Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Friday, November 9, 2007

Apa Bezanya?

Wahai adikku, Kau sudah pandai berfikir.

"Abang..," sapa adikku dan aku berpaling kearah kelibatnya.
"Apa beza Politik Wang, Rasuah, Komisen dan Pecah Amanah?" tanya adikku sambil merenung kembali surat khabar di tangannya.

Wabak Kuning Di Kuala Lumpur

10hb Nov. 2007 Wabak demam kuning melanda ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Bermula dari Dataran Merdeka dan terus melarat atau menyusuri ke Jalan Istana bersama beberapa helaian memo revolusi. Sperm rasa terpanggil untuk mempertuakan langkah berjaga-jaga sewaktu Wadak Kuning melanda kelak.



Perkara yang perlu anda sediakan sepanjang wabak kuning:

• Pakaian atau riben, topi, arm band berwarna kuning.
• Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
• Kad pengenalan.
• Air mineral, sedikit makanan atau gula-gula.
• Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
• Kain tuala kecil untuk lap peluh atau tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
• Payung kecil untuk elakan hujan atau cuaca panas.
• Lampin, jika bawa anak.
• Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
• Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama & no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
• Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di himpunanrakyat@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.


Pantang larang sewaktu Wabak Kuning:

• Jangan bawa sebarang bendera atau logo parti atau organisasi anda bagi NGO.
• Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
• Jangan bawa terlalu banyak wang atau barang yang tidak perlu.
• Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
• Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti molotov cocktail dan mercun.
• Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
• Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
• Jangan bawa anak-anak yang berumur 5 tahun ke bawah bagi mengelakan sebarang masalah.


Perkara yang perlu anda lakukan

Sebelum Wabak Kuning (perhimpunan):

• Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
• Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
• Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
• Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini.
• Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi.
• perhimpunan. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
• Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
• Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
• Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
• Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, Pasar Seni atau Masjid Negara.
• Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
• Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian
• Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke arah Dataran Merdeka.
Semasa Perhimpunan dan perarakan
• Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, Pasar Seni atau Masjid Negara) dan berarak beramai-ramai ke Dataran Merdeka.
• Ikutilah arahan dari Unit Amal atau pimpinan BERSIH sepanjang program.
• Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan.
• Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di himpunanrakyat@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
• Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
• Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
• Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
• Elakkan mencerca atau memaki hamun semasa perhimpunan berlaku.
• Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
• Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
• Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
• Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
• Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
• Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
• Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan.


Selepas Wabak Kuning (Perhimpunan):

• Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
• Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
• Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
• Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di himpunanrakyat@yahoo.com.
Apa anda perlu buat jika Polis buat provokasi dan serbuan.
• Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
• Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila Polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
• Duduk jika pimpinan arahkan.
• Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
• Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan Polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.



Apa yang anda perlu buat jika ditahan Doktor Jalanan (polis)

• Jangan banyak cakap dengan Polis. Diamkan dan tenangkan diri.
• Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
• Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
• Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawapan yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
• Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yan sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut.
Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
• Minta berjumpa dengan penguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar Balai jika anda ditahan.
• Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah.
• Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi Polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
• Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
• Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.



Apa yang anda buat selepas dibebaskan dari wabak kuning:

• Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
• Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
• Ceritakan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
• Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
• Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
• Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
• Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
• Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
• Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
• Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

p/s= Kuning vs Biru Tua

Tuesday, November 6, 2007

Persidangan Umno 2007


Copy Paste dari http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=Kartun


Bermula dari 5hb Nov. 2007 dan berakhir sehingga 9hb. Nov 2007 segala idea, perbentangan perbahasan penghuraian, pergulungan dan pelbagai lagi per-dan-an akan diketengahkan bagi membentuk dasar-dasar baru serta membaiki dasar-dasar kuno dan pelbagai dari 4 bahagian bermula dengan pucuk pimpinan, pemuda, wanita dan putri umno mereka bersatu bersama agendanya.

Semoga ia berjaya langsungannya tanpa sebarang gangguan dari segi fizikal, mental, zahir mahupun batin serta gangguan seksual dan jua PM tidak terus menguap dan menjadikan ia sebagai tempat yang paling nyenyak tidor.






Sunday, November 4, 2007

Tanah Mikro Berjiwa Galaksi




Bebaru nih sperm sempat melepak dengan kenalan lama sewaktu zaman kutu-belahak a.k.a enjoy with freedom to born dan berlangsung lepakan kami di sebuah retoran makanan segera yang agak lembab jua perkhidmatan layanannya di Muatiara Damansara yang dulunya terkenal dengan penemtempatan perkampungan suku-kaum orang asli tetapi sekarang gah dengan pembangunan pesat dan penuh dengan pelbagai pelumbaan pembangunan bangunan mewah.

Pelbagai topic, isu dan rencana diperbualkan dari masalah peribadi, isu peribadi sehingga melarat ke masalah orang lain punya hal.

Isu yang paling menarik kami bualkan sehingga naik mual telinga orang lain pula untuk mendengarnya adalah kisah pemimpin yang meminpin di negara yang terpimpin.

Hargh hargh hargh!!!

Kenalan lama sperm sangat RESPECT dengan tokoh terbilang gemilang cermelang dan lagi temberang ini. Dan sperm kagum dengan pelbagai hujahan yang diutarakan kerana tokoh ini pun sememangnya seorang yang memimpin sebahagian diutara.

Sharp to the F#$*king point. Shahidan Kassim, saper yang tak kenal. Kalau ada winner sperma yang tak kenal pun sekurang-kurangnya pernah mendengar akan suku-kata namanya. Kecermelangan kepimpinannya memang terserlah dengan pelbagai persatuan yang dikuasai beliau. Cakap apa saja sukan yang tak berjaya, memang susah jua untuk percaya jika ia memang sudah berjaya.

Namun sehebat manapun ia tetap ada jua winner sperm yang akan cuba untuk menjatuhkan ia dengan pelbagai skill yang ada.

Terbaru ramai kalangan pemerhati, pengkritik serta penganalisa politik termasuk sperm sendiri pun sebok menghuru-harakan a.k.a mempolitikshitkan kewibawaan yang dibawa oleh Shahidan Kassim.

Shahidan Kassim dihantar ke Negeri Kayangan untuk diangkat sebagai Menteri Besar dan berlaku 'peperangan' di kalangan para penyokong dalam tiga kawasan.

Padang Besar, Kangar dan Arau. Triangle War. Padahal semua sudah sedia maklum sejak beliau dihantar pulang lagi bahawa perang ini pasti tercetus.

Negeri Kayangan sangat bertuah kerna memiliki tokoh yang hebat lagi mantap baik dari segi pentadbiran negeri mahupun persekutuan. Shahidan menjadi Menteri Besar dan ketua bahagian Arau, Azmi Khalid dan Radzi pula menteri persekutuan. Azmi Khalid sebelum melepaskan jawatan beliau adalah ketua bahagian Padang Besar, Radzi Sheikh Ahmad pula bahagian Kangar. Hanya MP Arau Syed Razlan Jamalullail tidak berjawatan dalam pentadbiran.

Jika dilihat dari salah satu sudut dan ia tak perlu dinyatakan dari sudut mana Shahidan jauh mengatasi pemimpin lain dan rakyat Perlis, 'pada amnya' ia senang mendekati rakyat dan agak 'pemurah' sudah pasti tidak berapa mampu ditandingi oleh Azmi Khalid, Radzi Sheikh Ahmad mahupun Syed Razlan dan apatah lagi Sperm sendiri.

Ketidakserasian barisan kepimpinan di Perlis tidak dicanangkan di media tetapi menjadi pengetahuan umum di negeri yang tiada sumber kekayaan itu. Semuanya kelihatan baik dan tiada masalah. Itu adalah gambaran luaran sedangkan di dalam tidak begitu.

Munkin ada yang masih terkenang dengan statment 'konspirasi berunsur fitnah' sebelum piliharaya terkotor 2004 yang keluar dari anak tekak Shahidan sedikit sebanyak menjejaskan kewibawaannya sebagai seorang Menteri Besar.

Beliau bukan sahaja dihentam oleh puak pembangkang malah dari beberapa pemimpin UMNO Kayangan sendiri atas dasar menjatuhkannya dan beliau menamakan mereka dan antaranya Ammar Hasan, Azmi Suboh, Zainuddin Yom, Baharuddin Ahmad dan Bahari Ali.

Puncanya Shahidan dituduh berpakat dengan adiknya Ismail Kassim menggelapkan wang BERNAS, salahguna wang perbendaharaan negeri Kayangan semasa lawatan ke luar negeri dan termasuk membawa keluarganya bersama.

Terbaru pertelingkahan antara Shahidan dan Radzi berkaitan pekerja asing di Perlis. Radzi mengunakan senjata yang keluar dari mulut Shahidan sendiri yang mana Shahidan gemar benor menggukan tenaga tempatan dalam perbagai urusan sedangkan beliau mengajikan beberapa amah. Dan isu tenaga asing ini jua menjadi senjata dari pihak bendera bulan.

Kerusi Shahidan sedang menerima serangan dari pelbagai sudut baik dari luar parti mahupun di dalam parti agungannya sendiri. Manakala Radzi dan Azmi digembar-gemburkan akan dibersarakan oleh Pak Lah. Dan sperm ingin melihat sejauhmana gembar-gembur ini menjadi kenyataan.

Terkenang sejenak dengan kata old-timer winner sperm "tubuh kecil berjiwa besar" tetapi dalam skop ini seperti berubah "Jajahan Mikro Berjiwa Galaksi".

Sperm Tetap Berbangga



Jika Seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan salah seorang warga Malaysia melangkah jauh atau diterbangkan jauh ke ruang angkasa adakah ia memang patut dibangga?

Sperm sendiri mengakui bahawasanya sperm sendiri berbangga. Tetapi jika terbongkarnya fikiran diluar kotak fikiran dengan kejayaan sulung ini adakah kita masih lagi berbangga?

Sperm masih berbangga dengan kejayaan berfikiran di luar lingkaran fikiran kotak.

Belum pun sempat Sheikh Muszaphar Shukor menjejakkan kakinya kembali ke Planet Kari opss!!! Maaf salah, Planet Bumi rata-rata blogger baik sepenuh masa mahupun part-time termasuk sperm sendiri mengkritik projek propashit usahasama Russia dan KERAjaan parti pemerintah.

Namun setelah tibanya ia, Sheikh Muszaphar Shukor dengan relanya menyatakan bahawasa beliau sudi menyahut segala kritikan terutamanya setelah beliau digelar 'Pelancong Angkasawan' ke 'Angkasawan Malaysia'.

Syabas Syabas Syabas sperma ucapkan bolehlah kita meraikannya di Night Club Syabas Old Town PJ.

25 juta dolar belanja untuk rakyat malasia ke angkasa, 900 juta dolar itu untuk membeli 18 jet pejuang Sukhoi. Jumlah keseluruhan berapa yarr...?

25 juta dolar
+900 juta dolar
=925 jumlah juta dolar

Sperma bangga kerna dapat menyelesaikan kira-kira M3 a.k.a Matematik walaupun belum dikuatkuasakan dalam Bahasa Inggeris dan turut berbangga kerna ia jua turut diklaskan sebagai satu lagi Projek Mega KERAjaan Parti Pemerintah.

Menurut kajian Hishamuddin Rais pula dalam kajian terbarunya mengenai penghantaran manusia dari negara Malaysia baru-baru ini beliau menyifatkan ia sebagai projek rombongan 3 negara kesuatu destinasi. Belikan tiket dan kemudian naik bas yang dikehendaki dan sementara menanti kepulangannya berhunbung dengan kemudahan yang tersedia dan ceritakan pengalaman sepanjang berada didestinasi.

Tapi pernahkah kita terfikir yang pihak parti pemerintah berhasrat menyertai bidang angkasawan ini. Dan bayangkan jika kesemua jumlah payment yang keluar untuk projek menghantar ke ISS disalurkan kearah membangunkan makmal penyelidikan ruang angkasa seperti di negara besar Rusia dan negara hebat Amerika mungkin Sheikh Muszaphar Shukor benar-benar bergelar Astronout.

Thursday, November 1, 2007

Perhimpunan Rakyat

  • Dataran Merdeka dan berarak ke Istana Negara.
  • 10hb. Nov. 2007 (Sabtu).
  • Pernyertaan adalah percuma (bagi yang datang berjalan kaki) & terpulang kepada yang menaiki kemudahan awam berapa tiket kena bayar.
  • Jam 3.00 Petang waktu semenanjung Malaysia.





Monday, October 29, 2007

Pak Lah Dengan Islam Hadharinya


Tidor itu sunnah.

Sebut Islam Hadhari pastinya wajah Pak Lah terbayang di fikiran. Sebut nama Pak Lah pula sudah semestinya agenda Islam Hadhari terpapang jua di benak fikiran Rakyat jelata MalaySia....L.

Sejauh manakah agenda yang dibawanya? Jauh juga agendanya dibawa, promosi agendanya dibawa, diusung dan ditandu keserata pelusuk wilayah jajahan "Party Perikatan" a.k.a "Bee Ant" termasuk dalam wilayah seterunya sendiri "Kelar Tei" yang diambil dari cerita dongeng rakyat Stoner a.k.a Wenger.

Terbaru di Terengganu umpamanya Majlis Khatam Al-Quran, KERA-jaan bakal generasi Ulul Albab mencanangkan yang KERA-jaanya melahirkan hampir +/- 1000 insan khatam Al-Quran.

Bila ditanya "apa dia khatam al-quran?"
Dan jawapannya, "kenal huruf dan baris"
Hebat betul idealogi KERA-jaan Ulul Albab yang bakal menjadi generasi yang terhebat kelak "insya-allah" dan akhirnya mendapat pengiktirafan "MALAYsia...L Book Of Record" Takkah hebat tuh.

Dalam agendanya jua terusul nilai-nalai kesederhanaan dan ini bersesweianlah dengan tema Islam Hadharinya. Manataknya, kelembaban ekonomi semakin meruncing sepanjang talukannya. Tetapi program terbaru beliau, melaksanakan ECER menimbulkan konterversi KUnoo dikalangan pemerhati POLITIKshit termasuk agenda sebelumnya WPI di Johor dan banyak lagi.

Hebat.. Projek Mega-Mendung dengan peruntunkan berbillon-billon dalam beberapa projek di dalam beberapa tahun pemerintahannya dan termasuk kenduri kahwinnya sendiri.

ECER yang baru terlancar di Kelantan baru-baru ni dicanangkan bukanlah isu Politik dan diharap tidak dijadikan agenda politik tapi tidak dihighlitekan sebagai agenda utk 'pengkritik'. Namun rata-rata pemerhati melihat ia sebagai senjata meraih undi PILIHANRAYA UMUM yang bakal muncul. Seluruh rakyat dapat melihat bagaimana eratnya gaya salaman 2 pimimpin yang berlainan fahaman politik dalam pelancaran tersebut. Tetapi jika dihalusi, ucapan siapa yang dapat kita dengar secara telus, terbuka dan adil.

Segmen Selamat Pagi MALAYsia....L edisi 30hb Okt. 2007 sebagai contoh telalu kerap menekan penemuan 2 tokoh ini tidak dipropapolitikkan tapi ia tetap dipropapolitikkan oleh RTM. Begitu jua segmen sebelum SPM iaitu Warta 7 di mana penghujungnya adalah ulasan akhbar hari ini jua mempropapolitikkan isu ini. Inikah Islam Hadhari sebenar?

Dalam ruangan tersebut dinyatakan kononnya KERAjaan tidak memilih fahaman untuk membangunkan rakyat walaupun di Kelantan. Tetapi pengantaranya sering mengingatkan penonton yang Kerajaan Kelantan (PAS) sering mengutuk dan mencerca KERAjaan Pusat.

Tak ubah seperti ayat "saya ikhlas cakap saya ni ikhlas"

Dalam Skop Islam hadhari jua menyatakan keharmonian dan kemakmuran, termenung sejenak sperm......

Harmonikah MALAYsia...L ini?
Makmurkah MALAYsia...L ini?
Aman damaikah MALAYsia...L ini?

Terbaru misalan, Pak Lah emo dengan kes kematian pegawai polis dalam kejadian tembak-menembak di Sg. Buluh.

Mengapa ia terjadi?

Sebelum tu kecoh satu Tanah Melayu yang dibrandingkan sehingga kenama MALAYSIA dengan kes NURIN JASLIN. Sehingga sekarang ia tak ubah seperti tajuk cerita "Never Ending Story" FBI telah dipanggil untuk jalinkan usaha KERjaSAMA namun tiada sudahnya. Macamnam nak berkesudahan kes Cilok Micro-cip kat gudang Penang pun tak tau ceritanya inikan pula kes tebaru apatah lagi kes bunuh berprofile tinggi.

Tak tau lar pulu kalu dalam Kontesk Islam Hadhari tidak menyetuh isu rasuah. Tapi seluruh pengundi termasuk pengundi hantu tahu yang Pak Lah pernah mencanangkan untuk membantu beliau dalam masalah rasuah. Tapi dari kanta mata sperm Pak Lah tak bersungguh menbenterasnya, apatah lagik membendungnya. Nak menghalang, hahaha lagi lah payah.

Pada awal pentadbirannya memang nampak kesungguhannya memerangi gejala ini sehingga teseretnya Ahli Maljils Tertingginya yang beri/ckan org Melaka dan ketelusan lembaga mahkamah menjalani keadilan sebenar. Namun dipenghujung penggal lain plak ceritanya. Pelbagai pendedahan rasuah timbul tapi tak didakwa. Nak kata tak cukup bukti, ada pula pihak menghulur bukti, tak dilayannya plak..da tuh camner...?

Tak cukup dengan tu dirojakkan pula dengan isu Video V K LINGAM. Jika benar Pak Lah menetang Gejala rasuah habis-habisan mengapa tidak disokong dengan tuntutan para peguam untuk mewujudkan SURUHANJAYA BEBAS. Adakah Pak Lah takut kerana ia tidak bebas disuruh atau suruhanjaya ni BEBAS DENGAN JAYANYA mendakwa orang SURUHANnya. Balik-balik penal bebas jua yang dibangga-bangga oleh orang keduanya 'Najib Razak' yang terang terang mengaku mereka tak cukup kuat untuk mendakwa dan mengheret saksi dan tertuduh di dalam sidang medianya.

Kegagalan Pak Lah makin terserlah. Dengan bidasan Dr. M dan tak cukup dengan itu ditambah pula ajinomoto dari golongan UMNO dari Johor. Belum lagi diambil kira dengan cakap belakang kakitangannya awamnya sendiri.

Dari hal harga minyak yang senantiasa naik tak henti-henti sehingga jaminan orang keduanya barulah statik harga minyaknya. Tetapi ia tidak berhenti disitu ajer... Hal kadar tol pula membelenggu pembayar cukai jalan menjadi isu yang tak sudah. Tak cukup dengan itu huru-hara dibuatnya dengan kenaikan harga rokok yang kononnya mampu mengurangkan kadar perokok. Semakin tinggi harga rokok naik semakin menjunam reputasi bolasepak negara dan status rankingnya selari menjunam dengan status ranking kadar rasuah.

Terbahru Persatuan Peniaga Pulau Pinang berhasrat menaikkan harga Roti Canai 10 sen sekeping ekoran kenaikan harga tepung yang kononnya jua dah lama tidak mendaki lonjakkan harga. Sejauh manakah Boikot Harga Barangan untuk mendapatkan kuasa membeli yang cuba dikempen oleh MTUC yang disokong penuh oleh KERAjaan berjaya sedangkan sebelum ini MTUC pernah berpiket untuk kenaikan gaji minimum elaun cola kepada kakitangan swasta ditolak sekerasnya oleh mulut Pak Lah sendiri.

Sejauh manakah Islam hadharinya hendak dibawa dikala Pak Lah sendiri tak pernah cukup tidor di malam hari dan asyik tersenguk-senguk di siang hari? (Jane..apa kau da buat ngan pak lah mlm2 arr?)

Sejauhmanakah Islam Hadharinya bersama isteri tersayang yang dilihat sangat cantik potongan rambutnya. Kalau anak perempuannya jangan cakap larr sebab dia sudah berkahwin dan sudah pastinya itu adalah tanggungjawab seorang suami yang sudah bergelar bapa baru-baru ini.

Wednesday, October 24, 2007

PKK

Ramai dari kalangan teman sperm bertanyakan konsep, fahaman dan haluan blog sperm ni. Ramai jua yang tertanda-tanya dan keliru. Tak kurang jua ada yang menganggap yang sperm nih tak ubah seperti golongan "Berhaluan Kidal", dan ada jua mengelarkan sperm dengan gelaran "Anti-KERAjaan", dan ada jua berpendapat yang sperm nih berfahaman "Komunist".

"Hargh Hargh Hargh" Gelak sinis sperm mendengar segala gelaran yang dianugerahkan dan kalangan rakan teman dan sahabat kawan.

"Apa-apa ajer lah" semua sperm tercengang mendengar jawapan yang menghampakan tapi mereka pasti sperm akan meberi jawapan yang pasti.

"PKK.. Politik Kedai Kopi, atau lebey tepat lagi Sembang Kedai Kopi, kalu nak kauw lagi Warga Kedai Kopi."

Itulah konsep yang pasti dan suasana yang jelas. Dan sperm umpama berjuta pahlawan yang harus berjuang untuk mendapatkan Ovum untuk hasil yang berkuaili demi meneruskan generasi dan generasi seterusnya.

"Kerajaan Setitik Mani"

Whateverr kata awex stailoz Kay-Hell zaman Astro-not-There masa kini.

Sebentar tadi sperm bersama rakan sperm keluar minum malam bersama rakan-rakan GURLznya (nice looking larr). Tapi sebelum tu ada isu menarik di bilik sperm sebelum sperm kuar minum. Sembang politik kalangan rakyat tak seswey dibawa ke kedai minum. Tersenyum aku dengan kata-kata itu. Tapi sebaliknya yang berlaku. Pada mulanya agak kekok untuk sperm menyesuaikan diri dikalangan Gurlz yakni rakan pada rakan sperm. Tapi di akhir perbualan barulah sperm dapat menyesuaikan diri yang sebenar.

Setentunya isu PolitikShitIt. Tapi asasnya adalah sejarah. Tanpa sejarah maka tak wujudnya PolitikShitIt. Walau apa jua pandangannya kami tetap berbingcangkan berkenaan sejarah. Bermula dari sejarah Hitler membawa ke sejarah North Of Korean dan terus lancar menuju kearah asal-usul melayu dan melencong ke arah sejarah tanah semenanjung yang kini diberi nama MALAY-sia....L.(L--->Luck)

Banyak pekara yang disentuh dan tak perlu diutarakan ke tanah utara kerana ia sembang kedai kopi. PKK, POLITIK KEDAI KOPI.

p/s=PKK Pengkritik Ketelanjuran Kerajaan

Tuesday, October 23, 2007

Tahniah Untuk Astro-Not



Dr Sheikh Muszaphar Shukor..
tahniah untuk anda setelah berjaya menjejakkan kaki semula ke bumi yang nyata. macammana dengan misi anda kesana. berhasil? berjaya? sempat ker? yerlar tempoh anda kesana pun agak sekejap. dapatkah apa yang anda cari disana? atau anda ketemui sesuatu disana? jangan bawak balik virus dah larr..(sebab baru lepas tgk citer Species jadik pengaruh barat masih meletak kat otak nih)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad..
tahniah untuk anda jua kerna sudah berjaya keluar dari IJN dan tahniah jua untuk projek astro-not pertama warga "MALAY-SIA....L" dengan kos pembelanjaan beberapa ketul jet dari RUSSIA...L projek ini berjaya terlaksana di peringkat awal.

Malaysia..
tahniah jua diucapkan kerna berjaya menghantar wakil islam kesana dan menjadi kebanggaan hampir seluruh negara islam yang lain..

Moga dengan misi ini tidaklah Dr Sheikh Muszaphar Shukor digelar pelancong angkasawan dan dengan misi ini jua tidaklah kian sepi dengan pelbagai isu lain seperti "Siapa yang bakar bendera di Batu Buruk?" "Siapa yang menjadi dalang pembunuhan warga Mongolia?" "Siapa yang mendedahkan video LINGAM?" "Siapa yang menjadi punca penyalahgunaan dana kerajaan dalam kementerian?" "Siapa yang sebenarnya mempunyai kabel kuat dalam LPKP sampai matinya 20 org dalam kemalangan bas?" dan banyak lagik...

Tuesday, October 2, 2007

Samy Vellu Idola Ku


tol..
isu tol memang isu lapuk..protes lar macam manapun..boikot larr macam manapun..kalu si OTAI JKR berkata, maka ia lah ia terjadi..begini ker caranya membina MALAYSIAku GEMILANG?

OTAI JKR bagitau apasal tol kena naek
"berdasarkan perjanjian, pemilik konsesi berhak menaikkan harga tol" atas alasan "sekiranya pemilik konsesi tidak dibenarkan menaikan harga tol maka kerajaan terpaksa menggunakan wang negara"

SOKLAN:-
"siapa yang membuat perjanjian bodoh yang jelas berat sebelah ini? Maknanya syarikat kapitalis ini lebih berkuasa dari MALAYSIA yang lemah ini"

"atau ini adalah satu usaha terancang untuk menutup kelemahan dan amalan korupsi rompakan wang negara?"

taun ini pemegang kosesi terbesar lebuh raya di Malaysia, telah 'mengalami' keuntungan sebanyak RM583 juta untuk separuh tahun 2007 (Januari-Jun 2007) berdasarkan rekod keuntungan ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun berdasarkan pertambahan jumlah kenderaan.

aku tak pikir MALAYSIA boleh rugi sebab saban hari ader jer keter baru kuar dari kedai PRO2 mahupun PROton tapi kononnya MALAYSIA tak mampu sebab dah termaktub dalam perjanjian..weih saper larr yang buat perjanjian bodoh nih..

jom kita flashback sekitar hujung taun 90-an sebab waktu tuh malaysia dilanda krisis ekonomi..

waktu tu MALAYSIA kena membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk menyelamatkan Kumpulan Syarikat UEM-Renong terutamanya Projek Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) melalui Khazanah Nasional yang kini secara efektif memegang ekuiti PLUS sebanyak 69 peratus dan disebabkan 'bail out' nilah rakyat MALAYSIA menderita sehingga kini dan selamanya mungkin.

maknanya setiap kali membayar tol kita bukan sahaja membayar harga menggunakan lebuh raya tetapi kita turut tolong membayar hutang 'bail out'.
pemurahnya BANGSA MALAYSIA ini ya. bangga plak aku jadik BANGSA MALAYSIA.

MALAYSIA akan pukul canang kadar kenaikan dan kemudian akan pukul canang lagi 'dengan penuh rasa keprihatinan' bahawa MALAYSIA sanggup berkorban untuk tidak menaikkan (atau menaikkan separuh) kadar tol tetapi MALAYSIA berkorban dengan membayar sejumlah bilion Ringgit Malaysia kepada pemegang konsesi sebagai pampasan

Ringgit Malaysia yang dibayar ialah datangnya dari belanjawan negara dan yang lebih rugi ialah rakyat MALAYSIA TIMUR yang terpaksa melalui jalan yang teruk setiap hari tapi wang diorang secara tidak langsung turut dirompak melalui belanjawan negara.