Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Thursday, August 9, 2007

Perang Bermula Sudah

"Perang Monyet Di Alam Siber Bermula" Tajuk yang di ketengahkan oleh Rustam Sani di dalam blognya. Sejak perang siber dilancarkan oleh Menteri Belia & Sukan bulan lepas nampaknya pelbagai deretan stratigi tercetus. Bloggers is Monyet, Bloggers is Goblok dan pelbagai lagi slogan dikeluarkan khas untuk bloggers di alam siber.

Pro KERAjaan (terutamanya UMNO) sebok mencari fakta auta untuk menegakkan objektif perjuangan KERAbat tertingginya. Manakala golongan NGI A.K.A BLOGGER terus tak putus-putus membongkar memunggah segala hal yang tak diketahui umum. Dari hari kehari pelbagai isu timbul dan tercetus sehingga kita hilang selera makan, jijik untuk dibaca, pedih didengar dan loya untuk diperkatakan.

Timbul persoalan di benak sperm. Bukankah KERAjaan sudah miliki pelbagai pasarana media, hebahan isu dari media cetak hinggalah ke media elektronik? Tak cukup dengan itu mereka jua mempunyai PDRM (polis raja di malaysia) yang angkuh dengan slogan galaknya "SAYA ANTI RASUAH". Tak cukup dengan itu mereka jua mempunyai barisan perundangan yang mampu menghukum sesiapa saja yang patut dihukum? Mereka jua telah mencipta I.S.A satu akta yang sangat berkesan untuk membrain-washkan mereka yang menolak fahaman mereka. Tak cukupkah lagi. Meraka jua menguasai SPR untuk memastikan bahawa mereka senantiasa menerajui MALAYSIAKU GEMILANG. BPR yang mempu membuktikan bahawa mereka pasti tak terbabit dengan rasuah (rasuah dan komisyen adalah berbeda) telah meraka awasi. Mereka sudah miliki segalanya di negara berdemokrasi tinggi alaf ini. Tak cukupkah?

Atau mereka gentar dengan rakyat yang hidup dengan aman damai lagi permai hasil idealogi mereka berpaling tadah dan dianggap pembelot negara? Atau mereka bimbang dengan cerita-cerita hantu yang dicipta oleh BLOGGERS GOBLOK mampu menghantui tidur nyenyak memanda UMNO. Atau nama Malaysia hilang dimata dunia masyarakat orang asli Australia sewaktu Sidang Raja-Raja Melayu. Atau bimbang projek WPI di Johor terbengkalai seperti projek perumahan terbengkalai di serata Selangor semata-mata membasmi golongan miskin tegar. Atau gusar dengan wacana RMK-9 menjadi sejarah hitam dalam sejarah MALAYSIA'S TODAY. Atau pelbagai lagi spekulasi sehingga sperm sendiri menabur fitnah yang fit?

Apakah yang harus mereka gusarkan lagi? Apakah yang mereka ragukan pada rakyat yang senantiasa mengikuti segala wacana mereka? Apakah yang mereka gentar pada BLOGGERS GOBLOK?

Mereka tak ubah seperti gajah takutkan tikus. Tak cukupkah mereka menyempitkan fikiran masyarakat kono sekarang sehingga ada yang sangup menghina Agama, Raja, Bangsa dan Negara?

No comments: