Apa Yang Terkini

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka Semua. Kah kah kah!!

Lintas Lalu Ke Parlimen

Sedang Diselenggara Semula. Padan Muka!!

Saturday, August 4, 2007

Anwar Ibrahim diserang atau Parti Keadilan Rakyat diserang?

Jika sekilas pandang kita dapat lihat Anwar diserang. Serangan peribadi keatas beliau yang bertali arus datang dari segala penjuru. Tak cukup dengan media cetak dan elektronik dihentam pula dengan serangan perseorangan. Mujurlah Anwar dilahirkan berserta pakej kharismanya. Jika tidak mungkin susah untuk beliau menangkis segala serangan.

Bermula dengan serang awal dari mantan perdana menteri satu ketika dahulu terus disusuli dan diikuti dengan bermacam-bagai serangan termasuk yang terbaru kenyataan Ezam keluar dari partinya sendiri. Namun jika dikaji secara terpeinci, serangan itu datang untuk menjatuhkan Parti Keadilan Rakyat yang dikatakan mampu membocorkan bahtera gagah lagi canggih dirantau asia.

Sepertimana gugurnya skuad Semangat 46 taktik serangan perlbagai pihak seakan serupa. Rakyat hampir hilang keyakinan terhadap Anwar berikutan Ezam keluar dari parti dan memulakan langkah sendiri. Pelbagai teori bercampur rencah spekulasi keluar dari bibir pemerhati politik kedai kopi.

Mujur Anwar sempat bangun dari kerusi kapal terbang sewaktu lawatan kesana-sini di luar negara. Rakyat mula yakin. Tapi itu semua tidak mematahkan semangat komponen KERAjaan. KERAjaan mula sedar bahawa mereka belum cukup menguasai alat sebaran. Akhbar sudah dikawal tv pun dah dipantau iklan pun dah dipropaganda begitu jua dengan alat komunikasi atau talipon bimbit telah didaftar. Semua rakyat Malaysia dalam dacing timbangnya. "Mereka tak dapat lari kemana kecuali jika mereka yang belum lagi membuat Mykad" tak mengapa mereka yang tak buat mykad lagi boleh didenda.

Bagaimana pula dengan dunia IT? Sudahkah mereka kuasai sedangkan mereka mempunyai kawasan IT yang canggih tapi bagaikan padang jarak padang terkukur? Arghh!! KERAjaankan Hebat sudah pasti KERAjaan tidak kekeringan taktik. Lalu mereka perangi melalui jentera "joan of arc" tak cukup dengan tu KJ mengelarkan kami semua adalah monyet.

Fair larr tuh.. Mereka KERAjaan dan kami MONYET DI RIMBA.







Namun dimata SPERM Kj umpama gabungan 2 insan berpengaruh besar dalam industri politikshit Malaysia. Anwar + Mahathir.


More Info:-
Jeff ooi
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat
Sesumpah
TV Pas
MSO
Sang Kelembai

No comments: