangat tertarik dengan keindahan permainan corak politik-shit malay-SIA...L kebelakangan ini. Bermula dari awal 2007 perbagai ulasan, rumusan serta ramalan bermain disana-sini. Corak coretnya bertambah indah dari masa ke semasa, hari ke sehari dan sehingga lah kesaat jari Sperm menari diatas papan kekunci ini pegerakan coraknya tetap indah.

Sukar diterima akal setelah pelbagai tekan demi tekanan KERAjaan terhadap pembangkang sebelum PRU-12 membuahkan hasil. Ditambah pula dengan perang poster yang tak sehangat era Semangat KULI 46 ternyata kurang logik teorinya.

Dengan berbekalkan keyakinan dan beberapa serangan orang penting baik dalam mahupun luar KERAjaan seakan sandiwara atau DEJA-vu beberapa penggal.

1998 merupakan era rakyat berjalan serata bandar Kuala-Lumpur yang mana titik-tolak revolusi Politik-shit Malay-sia...L. Dan pengujung 2007 budaya yang tidak diiktiraf KERAjaan kembali mencuri tumpuan sehingga Pulau Pinang dirampas DAP budaya ini semakin diiktiraf.

1987 adalah zaman yang dikenang sebagai OPS lalang yang mana Hak ketuanan melayu dipertikaikan oleh sesetengah kaum. Dan 20 tahun selepas yakni 2007 menyaksikan DEJA-vunya.
Bezanya jika tahun 1987 kaum Cina bangkit mempertikaikan. Dan disaat itu beberapa kepimpinan muda memainkan peranan sebagai taat setianya kepada parti. Kg Baru hampir menjadi saksi perhimpunan pemuda umno tetapi telah diarahkan batal oleh Pedana Menteri waktu itu.

Begitu jua dengan 2007 yang mana kaum India bangun menuntut hak sebagai warga Malay-sia...L. Jika 1987 terkenal dengan OPS lalangnya 2007 pula terkenal dengan OPS Padam. Seperti mana 1987, tahun 2007 menyaksikan ramai kalangan pemimpin diberkas untuk meredakan pengaruh pembangkang. Cuma bezanya 2007 tidak menampakkan langsung pemimpin dari kalangan KERA-jaan seperti 1987.

PRU-12 pula mirip PRU-8 iaitu 1990 yang mana Be End hanya menang dengan 122 kerusi dari 180 kerusi yang dipertandingkan. manakala 53 kerusi milik pembangkang (20 DAP, 8 S46, 7 PAS dan 4 BEBAS).

Pedana Menteri pada ketika itu dikecam dan diarahkan letak jawatan oleh Pedana Menteri terdahulu serupa dengan situasi sekarang. Dan tahun tersebut juga melihatkan tahun Kelantan milik PAS sehinggan sekarang dan adakah terjadi dengan 5 negeri ditangan pembangkang sekarang?

Corak-Coret ini bertambah serinya selepas PRU-12 selesai parti pemerintah semakin goyah dengan peranan berraja dan keluarlah suara yang menyatakan "Apabila Raja Sudah Beraja". Pemainan tarik-tali antara raja dan kerajaan berterusan untuk membentuk kerajaan. Pada mulanya ia tertumpu hanya di negeri kerajaan rojak dan gagasan DAP namun merebak kenegeri yang sudah lama ditakluk oleh parti pemerintah.

Sehinggalah Sperm menaip pekara merapu ini hanya kerajaan minyak F-1 sahaja yang belum terbentuk kerajaannya tapi jika diikutkan negeri ladang tebu jua tidak bermenteri besar.

Ini ikuti pula dengan Pak Lah mengumumkan Kabinet barunya baru-baru ini. Selepas beberapa nama yang menang dalam PRU-12 gugur dalam senarai kabinet. Timbul isu 30% suara wanita dalam kerajaan hanya indah khabar dari rupa. Belum sempat berbahas dengan isu tersebut keluar pula isu mengapa pula orang yang berpengalaman kalah dengan ibu muda dapat jawatan penasihat.

Adakah kerana ketua pemimpin kanan UMNO tidak tersenarai maka beliau dapat menjawat? Namun disebalik cerita misteri tersingkap pula cerita sebenar mengapa ketua wanita UMNO begitu lama didalam kemnteriannya. Jawapannya mudah. Kerana beliau tidak ada langsung pejabat.

Setelah kementerian dialih portfolionya kepada Muhyiddin Yassin baru Rafidah mencari pejabat barunya yang selama ini tidak bertuan dalam wanita UMNO. Tapi adakah kerana displin Rafidah ke Parlimen pada penggal lalu menjadi punca beliau digugurkan?

Belum sempat persoalan itu terjawab Radzi Sheikh Ahmad pula mengudur dari arena berikutan dakwaan beliau tidak diperlukan. Tetapi ada yang menyatakan beliaulah punca Perlis tak bermenteri besar. Tindakan Radzi Sheikh Ahmad seakan memberi satu lagi tamparan spekulasi untuk Pak Lah. Namun dapat ditangkis pantas dengan perlantikan Adnan Mansor.

Walaupun Adnan Mansor dipilih timbul pula simpulan dengan perletakkan jawatan Radzi Sheikh Ahmad, adakah kerana Adnan Mansor digugurkan dari senarai kabinet baru maka punca beliau dilantik?

Sewaktu ucapan mengangkat sumpah Menteri dijalankan ada pula yang menolak tawaran jawatan. Pak Lah mendiamkan diri.

Seperti biasa tak sempat nak jawab, Kuli timbul memberi amaran awal untuk Pak Lah seperti mana beliau pernah menubuhkan puak pemisah umno dengan semangat 46nya yang kononnya PURE UMNO 1946 sewaktu menentang MAHAthir.

Terbaru Ahli parlimen Serian mengudur diri ekoran namanya tak tesenarai dalam kabinet lantas Be End menghantar ejen perisik untuk mencari bahan kononnya ada warganya dibeli PKR. Dan dengan lantas jua Menteri besar Pulau Pinang menasihatkan Pak Lah buat report Polis jika ia benar.

Inilah pelangi politik-shit Malay-sia...L yang indah dan rupawan. Ini belum lagi kisah DEB namun warnanya sudah cantik.

Wednesday, March 19, 2008

Kabinet Wayang 2008

Sperm agak tidak bersetuju dengan beberapa senarai Jemaah Menteri yang dianggap wayang untuk menyejukkan emosi rakyat. Dalam penggumuman Pak Lah semalam kononnya kabinet yang terbentuk semalam adalah deretan dari pukulan tsunami yang melanda. Tetapi jika diteliti memang ada logiknya namun jika dikaji semula seakan tidak jujur senarai tersebut.

Antaranya Kem. Pem. Usahawan & Kop. (MeCD) dinama Noh Omar telah mengantikan tempat Khalid Nordin seakan tidak wajar beliau diisi. Mana tidaknya, jika benar Pak Lah mengambil iktibar dari PRU-12 yang lepas seakan beliau sedang menipu rakyat untuk penggal kedua. Semua sedia maklum bahawa penggal lepas Noh Omar banyak menimbulkan huru-hara dalam Parlimen dan antara dialognya agak merapu untuk dibentangkan.

Begitu jua dengan Kem. Luar Bandar & Wilayah yang sekarang diterajui oleh Mike Tyson a.k.a Muhammad Muhd. Taib bagi mengantikan Abdul Aziz Shamsuddins yang mempunyai reputasi kerja yang sama dan selari dengan Pak Lah (tidor). Secara kasarnya beliau dilihat releven kerana antara ahli politik yang mempunyai repotasi naik turun dalam arena politik tanahair. Beliau yang mengisi ditempat berkenan dikatakan mampu turun cerok pelusok kampung untuk menyampaikan agenda & infomasi KERAjaan yang lebih tepat dari sebelumnya. Walaupun beliau mempunyai rekod silam yang buruk namun wayang tetap wayang.

Shahrizat Jalil yang tewas di Parlimen Lembah Pantai dan tempatnya di kementerian diambil alih oleh ketua wanita MCA Ng Yen Yen seakan tidak wajar dilantik sebagai penasihat bertaraf menteri. Seakan mempunyai desakan dari wanita umno atau dari mana-mana pihak atas perlantikan Shahrizat. Jika dilihat secara kasar hanya Kem. Pelancongan sahaja yang menampilkan wakil dari wanita UMNO iaitu Azalina Othman Said. Manakala Rafidah Aziz digugurkan sedangkan beliau menang di Parlimen Kuala Kangsar. Mungkin kerana Rafidah sudah berumur 67 tahun dan telah berada didalam kabinet sejak 1986 maka beliau digugurkan. Jadi mengapa Shahrizat dilantik? Dan bagaimana pula dengan sasaran 30% bilangan wanita dalam KERAjaan setelah dalam pengumuman barisan kabinet yang nenurun secara mendadak?

Seterusnya Hisammudin Keris yang dikekalkan dalam Kem. Pelajaran. Antara kementerian yang mendapat pendedahan kes penyelewengan tertinggi tahun lepas dan banyak mengudang konteversi yang hebat. Beliau disifatkan gagal melaksanakan tugas sepanjang beliau menguruskan segala macam hal yang tercetus didalamnya. Dan beliau jua tidak banyak menjawab sebarang persoalan yang timbul berkenaan isu persekolahan. Beliau nampak lebih banyak meluangkan masa berdebat dalam isu perkauman dan politik dari tugasan rakyat. Ramai guru yang mengeloh-kesah Kak Esah atas sikap HisamKeris. Beliau jua dilebalkan melemakan pelajar sehingga kurang ajar dan nasib tenaga pengajar terus terabai tak terbela. Adakah kerna beliau bertanding di Johor yang dikatakan kubu kuat Be End maka beliau terlantik.

Itu antaranya dan kesimpulannya adakah ahli jemaah menteri ini dilantik kerana kekurangan Parlimen yang menang pada PRU-12 baru ini?

Monday, March 17, 2008

Jemaah Menteri 2008

Jumlah jemaah menteri dikurangkan kali ini daripada 90 kepada 68 orang untuk mengisi 27 kementerian daripada 32 kementerian penggal lepas manakala Setiausaha Parlimen dimansukan. Mungkin ini dapat menyelesaikan masalah menteri tak ke Parlimen.

5 Menteri digugurkan dalam senarai antaranya Rafidah Aziz, Adnan Mansor, Radzi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid, Jamaluddin Jarjis, manakala Khairy Jamalauddin tak tersenarai namun Ketua Puteri Umno Noraini Ahmad tersenarai.

Namun dengan tesenarainya hampir separuh muka baru, Sperm tetap kurang bersetuju dengan sebilangan ahli kali ini. Seakan senarai ahli memujuk rakyat yang sedang merajuk.

Dan ini senarai penuhnya:-

Perdana Menteri
: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Razak
Penasihat Khas Bertaraf Menteri: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri : Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri : Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri : Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan : S K Devamany
Timbalan : Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri : Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan : Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Liew Vui Keong
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri : Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri : Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan : Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri : Datuk Hishammuddin Hussein
Timbalan : Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri : Datuk Mohd Shafie Apdal
Timbalan : Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri : Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan : Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri : Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan : Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri : Datuk Seri Najib Razak
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri : Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan : Joseph Entulu Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri : Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN
MASYARAKAT
Menteri : Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan : Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri : Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri : Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri : Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri : Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri : Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri : Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri : Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh

p/s= nota hafalan untuk mereka yang perlu dalam temuduga kerajaan kelak.

Melayu @ UMNO

Selepas PRU-12 rumusan yang kononnya melayu berpecah-belah. Persoalannya, golongan mana yang berpuak atau berpecah-belah? MELA-you atau UMNO?

UMNO Penang sokong PakLah.
UMNO Johor sokong Mukhriz.
Raja Perlis tolak pekenan MB PakLah.
Insitusi Kesultanan Terengganu seakan menolak kelompok UMNO.

Jadi sekarang siapa yang berpuak?

Tahniah untuk Golongan diraja kerna baru nak sebok bercampurtangan dalam politik. Berkuasa jua raja yerk..? Ingat ker selamanya menjadi BONEKA UMNO.

Saturday, March 15, 2008

Untuk siapa harus di pertahankan?


Dulu golongan bukan kerajaan buat demo aman dikatakan haram. Sekarang bila pemerintah kecundang rabak dan mengambil alih tempat pembangkang dikatakan pula mempertahankan hak.

Hak siapa yang nak dipertahankan?
HAK MELA-you (bodoo).

Buat apa nak dipertahankan?
Untuk orang MALA-you larr..

Untuk orang melayukah, untuk perjuang melayukah?
opss silap...untuk orang MELA-you UMNO.

Untuk apa?
Jika tiada lagi DEB, tiada lagilah projek kroni.

DEB untuk rakyat atau pembela rakyat?
Tapi jika tidak untuk rakyat MELA-you dan bumiputra, bagaimana dengan ekomoninya.

Bumiputra mana?
Bumiputra MELA-you.

Bagaimana dengan orang asli, pernah UMNO pikirkannya? Kembalikan tulisan jawi jika mahu pertahankan DEB!!!!
Umno untuk orang MELA-you pak..

So..Haw ebaot tulisan jawi?
Bagaimana pula dengan sikap projek buruk siku?
Begitu jua dengan PTPTN?
Mengapa biarkan mata sepat duduki STPM?
Mengapa biarkan golongan yang tidak dikenali gagal dalam urusan pinjaman niaga?
Mengapa FAM biarkan keris silang dalam logonya?
Kenapa setuju dengan perjanjian penjajah demi merdeka?
Kenapa mahu sempitkan lagi minda MELA-you.

MELA-you moden tapi kekal dengan slogan..
Biar Pape Ase Begaye

Mansuhlah DEB segera biar tepat SLOGANnya!!