Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Wednesday, October 24, 2007

PKK

Ramai dari kalangan teman sperm bertanyakan konsep, fahaman dan haluan blog sperm ni. Ramai jua yang tertanda-tanya dan keliru. Tak kurang jua ada yang menganggap yang sperm nih tak ubah seperti golongan "Berhaluan Kidal", dan ada jua mengelarkan sperm dengan gelaran "Anti-KERAjaan", dan ada jua berpendapat yang sperm nih berfahaman "Komunist".

"Hargh Hargh Hargh" Gelak sinis sperm mendengar segala gelaran yang dianugerahkan dan kalangan rakan teman dan sahabat kawan.

"Apa-apa ajer lah" semua sperm tercengang mendengar jawapan yang menghampakan tapi mereka pasti sperm akan meberi jawapan yang pasti.

"PKK.. Politik Kedai Kopi, atau lebey tepat lagi Sembang Kedai Kopi, kalu nak kauw lagi Warga Kedai Kopi."

Itulah konsep yang pasti dan suasana yang jelas. Dan sperm umpama berjuta pahlawan yang harus berjuang untuk mendapatkan Ovum untuk hasil yang berkuaili demi meneruskan generasi dan generasi seterusnya.

"Kerajaan Setitik Mani"

Whateverr kata awex stailoz Kay-Hell zaman Astro-not-There masa kini.

Sebentar tadi sperm bersama rakan sperm keluar minum malam bersama rakan-rakan GURLznya (nice looking larr). Tapi sebelum tu ada isu menarik di bilik sperm sebelum sperm kuar minum. Sembang politik kalangan rakyat tak seswey dibawa ke kedai minum. Tersenyum aku dengan kata-kata itu. Tapi sebaliknya yang berlaku. Pada mulanya agak kekok untuk sperm menyesuaikan diri dikalangan Gurlz yakni rakan pada rakan sperm. Tapi di akhir perbualan barulah sperm dapat menyesuaikan diri yang sebenar.

Setentunya isu PolitikShitIt. Tapi asasnya adalah sejarah. Tanpa sejarah maka tak wujudnya PolitikShitIt. Walau apa jua pandangannya kami tetap berbingcangkan berkenaan sejarah. Bermula dari sejarah Hitler membawa ke sejarah North Of Korean dan terus lancar menuju kearah asal-usul melayu dan melencong ke arah sejarah tanah semenanjung yang kini diberi nama MALAY-sia....L.(L--->Luck)

Banyak pekara yang disentuh dan tak perlu diutarakan ke tanah utara kerana ia sembang kedai kopi. PKK, POLITIK KEDAI KOPI.

p/s=PKK Pengkritik Ketelanjuran Kerajaan

Tuesday, October 23, 2007

Tahniah Untuk Astro-Not



Dr Sheikh Muszaphar Shukor..
tahniah untuk anda setelah berjaya menjejakkan kaki semula ke bumi yang nyata. macammana dengan misi anda kesana. berhasil? berjaya? sempat ker? yerlar tempoh anda kesana pun agak sekejap. dapatkah apa yang anda cari disana? atau anda ketemui sesuatu disana? jangan bawak balik virus dah larr..(sebab baru lepas tgk citer Species jadik pengaruh barat masih meletak kat otak nih)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad..
tahniah untuk anda jua kerna sudah berjaya keluar dari IJN dan tahniah jua untuk projek astro-not pertama warga "MALAY-SIA....L" dengan kos pembelanjaan beberapa ketul jet dari RUSSIA...L projek ini berjaya terlaksana di peringkat awal.

Malaysia..
tahniah jua diucapkan kerna berjaya menghantar wakil islam kesana dan menjadi kebanggaan hampir seluruh negara islam yang lain..

Moga dengan misi ini tidaklah Dr Sheikh Muszaphar Shukor digelar pelancong angkasawan dan dengan misi ini jua tidaklah kian sepi dengan pelbagai isu lain seperti "Siapa yang bakar bendera di Batu Buruk?" "Siapa yang menjadi dalang pembunuhan warga Mongolia?" "Siapa yang mendedahkan video LINGAM?" "Siapa yang menjadi punca penyalahgunaan dana kerajaan dalam kementerian?" "Siapa yang sebenarnya mempunyai kabel kuat dalam LPKP sampai matinya 20 org dalam kemalangan bas?" dan banyak lagik...

Tuesday, October 2, 2007

Samy Vellu Idola Ku


tol..
isu tol memang isu lapuk..protes lar macam manapun..boikot larr macam manapun..kalu si OTAI JKR berkata, maka ia lah ia terjadi..begini ker caranya membina MALAYSIAku GEMILANG?

OTAI JKR bagitau apasal tol kena naek
"berdasarkan perjanjian, pemilik konsesi berhak menaikkan harga tol" atas alasan "sekiranya pemilik konsesi tidak dibenarkan menaikan harga tol maka kerajaan terpaksa menggunakan wang negara"

SOKLAN:-
"siapa yang membuat perjanjian bodoh yang jelas berat sebelah ini? Maknanya syarikat kapitalis ini lebih berkuasa dari MALAYSIA yang lemah ini"

"atau ini adalah satu usaha terancang untuk menutup kelemahan dan amalan korupsi rompakan wang negara?"

taun ini pemegang kosesi terbesar lebuh raya di Malaysia, telah 'mengalami' keuntungan sebanyak RM583 juta untuk separuh tahun 2007 (Januari-Jun 2007) berdasarkan rekod keuntungan ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun berdasarkan pertambahan jumlah kenderaan.

aku tak pikir MALAYSIA boleh rugi sebab saban hari ader jer keter baru kuar dari kedai PRO2 mahupun PROton tapi kononnya MALAYSIA tak mampu sebab dah termaktub dalam perjanjian..weih saper larr yang buat perjanjian bodoh nih..

jom kita flashback sekitar hujung taun 90-an sebab waktu tuh malaysia dilanda krisis ekonomi..

waktu tu MALAYSIA kena membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk menyelamatkan Kumpulan Syarikat UEM-Renong terutamanya Projek Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) melalui Khazanah Nasional yang kini secara efektif memegang ekuiti PLUS sebanyak 69 peratus dan disebabkan 'bail out' nilah rakyat MALAYSIA menderita sehingga kini dan selamanya mungkin.

maknanya setiap kali membayar tol kita bukan sahaja membayar harga menggunakan lebuh raya tetapi kita turut tolong membayar hutang 'bail out'.
pemurahnya BANGSA MALAYSIA ini ya. bangga plak aku jadik BANGSA MALAYSIA.

MALAYSIA akan pukul canang kadar kenaikan dan kemudian akan pukul canang lagi 'dengan penuh rasa keprihatinan' bahawa MALAYSIA sanggup berkorban untuk tidak menaikkan (atau menaikkan separuh) kadar tol tetapi MALAYSIA berkorban dengan membayar sejumlah bilion Ringgit Malaysia kepada pemegang konsesi sebagai pampasan

Ringgit Malaysia yang dibayar ialah datangnya dari belanjawan negara dan yang lebih rugi ialah rakyat MALAYSIA TIMUR yang terpaksa melalui jalan yang teruk setiap hari tapi wang diorang secara tidak langsung turut dirompak melalui belanjawan negara.

Wednesday, September 26, 2007

Berjalan Untuk Keadilan

Lebih 1000 peguam berarak menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja. Tahniah Sperm ucapakan kepada mereka yang hadir dan memberi sokongan dengan bertemakan "Walk For Justice".

Hampir kesemua Pintu dan jalan masuk ke Putrajaya dikawal rapi oleh pihak berkuasa namun pearakan aman ini tidak menjejaskan mesej yang hendak disampaikan.

Pelbagai Banner dan slogan dilaungkan dan tetera seperti "We Want Justice" "Rakyat Hakim Negara" "Bersihkan Badan Kehakiman" dan tak ketinggalan ada jua yang inginkan ketua hakim negara dipecat.

Terfikir sejenak Sperm sewaktu menanti detik awal perarakan dibawah sinaran matahari terik Ramadhan, bukankah isu tuntutan Suruhanjaya Bebas diwujudkan telah lama dilaungkan dan akhir sekali seingatan Sperm sewaktu tragedi berdarah Batu Buruk dan mengapa sekarang Najib mengakui penubuhannya?

Didalam catatan akhbar Berita Harian 26hb. 09 2007 Najib menyatakan pihaknya akan menubuhkannya tapi bukan atas desakan mana-mana pihak.

Serahan memo siang tadi diakhiri dengan suasana hujan lebat bagaikan simbolik yang harus dirungkai oleh semua pihak.

Sewaktu Sperm hadir ke pehimpunan ini Sperm tertinggal sesuatu..Kamera Digital..aduhh...macam mana boleh lupa nih!! Tapi nasib la produk Norway menjadi penyelamat walaupun tak seberapa kualitinya














Saturday, September 22, 2007

Tuesday, September 18, 2007

Akulah Pembakar Bendera

Jika benar polis itu telus dan tak berpihak dengan mana-mana parti aku rela mengaku secara terbuka.


bendera kita dipijak tetapi tiada ulasan dari kerajaan

pejuang babi menghempas bendera kita pun tiada ulasan dari media

ni pun jalur gemilang? kalu bukan takpa, dan boleh aku bakar. jika ia mengapa gantung setengah tiang dan banyak terdapat di PUTRAJAYA.

si aida.. pernah feymous dulu berkemban dengan bendera kita dan tiada sebarang tindakan.

Friday, September 14, 2007

Perdagangan Antarabangsa & Industri VS Belia Dan Sukan


vs


Baru-baru ini sperm terdengar ucapan dari Najib Razak berkenaan salahguna dana. Mulanya sperm membayangkan ia pasti satu penemuan menarik. Pendedahan demi pendedahan terbongkar sehingga antara yang tertinggi Kem. Pelajaran & Kem. Belia Dan Sukan (KBS). Wow!! Hebat!! Terpikir sejenak sperm. Apakah ini tandanya jatuhnya 2 tokoh muda iaitu Hishamuddin dan Azalina? Tapi mengapa? Puas sperm berfikir mengapa sehingga sperm terpikir bukankah KBS itu pernah diteraju oleh Hishamuddin sebelum Azalina? Tapi sperm bayangkan ia adalah alasan untuk Azalina berdalih.

Azalina yang pernah lantang bersuara dan mencari pengaruh melalui perang siber dengan gelaran CYBERTROPP bagaikan terbelit dengan getah lengan mainan orang lama.Kerana tak lama dari arahan Najib untuk siasat mengapa ia terjadi tetiba jer sorang makcik nih yang dulu riuh dengan AP nya muncul menbuat kenyataan. Rafidah Aziz muncul dengan garang dan dengan lantang menyerang dengan menggunakan isu ini dalam sidang akhbar dan tersiar di TV3. Bukankah satu ketika dahulu Dua lagenda ini pernah tergugat (Najib & Rafidah).

Ketepikan kenangan silam, buang yang keruh kaji yang jernih. Persoalannya sekarang mengapa beliau menyerang KBS tapi tak pula Kem. lain. Adakah stratigi yang pernah melibatkan Siti Zaharah berulang kembali? Atau dendam politik dalaman sehingga wujudnya Puteri Umno yang hampir mengugatkan kerusinya.

Ramai tahu tentang tujuan Rafidah membelasah Azalina pasal isu perbelanjaan dalam KBS tapi janganlah keterlaluan sangat. Rakyat melihat dan menilai siapa Rafidah? Sehingga sekarang pun Rafidah tidak menyiasat dakwaan politik wang membabitkan Faridah dan Seripah Noli padahal Rafidah tahu wujud amalan itu dalam pergerakan ini? Kenapa Rafidah tidak siasat siapa yang menaja perbelanjaan rombongan Wanita pergi ke Korea dan Umrah? Ramai tahu Rafidah benci budaya meminta-minta dalam Wanita UMNO tapi kenapa dok diam atau tutup mata bila melibatkan Penolong Setiausahanya? Adakah Rafidah sendiri membenarkan Penolong Setiausahanya membawa rombongan wanita ke luar negara dan sebagainya? Atau Rafidah terpaksa membenarkan Penolong Setiausahanya berbuat apa sahaja kerana Faridah tahu segala rahsia Rafidah.

Semoleknya usahlah Rafidah terus menyentuh isu rumahtangga KBS dan biarkan siLesbian menyelesaikan masalahnya. Jika silesbian naik atas restu Paklah pun simakcik kena sedar bahawa puteri umno perlu dilayan sama seperti wanita umno atau dengan kata lain layanan yang harus diberikan bukanlah seperti anak-anak tetapi seperti "MADU".

Sunday, September 9, 2007

FRU Rakyat Babi

FRU Rakyat Babi...(FRU, Rakyat dan Babi)

3 perkataan yang nak sperm sentuh kali ni.. semalam sperm difahamkan belaku kekecohan di Batu Buruk Terengganu. Pertembungan antara Puak FRU dan orang awam. Khabarnya kekecohan timbul pabila pentas khas untuk ceramah umum diganggu dan hendak diobohkan oleh pihak tertentu.

Gas pemedih mata turut memainkan peranan serta peluru hidup dan semburan water canon sebagai pelakun tambahan. Khabar angin turut bertiup kencang menyatakan 2 insan tercedera parah dan masih dalam rawatan hospital.

Turut terbabit dalam kejadian malam semalam adalah jalan raya yang kononnya punca kemarahan rakyat. Mana taknya, nak balik ke rumah sendiri pun tak boleh sebab jalan dah ditutup dengan papan kenyataan polis pihak FRU.

Kalau diikut rencana Malaysia minggu ini yang membabitkan pihak polis & FRU satu fenomena unik timbul. Di Melaka contohnya baru-baru ini polis tidak bertindak keras terhadap pemternak babi Melaka malah berundur.

Semalam pihak polis terbabit dalam kekecohan dan hari ini Najib Razak menyatakan pihak polis boleh bertindak keatas semua parti termasuk UMNO, MCA dan MIC atau semua parti kompenen KERAjaan.

Soalan!!
Mengapa menteri pertahanan perlu menyatakan demikian? Kenapa tidak ketua polis negara?
Adakah kerna Najib adalah menteri pertahanan maka beliua harus berkata sebegitu? Bukankah itu tandanya polis dibawah kuasa KERAjaan? Dan adakah polis tidak dapat arahan dari KERAjaan untuk bertempur dengan babi kerna takut kena samak atau takut dengan tauke babi tu sendiri?

Sperm tetap berdendam dengan pihak polis. Pada sperm mereka bukan Polis Di Raja Malaysia tapi Polis Raja Di Malaysia. Sperm takkan berdiam diri. Kau ibarat Kondom yang menghalang Sperm dan rakan-rakan untuk menghampiri Ovum.

Saturday, September 8, 2007

Secebis Fakta 50 Tahun Malaysia (Bhg ii)

Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan, Membebaskan Malaya dari cengkaman penjajah.

Apakah ia benar?

Mungkin benar kerana Sperm belum lagi wujud dikala itu. Tapi Sperm tetap menyatakan ia palsu. Sejarah sebenar telah membuktikan bahawa Tunku mendapat kepecayaan dari British untuk dimerdekakan.

Kenapa begitu jadinya?

kononnya british takut dengan Kominis (PKM).

Bohong!! Dusta!!

Sejarah sebenar jua telah membuktikan British gentar parti yang digelarnya "HALUAN KIDAL". Jika tidak kerana desakan haluan ini mungkin Tunku tak bergelar "Bapa Kemerdekaan".

Tuesday, September 4, 2007

Secebis Fakta 50 Tahun Malaysia

Pejuang seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Baharuddin Abdul Latif, Dr Zulkifli Muhammad dilabelkan sebagai golongan berhaluan kiri.

Yang melabelkan mereka sebagai golongan 'kiri' adalah pihak penjajah sahaja, jadi janganlah kita terpengaruh dengan tindakan yang telah dibuat oleh penjajah.