Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Friday, August 3, 2007

Pentembungan Melalui Percaturan

"Wilayah Ekonomi Koridor Utara" terlancar sudah dengan rasminya disusuli pula dengan Pelan Koridor Pantai Timur. Teringat sejenak pada pembangunan "Bandar MEC" di Pahang.

Arghh !! Barang yang lama usah dikenang. Okay kita buka cerita baru dari penglipur merapu. Berjayakah 2 projek ini kelak? Emm mungkin.., Tapi sejauh mana? Pasti Jauh!! Bagaimana pula dengan masyarakat melayu kelak? Mungkin terlepas banyak lagi bidang baru. Lihat saja di pulau mutiara. Ku tatap ku renung sememangnya ku bangga. Kita ada lebuhraya, jambatan mewah, pembangunan pesat, percambahan ekonomi yang galak, peluang pelaburan yang makin meluas, tapi ku kesiankan adik-adikku yang menanggung beban PTPTN. Tiada peluang kerja. Menganggur sana-sini. Takper, usah bimbang, jangan khuatir, rmk-9kan ada. Ceburilah bidang pertanian, graduan lepas universiti boleh pohon skim pinjaman di sana-sini (hutang lagi). Inilah dilema generasi graduan.

Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dalam perbentangan Saudara Abdullah Ahmad Badawi ada menyentuh berkenaan pertanian. Walaupun senantiasa sebuk menepis serangan mantan perdana menteri elit Saudara Mahathir Mohamad.

Siapa ya Menteri Pertanian & Asas Tani? Oh ya terlupa saya. Saudara Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin seorang insan yang bakal menggugat prentasi saudara Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak satu-satunya waris bekas pedana menteri yang sebok menangis pelbagai fitnah berkenaan kes bunuh skandal warga Mongolia. Kesian

Eh!! Macam tertinggal sesuatu. Oh ya ada lagi waris bekas pedana menteri iaitu saudara Hisahammudin Bin Tun Hussein. Maklumlah namanya agak tergelam sejak kebelankangan ni. Sejak pilihanraya kecil di Ijok yang sudah namanya makin terpinggir, tapi kalau diikutkan track lepas namanya mula terpinggir sewaktu gerakan penyerahan memo "Aman Malaysia" gaya darah anak mudanya menyampaikan mesej menarik perhatian umum. Semua mata tertumpu padanya sehingga ada yang buat cerita kononnya anak mantan perdana menteri malaysia juga akan bertanding dalam ketegori pemuda umno.

Hebat juga anak menantu perdana menteri malaysia ini. Berbekalkan ilmu yang dituntutnya di luar negara dalam bidang yang diceburinya sekarang, telah terpratik. Ternyata berkesan. Dan mungkin dari pembangunan galak anak muda inilah timbul satu tindakan drastik dari saudara Rais Yatim menarik diri dari percalonan Setiausaha Agung Komanwel.

Mungkin beliau terhidu sesuatu berkenaan masa depan politiknya ketika ura-ura beliaulah yang mampu mengugat kepimpinan bapa mertua Khairy Jamaluddin. Jika benar pekara ini benar pasti orang yang pertama yang akan berbangga adalah saudara Tengku Razaleigh Hamzah.

No comments: