Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Tuesday, August 28, 2007

Umno Dan Me-layu



Khir Toyo berkata:-(26082007 utusan malaysia)
-Umno sebenarnya tidak ditubuhkan di Johor
-Tetapi di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu Selangor.(1 hingga 4 Mac 1946)
-DYMM Sultan Selangor ketika itu Sultan Hishamuddin Alam Shah* telah menyumbang RM15,000 untuk menjayakan kongres penubuhan Umno di Kg Baru itu.
-Baginda pernah bertitah persatuan itu akan kekal lama jika dua perkara sebagai asas penyatuan bangsa Melayu
1.Perjuangan agama "Islam" yang akan mengikat hati nurani bangsa
2.Berani dan terus membela dan memperjuangkan hak orang Melayu

Tulisan Ahmad Boestamam:-
-Bendera Umno, yang berasal dari bendera atau sang saka merah putih asalnya dari PKMM dalam sidang pertama Umno (ditubuhkan pada Jun 1946 di Dewan Bandaran Ipoh)**
-Sang Saka Merah Putih adalah benedera PKMM(parti Melayu yang Inggeris cop sebagai kiri!)

Hakikatnya:-
-Benar Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin Yunus Hamidi (bekas pengarang akhbar) turut serta dalam kongres yang melahirkan Umno.
-Tetapi 41 buah pertubuhan Melayu yang hadir.
-yang paling besar perwakilan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
-ketika itu Yang Dipertuanya adalah Dr Burhanuddin al Helmy (kemudiannya menyertai PAS dan menjadi Yang Dipertua Agungnya).
-Bermakna Umno adalah sebuah komponan parti dan ditubuhkan oleh orang-orang Melayu dari segenap fahaman dan aliran termasuklah yang kemudiannya menyokong dan menyertai Parti Kominis Malaya.***
-Umno menidakkan sumbangan yang pernah menyertai komponan Umno 1946
-Yang tinggal hanyalah nama Dato Onn (kebetulan Presiden yang pertama tidak memegang jawatan itu barangkali nama beliau pun dihapuskan kerana beliau kemudiannya menentang Umno melalui IMP dan Parti Negara).
Rupanya Umno 1946 (berkaitan dengan Semangat46) tidak kekal lama beberpa tokoh berpengaruh termasuklah PKMM kemudiannya bertindak meninggalkan Umno.
-PKMM parti Melayu pertama yang membawa slogan Merdeka (diharamkan British pada tahun 1948 dan kebanyakkan pimpinannya ditangkap dan merengkok dalam penjara).
-Manakala Umno di bawah Dato Onn kekal dan bebas bergerak.****
-Kemudiannya golongan agama ketika itu bertindak keluar dan lahirnya PAS pada tahun 1951.
-Dan Ahlinya:-

  1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
  2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
  3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota (ayahanda PM Dollah Badawi)
  4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
  5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
  6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
  7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.


Info:-
*Sultan Hishamuddin antara Sultan Selangor yang warak dan sering membaca khutbah solat Jumaat
**Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka Dengan Darah dalam API
***Shamsiah Fakeh (pengakuan dalam Memoir Shamsiah Fakeh – Dari Awas ke Rejimen ke 10) bergerak dan mengikuti Umno sebelum menyertai PKMM dan kemudiannya PKM.
****Shamsiah Fakeh menulis perjuangan menuntut kemerdekaan tiada seorang pun ahli Umno ditangkap, dipenjara dan mati ditali gantung oleh kerajaan British.

No comments: