Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Wednesday, August 1, 2007

Luahan

Aku Kau Dia

mengapa harus berjawatan tinggi atau setaraf untuk membandingkan antara satu sama lain?
dimanakah nilai suara sebagai rakyat yang berdaulat?

makian datang dari cetusan bosan angkara perbuatan durjana.
ampuan timbul sekadar mempertahankan hak sendiri.

allah swt jadikan manusia untuk wujudkan jaringan dengan menggunakan akal sebaiknya dengan bersempadankan menghambakan diri kepadanya.
atas dasar ayat manusia tiada sempurna lantas kita sesama kalifah allah diberi tanggungjawab kecil untuk memperbetulkan sesama kita.

kau aku dia semuanya sama dan jangan bezakan.

perlukah wujudnya pemberontak setelah segala gaya dan cara telah diturut mengikut lunas perundangan namun ditolak?
perlukah diplomatik lagi jika ia penuh dan masih disaluti lumpur yang kabur?

masih egokah rakyat malaysia yang dikatakan berdaulat selama ini?
atau masih lagi berselindung dan digelar pengecut disebalik icon yang berkarisma untuk berkata “tidak puas hati”?

mungkin kita derita sekarang.
mungkin kita mampu menangung segala derita itu.
tapi bagaimana pula nasib genarasi kita?
dan seterusnya?
mampukah mereka?

(*aku taip ketika mengulas coretan didalam blog anwar ibrahim bertajuk "Kredibiliti Peguam Negara Persis Mee Segera!" tapi telah di banned)


Gugat perpaduan atau Gugat kedudukan

Gelanggang Keris Silau

Mana pergi kita punya kawan
Kebetulan pula musim hujan
Orang kata musim mengawan
Cuti kahwin dan ambik kesempatan
Sebab lepas ni sibuk tak ketahuan
Maklumlah nak bentang belanjawan
Nak teliti senarai calun-calun Barisan
Nak bersiap untuk mesyuarat Asean
Lagipun dua Musa menambah kebuntuan
Sorang kat Seri Aman dan sorang Bukit Aman
Kes rasuah dan banyak penyelewengan
Sementara tu Mat Tyson pun cuba jadi jagoan
Buat report polis terhadap Petra sepupu Sultan
Hina Agung dan Islam dalam Petra punya tulisan
Mungkin dapat feedback dari Azalina Osman
Sebelum Petra diaorang tangkap Nathaniel Tan
Dan bersemburan pemimpin mereka bagi amaran
Dosa besar kalau timbulkan isu agama dan perkauman
Yang boleh menggugat negara dan perpaduan
Wahai bloggers yang tumbuh macam cendawan
Ada yang guna nama betul ada juga nama samaran
Dari pelosok dunia tanpa sempadan
Ada yang tinggal dibandar dan ada dihutan
Macam mana nak sekat bloggers punya kebebasan
Web host dan server yang terletak luar kawasan

Mungkin dia orang risau tentang pendedahan
Tentang rasuah dan juga penyelewengan
Mungkin mereka risau rakyat tau jenis hubungan
Yang terjalin antara mereka dengan BK Tan
Mungkin mereka risau kegiatan pembalakan
Yang melibatkan nama-nama orang kenamaan
Mungkin mereka risau gambar yang mencurigakan
Terlepas kepada blogger yang berkenaan
Mereka resah dan sentiasa kerisauan
Maklumlah pilihanraya dijangka bulan sembilan
Walaupun gaji baru naik untuk kakitangan kerajaan
Peniaga barang-barang pun tak bagi chan
Habis barang naik sepeti susu, biskut dan belacan
Sapie apdal tak larat nak buat pengawasan
Risau sebab tak boleh tawan negeri Kelantan
Dan takut Kedah dan Tganu jatuh kat parti bulan
Penang jatuh kat parti roket dan parti kak Wan

Macam mana nak bendung suara kebangkitan
Tangkap dua tiga orang untuk timbul ketakutan
Macam mana era Reformasi sekitar tahun 98
MCA pun risau dan begitu juga Gerakan
Nak guna cap jari pun kena minta kebenaran
Dari mufti dan majlis fatwa kebangsaan
Tak ke katun wahai tuan-tuan
Pejabat EPF guna cap jari dah berzaman
Itu yang aku kata semua ni alasan



Aku Sokong Pedana Menteriku

The Antics of Husin Lempoyang

Al kisah di suatu negera yang kaya raya dan subur, ada seorang mamak bendahara yang "cemerlang, gemilang dan terbilang". Kehebatan mamak bendahara ini amat mengkagumkan kerana dalam masa 2 dan 3 tahun, ramai cerdik pandai sudah mengkaji kehebatan kepimpinannya. Bendahara sebelum itu dah 20 tahun baru orang sedar dan kaji kehebatannya.

Dikatakan orang bahawa, mamak bendahara tersebut melakukan perbuatan yang ganjil dan anih adalah kerana pemikiran luar biasa dan pemikiran luar kotak.

Semasa orang bermajlis dan bermesyuarat, dia tidor. Sebenarnya dia berfikir.

Semasa orang tak habis ke majlis-majlis, dia memancing. Sebenarnya, dia sedang memikir untuk menjadikan musim tengkujuh tarikan pelancong. Penting dan berbaloi keluar beratus ratus juta untuk menarik pelancong makan makanan dari Chinois KLCC di Terengganu.

Semasa orang bercakap mengenai IT, dia bercakap mengenai kelapa sawit. Sebenarnya dia sedang memberi penerangan kepada pakar IT dunia untuk suruh mereka memikirkan untuk meng IT kan pokok-pokok kelapa sawit.

Rakyat sentiasa memerhati mamak bendahara yang bijak ini. Orang ingat dia bodoh dan takut kerana membatalkan jambatan Johor tetapi sebenarnya dia memikirkan "idea saya" untuk mencantumkan rancangan yang ada kepada idea yang amat besar.

Tidak payah cuba membina berdikit-dikit pembangunan berdasarkan kegiatan ekonomi yang berakhir dengan kawasan penempatan membesar menjadi pekan, kemudian bandar, dan lambat laun akhirnya bandaraya. Mamak bendahara mahu melangkah terus menjadi Metropolis IDR.

Maka pemikir-pemikir sekarang sedang mengamati di sebalik kata-kata "bekerja bersama saya", "kita bukan hendak membina bangunan indah sahaja", "agenda melayu", "towering malay", "islam hadhari" dan lain-lain slogan hebatnya.

Ada yang berasakan dia melakukan disebalik yang dikata dan lebih hebat. Asasnya sepanjang dia mahu melakukan "pembangunan modal insan", dia telah melakukan sesuatu yang lebih hebat ia-itu tak payah pakai pekerja dan memberhentikan pekerja-pekerja GLC berpuloh ribu.

Maka, al kisah suatu masa adalah hasrat hati anakanda menantu untuk memiliki bank pelaburan. Dia membeli sedikti saham dan adalah perancangannya. Apabila di tanya oleh suratkhabar sibuk menyebuk, mamak bendahara mengatakan "I don't know I am not involve."

Apabila melihat perancangan bank itu, rupanya benda hebat yang mahu dibuat anakanda menantu dan sebagai juga penjaga khazanah negara, dia mengatahui. Dengan demikian, tidak habis-habis rakyat mengharapkan yang sebalik dan lebih hebat apabila dia berkata "I don't know" atau apa sekali di katakan pun.

Kini rakyat sedang bertanya-tanya apa sebaliknya di sebalik kata-kata "I don't know" kepada tuduhan Temenggong mengambil rasuah dari anak raja separuh Selangor dan separuh darah Wales tetapi dia mahu Temenggong berhenti dengan sikap "I don't know". Menunggu-nunggu dan mengharaplah rakyat jelata sekali lagi kehebatan mamak bendahara. Rakyat menghayati "damai abadi" yang mencari tak jumpa-jumpa ghazali dan shafie tapi terjumpa kali dan khairy.




Al-Kisah Monyet Di Rimba

KAMAL AMIR MENULIS

MAKA berkatalah Perwira Mat Lela Gila dari pentas Perdanasari kononnya kalangan penulis di halaman maya internet yang juga dikenali sebagai “bloggers” merupakan monyet-monyet di hutan rimba... Sedap mulut dia sahaja mahu menyumbat “bloggers” ke dalam penjara..... alahai anak omak, tidak dapat tanduk, telinga mahu dipulaskan.

Belumpun habis tempoh satu penggal menjawat jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umnosudah ternampak watak dan belang anak yang tidak sedar diuntung ini memperagakan cara kepimpinannya. Selagi ada kuasa dipergunakan sehabis mungkin. Masyallah!

Masa dia suruh Dr. Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri dulu boleh, masa dia “lanyak” kerajaan Dr. Mahathir dalam tulisannya di akhbar dan majalah luar negeri boleh, tapi bila kalangan penulis mempertikaikan bapa mertuanya yang serba lembik dan cacamarba menerajui kepimpinan negara dia naik minyak, hairan lagi menghairankan.

Tergamak sungguh menantu Perdana Menteri “membinatangkan” sesama manusia. Bagaimana agaknya kalau dia marah kepada isterinya yang merupakan anak Perdana Menteri, mungkin berbakul sumpah seranah agaknya jika bapa mertuanya tidak mahu mengikut kehendak hatinya.. mungkin.

Ekoran dari kenyataan tersebut maka berkokoklah para sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi mahu memperlihatkan “kejantanan” mereka menentang suara-suara yang dicetuskan oleh kalangan bloggers yang telah dibinatangkan oleh Perwira Mat Lela Gila. Memang dasar pengampu dan penjilat yang tidak bermaruah!

Kelmarin Peguam Negara Ghani Patail mengumumkan penutupan kes siasatan terhadap Ketua Polis Negara dan bekas Ketua Badan Pencegah Rasuah sebagai kata alu-aluan menyambut kepulangan Perdana Menteri dari musim bulan madunya di luar negeri. Dalam erti kata lain kedua-dua personaliti tersebut bersih sebersih-bersihnya.

Saudara Abdul Rahman Othman bekas naib Presiden Keadilan mengirimkan pesanan sms berbunyi :

Pak Lah tak hadir mesyuarat Majlis Raja-Raja. Sangat tidak patut. Dia bukan menjalankan tugas yang lebih penting seperti hadir di sidang UN. Dia juga tidak sakit. Dia bercuti di Melbourne. Adakah cuti peribadi/berbulan madu lebih penting dari tugas mengiringi YDP Agong? Dia pulang sehari selepas berakhirnya sidang Raja-raja. Sangat angkuh! Siapa hina Raja Melayu? RO

Apakah tulisan sebegini merupakan karya “monyet-monyet” seperti yang didakwa oleh Perwira Mat Lela Gila?

Sejujurnya rakyat harus sedar, era pimpinan Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara merupakan musim paling gerhana untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Inilah Perdana Menteri paling memalukan pernah dihasilkan oleh sebuah negara bernama Malaysia. Dan inilah pemimpin yang cukup mengaibkan nama gemilang negara yang telah dirintis serta dicanai oleh empat pemimpin terdahulu.

Era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri mencetuskan persoalan paling aib kerana terpaksa meminta maaf kepada kerajaan negara China dalam peristiwa ketuk ketampi! Sudah lupakah kita semua.

Era pimpinan Abdullah Ahmad Badawi harga minyak dinaikkan sebanyak dua kali setahun berterusan dengan kanaikan harga barang yang terakhir haga beras dan menteri-menterinya boleh membuat kenyataan “SAYA TIDAK TAHU” ...... Hampeh!

Era Abdullah Ahmad Badawi, perlembagaan negara dipercacai dan diperkosa semahu mungkin apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia tanpa meminda terlebih dahulu perlembagaan negara kerana Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi mengikut perlembagaan sila rujuk perkara 152..... Baghal!

Era Abdullah Ahmad Badawi melihatkan budaya “salin tikar” yang pernah berlaku dalam masyarakat Melayu bertukar dengan budaya “cuci mangkuk” isteri adik ipar boleh dinikah oleh pemimpin......jijik! Macam tiada perempuan lain!

Era Abdullah Ahmad Badawi melihatkan individu-individu korup boleh terus diangkat sebagai pemimpin.... kalau tidak korup masakan Muhamad Hj. Muhamad Taib bekas menteri besar Selangor boleh membayar sejumlah RM12 juta sebagai dana perceraiannya dengan Ku Yah Puteri Sultan Selangor. (Hari ini mahu tunjuk belang buat laporan kepada pihak polis atas salahlaku bloggers yang dikatakan menghina Raja-Raja Melayu)

Era Abdullah Ahmad Badawi melihatkan kepada seluruh dunia sadisnya pembunuhan ke atas warga asing dengan menggunakan bom C4 dan kini sedang dibicarakan di mahkamah Shah Alam dengan penukaran tarikh, hakim, pendakwaraya dan juga peguambela....bolehkah diyakini sistem kehakiman negara era pimpinannya?..... Membosankan.

Era Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan seorang Perdana Menteri boleh tidur berdengkur sewaktu majlis tilawah Al Quraan diadakan.....hoi bangunlah.

Era Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan berlakunya politik wang di kalangan pemimpin... (sila rujuk kes Tan Sri Isa Samad) tanpa adanya penguatkuasaan badan pencegah rasuah. Bukankah akta rasuah merangkumi seluruh kehidupan rakyat di negara ini...... Jerung bebas tapi bilis dicekup.

Era Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan seorang Perdana Menteri melakukan rasuah politik apabila mengumumkan peruntukan sejumlah 600 juta untuk diagihkan kepada Ketua-Ketua Umno bahagian yang akhirnya menjadi kelam kabut........ cakap tak serupa bikin.

Era Abdullah Ahmad Badawi cukup menggemparkan dengan berita bocor sana-sini sehinggakan bangunan Parlimen boleh bocor..... cukup membangsatkan!

Era Abdullah Ahmad Badawi negeri Johor boleh berlaku banjir berpanjangan selama dua bulan tanpa surut.. (dan Perdana Menteri boleh yam seng menyambut sambutan hari natal di Australia) dan akhirnya bumi Johor dikangkangkan kepada Singapura....... bukan rakyat tidak tahu.

Era Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan menteri dari luar negeri boleh campur tangan dalam urusan pembangunan dalam negara...... di mana kedaulatan kita?!!!

Era Abdullah Ahmad Badawi menjadikan era terjebak dalam percintaan tiga segi....... opssssss terlajak dan terlabun.

Begitulah hakikatnya apabila Perdana Menteri yang dilabelkan sebagai “Mahafiraun” digantikan dengan “Mr.Clean”.... cukup bersih.

Apakah dengan pendedahan sebegini maka penulis “blogger” boleh dibinatangkan oleh Perwira Mat Lela Gila bernama Khairy Jamaluddin menantu kesayangan Abdullah Ahmad Badawi? Sungguh kurang sopan dan biadap perilaku seorang anak muda “julung berkeris” yang mahu menjadikan dirinya sebagai pemimpin...

Setulus hati ingin saya menyatakan bahawa selagi nyawa di kandung badan, selagi boleh bernafas, selagi masih punya daya dan usaha, selagi ada upaya saya tidak akan mengizinkan manusia laknat bernama Khairy Jamaluddin menerajui kepimpinan negara tercinta ini. Selagi Khairy tidak menarik balik kenyataannya membinatangkan penulis sebagai “monyet” selagi itulah saya merasakan dia berhutang dengan kalangan penulis.

Para penulis pengampu Khairy.... sedarlah diri kamu yang telah dibinatangkan oleh anak haram menjadah bernama Khairy Jamaluddin @ Perwira Mat Lela Gila. Alahai anak omak.


Hanya pakar, bukannya golongan politik yang terajui FAM

Harakah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) – Pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden I dan II FAM perlu difokus di atas kesungguhan dan ketelusan untuk memajukan industri sukan bola sepak negara bukannya berdasar ‘figure’nya kata, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Dalam kata lain tegasnya, pemilihan tersebut bukan di kalangan orang yang gemar mempolitikkan badan tersebut atau untuk mengambil kesempatan di atas kepentingan politik.

“Pemilihan jawatan dalam FAM perlu dirujuk kepada kepakaran dan sekiranya FAM melihat kedua-dua tokoh itu orang yang berkepakaran dalam bidang itu kita tidak ada halangan.

“Tetapi sekiranya pemilihan itu berasaskan 'figure' politik kami tidak setuju,” ujarnya semasa ditemui di Pajabat Agung PAS semalam.

Semalam Bernama dipetik bahawa Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim menawarkan kerusi panas tersebut diberi saja kepadanya dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tanpa bertanding.

Shahidan berkata demikian selepas pelancaran Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) peringkat Perlis oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini yang berkata bahawa beliau dan Khairy mempunyai keserasian dan tidak ada masalah untuk bekerjasama demi bola sepak negara.

Mengulas tawaran Shahidan itu, Nasrudin berkata, kepakaran dalam sukan tersebut sangat penting malah katanya FAM sendiri pastinya lebih bijaksana untuk menentukan calon yang benar-benar layak yakni tanpa berkepentingan politik.

Tambahan katanya, dalam negara ini ramai tokoh sukan negara yang sekian lama berbakti membangun sukan negara serta mahir dalam bidang tersebut.

Jadi katanya, mengapa tidak diberi peluang kepada mereka itu.

Sehubungan itu tegasnya, Pemuda PAS tidak setuju jika jawatan itu diberikan kepada Khairy dan Shahidan.

Ini katanya, kedua mereka adalah orang politik bahkan katanya Khairy yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif MyTeam bukannya boleh dijadikan satu modal untuk membawa beliau ke kerusi tersebut.

“Lagi pun kita kena lihat jangka masa panjang kejayaan beliau menghasilkan MyTeam belum benar-benar terbukti dan di sana masih ramai lagi tokoh-tokoh yang berkelayakan ataupun tokoh lain yang perlu dinilai,” katanya.

Katanya sudah sampai masanya bola sepak negara ini melakukan satu revolusi terutamanya dalam pentadbiran dan pengurusan FAM.

No comments: