Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Thursday, August 2, 2007

Kisah Encik Rais Yatim

Kisah penarikan diri Rais Yatim sebagai Setiausaha Agung Komanwel masih panas bersembang pada sesetengah golongan. Ada yang bersetuju dan tak kurang jua ragu dengan tindakan drastiknya. Terpanggil aku untuk mengetengah 2 posting dari berbeza fahaman politik. Ayuh kita baca dalam buat pendapat sendiri berdasarkan pendapat masing-masing.


Tolak jadi calon Setiausaha Agung Komanwel - Rais Yatim malukan kerajaan?

Daud Haji Ibrahim

Thu | Aug 02, 07 | 10:54:58 AM

Dalam Umno, individu bernama Dato' Seri Dr. Rais Yatim cukup berwarna warni politiknya. Dia pernah dilihat seperti ‘merajuk’ apabila Perdana Menteri (PM) memindahkannya dari Jabatan Perdana Menteri (yang bertanggungjawab terhadap undang-undang) ke Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (Kekkwa).

Tidak dapat dinafikan, dia berjaya menaikkan nama Kekkwa dengan kempen Budi Bahasa Amalan Kita dan macam-macam lagi.

Sebelumnya, dia pernah menjadi pembangkang apabila beberapa tahun menjawat jawatan Timbalan Presiden Parti Melayu Semangat 46 (S 46) walaupun tidak pernah menang pilihan raya atas tiket S 46.

Dalam Umno, dia beberapa kali tewas dalam usahanya merebut salah satu kerusi Naib Presiden (NP) hinggalah dalam pemilihan terakhir, tahun 2004, dia tidak langsung mahu bertanding dengan alasan tidak mahu terlibat dengan kempen-kempen keterlaluan dan politik wang.

Namun, Presiden Umno yang juga PM melantiknya menduduki salah satu kerusi MT dan kini, cerita terbaru Kerajaan Malaysia mencalonkan namanya sebagai Setiausaha Agung Komanwel.

Malangnya (baca mengejutkan), Rais menolak (baca menarik diri) tetapi cara penarikan dirinya dibuatnya sendiri, bukan diumumkan kerajaan seperti pengumuman ketika mencalonkannya.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hasan turut melahirkan rasa terkilan dengan keputusan Rais.

Disebabkan negara ini sedang dilanda dengan cerita ‘bebas’ (bukan merdeka) iaitu semua orang bebas dari tuduhan di mahkamah dan siasatan BPR termasuk pembebasan Tan Sri Eric Chia, ‘bebas’nya dari siasatan Dato' Seri Zulkifli Mat Noor bekas Ketua Pengarah BPR dan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara (IGP), maka berita penolakan percalonan oleh Rais berlalu begitu sahaja.

Tetapi, di beberapa tempat, ia menjadi lelucon. Kata seorang bekas Ketua Bahagian, “siapa sebenarnya penasihat (secara bergurau dia menyebut ‘punah sihat’) Rais hingga Rais sanggup ‘membelakangkan’ kerajaan dan pucuk pimpinan ketika mengumumkan penolakan tersebut.

Sambil bercerita bagaimana isteri Rais merupakan ‘mentor’ hingga menjadikan Persidangan Umno Bahagian Jelebu yang diketuai Rais menjadi ‘pelik’ dengan meletakkan hanya Rais, isterinya, dua orang pilihan Rais dan tetamu kehormat, Dato' Seri Mohd Ali Rustam di atas pentas perasmian.

Yang lain-lain, termasuk Timbalan, Naib, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri di bawah – satu susunan yang tidak berlaku di bahagian-bahagian lain di bawah, bersama-sama perwakilan dan pemerhati.

Jika susunan tempat duduk yang didakwa diaturkan oleh ‘mentor’ Rais ini diterjemahkan di Perhimpunan Agung Umno – Hanya PM, isterinya dan dua atau tiga orang pilihan di pentas utama, manakala yang lain-lain termasuk Timbalan dan Naib-Naib Presiden di bawah, bersama-sama perwakilan dan tetamu!

Cerita penyusunan tempat duduk oleh ‘mentor’ Rais ini turut dikaitkan oleh beberapa kenalan Rais sendiri sebagai ‘punca Rais membuat penolakan’ terhadap pencalonannya sebagai Setiausaha Agung Komanwel.

“Penarikan diri saya daripada pencalonan sebagai Setiausaha Agung Komanwel bukanlah tindakan yang mengejutkan,” Rais dipetik sebagai berkata.

Perkara itu telah dimaklumkan kepada pemimpin tertinggi negara termasuk Menteri Luar, Dato' Seri Syed Hamid Albar dengan menghubunginya terus menerusi telefon dan juga surat, kata Rais.

Sambil menyindir, seorang bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian dari Wilayah Persekutuan berkata; “nasi lemak cili padi di sini lebih sedap,”.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Ketua Bahagian ini berpendapat, sepatutnya tawaran untuk mencalonkan dibuat kepada ‘mentor’ bukan kepada Rais kerana Rais dilihat membuat keputusan berdasarkan kehendak ‘mentor’nya.

Jika peristiwa menyusun tempat duduk dalam persidangan Umno bahagian Jelebu diambil kira, jelaslah Rais memang tidak akan mengikut kehendak parti, seperti apa yang menjadi amalan di peringkat nasional, negeri dan bahagian-bahagian lain dari seluruh negara – sebaliknya membuat susunan mengikut kehendak ‘mentor’ tanpa mengira ‘penghormatan’ yang sepatutnya diberikan kepada kepimpinan di peringkat bahagian.

Syed Hamid pula dipetik sebagai berkata; “terkejut dengan pengumuman Rais itu kerana sebelum mesyuarat Kabinet 25 Julai lalu, Rais menunjukkan sifat senang dengan program yang dirangka oleh Kementerian Luar untuk melobi jawatan berprestij itu.”

Syed Hamid yang jelas kesal dengan keputuan Rais itu turut menyebut, Malaysia tidak akan mencalonkan nama baru untuk melobi jawatan Setiausaha Agung Komanwel bagi mengantikan Rais.

Katanya, buat masa ini, nama lain tidak boleh dikemukakan kerana sebarang penggantian dikhuatiri tidak akan dipercayai oleh negara-negara anggota itu.

“Kalau kita belum umumkan calon lagi tidak apa, tetapi nama sudah diumum dan belum bermula pertandingan , kita sudah menarik diri.

“Lepas ini, jika kita hendak calonkan sesiapa, orang tidak akan percaya. Adalah mustahil untuk berbuat demikian (mencalonkan nama baru),” tegas Syed Hamid.

Ditanya sama ada Rais akan dipujuk supaya mempertimbangkan semula keputusannya itu, Syed Hamid berkata: “Macam mana, kita malulah. Pasal Perdana Menteri sudah tulis surat, saya sudah tulis surat (kepada Setiausaha Agung Komanwel).

“Baru-baru ini saya adakan majlis makan tengah hari dan menjemput semua duta. Saya memberitahunya (Rais), mana saya hendak letak muka.”

Khabarnya, Rais juga sudah membayangkan hasratnya untuk melepaskan semua jawatan yang disandangnya kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jelebu apabila berjaya memenangi jawatan tersebut, di mana setakat ini empat negara sudah menyatakan sokongan termasuk Australia dan New Zealand.

Saingan Malaysia ialah Menteri Luar Malta, Micheal Frendo kerana calon dari India, Kamalesh Sharma didakwa menarik diri.

Setakat ini, tidak pula ada pihak dari kalangan AJK Umno Bahagian Jelebu yang mahu mengesahkan bahawa Rais sudah menarik balik kata-katanya yang terdahulu, mahu melepaskan semua jawatan yang disandangnya. Mungkin Rais belum menerima ‘arahan mulut’ dari mentornya yang menyebabkan dia tidak berbuat demikian.

Amatlah malang, jika seorang yang berjawatan ‘menteri’ terpaksa bergantung kepada mentor apabila mahu membuat keputusan.

Inilah Umno sebenarnya, mempunyai pelbagai kisah dalaman yang cukup memalukan apabila ‘ada tangan-tangan ghaib’ mempengaruhi seseorang yang dilihat sebagai cukup hebat dalam membuat keputusan-keputusan penting.

Entah-entah, ketika mahu membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak dalam parti sendiri pun, bersandarkan keputusan mentor. Kalau mentor kata tidak, mana mungkin calon-calon ini boleh membuat pendirian sebaliknya.

Ketika Rais mengarahkan sambutan kemerdekaan tahun ini tidak boleh dibuat di tempat-tempat lain kecuali Dataran Merdeka dan mana-mana bangunan yang tidak mengibar bendera akan disiarkan dalam akhbar, rupa-rupanya Rais sendiri tidak mampu ‘mengarahkan dirinya sendiri’ untuk patuh arahan kerajaan kerana ada mentor (yang selalu berpakaian sedondon dengan Rais) yang mengarahkannya!



Tahniah! Rais buat keputusan bijak

Umnoreform

Sebagai bekas penyokong dan pendokong Parti Semangat 46 yang telah terkubur, tetapi masih menyanjung kepimpinan Tan Sri Tengku Razaleigh (Ku Li) dan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, saya amat berbangga dengan keputusan drastik Dr Rais menarik diri dari pencalonan Malaysia untuk bertanding sebagai Setiausaha Agung Komanwel.

Strategi busuk dari Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri yang segera dihidu oleh Dr Rais amat bertepatan sekali kerana budak-budak hingusan itu ingin menamatkan riwayat politik Dr Rais dalam Malaysia yang dilihat amat berpotensi untuk mencabar kepimpinan Bapa Mertua Khairy Jamaluddin yang sering tidur ketika bermesyuarat itu. Dengan menerima jawatan tersebut dan seterusnya menang (dijangka Dr Rais mudah menang) akan menamatkan karier politik Dr Rais dalam negara.

Saya sangat menyokong sebarang rancangan untuk menyatukan semula dua regu utama (Ku Li dan Dr Rais) untuk memimpin Umno dan seterusnya memimpin Malaysia. Kembalinya mereka berdua ke kancah utama politik negara dilihat mampu memulihkan semula kedudukan ekonomi negara dan kemajuan ekonomi Melayu.

Saya amat yakin kepimpinan Ku Li sebagai Perdana Menteri dan Dr Rais sebagai timbalannya akan membawa Melayu mencapai bukan sekadar 30% pegangan ekuiti dalam negara, bahkan sehingga ke tahap yang lebih daripada itu.

Saya juga turut yakin bahawa usaha Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk menobatkan Ku Li sebagai Perdana Menteri akan kunjung tiba kerana barang diingat Dr Mahathir amat pintar mengatur strategi politik.

Tahniah Dr Rais di atas keputusan bijak saudara menarik diri dari pencalonan ke jawatan bodoh itu!


RAHMAN @ RAHMAT

Setitik Mani

Pasti ramai yang mengetahui secara umumnya teori "RAHMAN". Adakah ia benar dan sejauh manakah kebenarannya. Jika benar Najib yang akan menjadi pedana menteri selepas Paklah adakah teori "NAJIB" pula yang muncul? Atau teori "RAHMAN" akan bertukar kepada "RAHMAT"? Jika ia benar satu yang mengejutkan. Siapakah pemegang abjad "T" tersebut? Adakah ia "T"an Sri Muhyiddin Menteri Asas Tani antara orang kuat Paklah? Atau Kuli A.K.A "T"engku Razaleigh bekas seteru Umno? Atau Mahathir sendiri selepas bergelar "T"un? Sama-sama kita lihat politikshit Malaysia gemilang selepas merdeka 50 tahun dan bola sepak Malaysia dibelasah dengan 5-0.

No comments: